Ticker

6/recent/ticker-posts

Eh, Ustazah! : Berinai


Hari tu ustazah, adiknya si Amalina, dengan beberapa orang anak murid keluar membeli-belah. Sampai kat satu kedai ni...

Amalina: Akak! Cantiknyaaaaa~~~

Ustazah: Ape dia yang cantik tu?

Amalina: Tuuuu~ (Sambil menunjuk ke arah seorang gadis India yang sedang mengukir inai di tangannya di sebuah kedai)

Ustazah: Owh... Cantik~ Tapi...

Nurin: Tapi ape, ustazah?

Ustazah: Dia je la yang boleh pakai macam tu, kita tak boleh tiru dia~ Nampak kan selama ni diorang yang selalu pakai macam tu?

Ezahd: Ha'ah... Tapi kenapa kita tak boleh ikut dia pakai macam tu gak, ustazah?

Ustazah: Sebab bila kita ikut dia, kita pun tergolong dalam kalangan dia jugak...


Azri: Owhhhh... Jadi takleh lah nak ukir-ukir macam tu?

Ustazah: Ha'ah, kalau boleh elakkan dari ikut macam tu, lagipun sekali tengok benda tu kan menyerupai tatoo.

Amalina: Kalau masa kawen-kawen tu pulak, kak? Ramai je yang ukir inai kat tangan.

Ustazah: Itu lagilah patut dijauhkan. Sebab bila kita pakai macam tu, atas tujuan ape sebenarnya? Untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk? Dikhuatiri ada riak dalam hati bila ukiran inai tu dipuji-puji oleh pemilik mata-mata yang melihat.

Nurin: Jadi, tak boleh berinai langsung keee???

Ustazah: Hehehe... Boleh, sayang... Sekadar yang biasa-biasa saje, di hujung-hujung jari bagi perempuan.

Ezahd: Kami???

Ustazah: Haaa... Lelaki tak boleh!

Azri: Erkkk! Kenapa pulak ustazah? Tak boleh ke lelaki berinai???

Ustazah: Lelaki diharamkan berinai pada jari tangan dan kaki sebab...


Nurin: Kuma-kuma? Ape tu ustazah?

Ustazah: Kuma-kuma tu sejenis tumbuhan yang mengeluarkan warna dan bau harum. Sama macam daun inai kondisinya. Tentang bau harum kat sini, tak salah, sebab lelaki disunatkan memakai bau-bauan. Tapi dari segi warnanya tu yang tak dibolehkan. Tambahan pulak, lelaki berinai ni menyerupai wanita dalam berhias.


Azri: Owhhh... Jadi tak boleh lah kami nak berinai ye, ustazah?

Ustazah: Boleh.

Ezahd: Eh, boleh pulak??? Mana satu ni, ustazah?

Ustazah: Lelaki boleh berinai pada jari jemari atau mana-mana bahagian tubuh badan sekiranya untuk tujuan perubatan. Macam dulu-dulu, Rasulullah pernah menyarankan supaya orang yang pecah kulit kakinya supaya berinai. Ada juga yang menyarankan supaya pakai inai sebelum kulit hujung jari tu pecah.

Amalina: Oooo... Kalau tak sakit, tak boleh langsunglah kan lelaki berinai?

Ustazah: Ha'ah, diharamkan ke atas lelaki berinai tanpa tujuan, kecuali pada janggut dan rambut, berinai tu disunatkan.


Nurin: Kecuali warna hitam ye, ustazah?

Ustazah: Yup, kecuali warna hitam. Sebab inai hitam tu bila letak kat rambut, mesti tujuannya nak nampak lebih muda.

Ezahd: Jadi warna merah atau kuning boleh lah ye, ustazah?

Ustazah: Ha'ah... Tapi bila rambut tu da beruban la ye, Ezahd... Kalau tak beruban lagi, jangan buat-buat tua pulak~

Ezahd: Errr... Heheh... Baru nak gi inaikan rambut kaler perang... Tak jadi lah...

Azri: Ina tadi cam nak berinai ajeee...

Amalina: Biarlah, saya kan perempuan~

Ustazah: Untuk perempuan, masih ada hukum-hukum yang perlu dipatuhi dalam berinai.

Amalina: Ha? Ade lagi ke kak?

Ustazah: Hehehe... Ade...


Amalina: Errr... Jadi makruh la ye kalau Ina nak pakai untuk suka-suka saje. Huhuhu...

Ustazah: Aha... Tau pun, melainkan Ina memang amalkan untuk tujuan perubatan.

Nurin: Alhamdulillah, tak sakit pecah kulit macam tu...

Azri: Kalau sakit, haruslah pakai...

Ezahd: Alhamdulillah ustazah gitau, kalau tak, mesti da berinai da...

Ustazah: Alhamdulillah, jomlah kita gi kedai sana pulak.

Mereka melangkah ke kedai buku tidak jauh dari situ.


Mana yang boleh, mana yang tak boleh, walaupun remeh atau kecik, pun kena ambil perhatian. Bimbang kelak terbuat perkara yang diharamkan dan dilaknat oleh Allah s.w.t. Kalau was-was? Tinggalkan terus! Bila kita dah terbuat, istighfar dan pohonlah keampunan kepadaNya. Sesungguhnya Dia Maha Menerima Taubat.

Post a Comment

25 Comments

  1. entri yang menarik..walaupun benda ni aku dah tahu..tapi tetap best baca lagi..

    ReplyDelete
  2. kak sunah...nak tnya..hadis2 ambik kat mana ye.. ???

    ReplyDelete
  3. uish.. bahaya jugak kan. nasib baik tak suka pakai inai :)

    ReplyDelete
  4. @Salim Harmanain

    dari banyak tempat, kena buat study sikit... ada dari dr.maza, ada dari mufti brunei..

    ReplyDelete
  5. waaa~ thanx akak.. baru tau..heee~ tapi kan akak,,kira laki yg dok pakai inai 3 jari je time kawen tu pon sbenarnya tak boleh ek?? =)

    ReplyDelete
  6. ahahah..kalo tegur cenggini tak ramai yg terasa yer dak..eheh

    ReplyDelete
  7. info yang berguna kak sunah! :)

    hehe, ada jugak nama saya ye XD

    ReplyDelete
  8. info yg sangat berguna untuk semua..:)

    tq for sharing :)

    jom singgah sini :)

    ReplyDelete
  9. kakak sunah.. :)
    mekasih sudi singgah n komen blog efa...terharu..heee (^_~)v

    ReplyDelete
  10. hehe..efa mai singgah sini lagi..hee ;D

    mekasih akak.. :)

    ReplyDelete
  11. Kak Sunah, thanks for the info. Suka entri ni :)

    ReplyDelete
  12. kalau pempuan nak kawin tu pakai..bukan tujuan perubatan, boleh? kompius kompius...

    ReplyDelete
  13. @FasiHaH SupiaN

    berinai tu masa bersanding kan? lepas nikah? jadi sunat untuk perempuan yang bersuami tu berinai..tapi yang biasa2 je...

    betulkan kalau saya tersilap..

    ReplyDelete
  14. @bersama kak Es

    perempuan boleh berinai kat mana-mana tempat, lelaki yang diharamkan berinai pada jari kaki dan tangan melainkan untuk tujuan perubatan...

    ReplyDelete
  15. da bace kat gamba ady tu

    bgusla entry kali ni

    sbb suke time org kawen kite pun sbuk nk pakai

    ReplyDelete
  16. thanks ustazah ats info ni.. baru ceq tau pasal menda ni semua.. hehehe..

    ReplyDelete
  17. ya tuan2 dan puan2.. inilah calon Ustazah Pilihan yang bakal ditayangkan di Astro Oasis.. keh keh keh..

    Yezza, nice 1, sal rmai yg xtahu bnda ni.. huhu..

    ReplyDelete
  18. Ooo..camtu citernya..good info sharing Sunah..pasal yang macam tatu tu, mmg tau tak boleh..ada gak kawan yang fwd pasal menda ni, tapi, time kawin, diaorang plak pakai inai bertatu..hehe..

    Sib baik en hubby tak pakai inai masa kawin walaupun ahkak hampir2 majukkan diri sebab dia tak berinai waktu hari kawin..hehehe..

    ReplyDelete
  19. xsuke inai

    serabut

    pakai macam tue pun tak suke

    ReplyDelete
  20. good info. tq.

    *lps ni x buat lagi. da. =)
    bcause i love using henna for fun. tq. =)

    ReplyDelete
  21. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

    Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

    Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

    http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak

    ReplyDelete
  22. looor tak perasan lak entry sunah nie...

    akak dah lama x brinai..mak dah x kasi..huhu

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com