BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, August 28, 2011

Iffah Dah Jadi Putih...

Petang tadi, nak dekat waktu berbuka, Iffah mesej lagi.

Dia kata dia da putih. Doktor da siat semua kulit yang terbakar kat muka Iffah. Nguuu. Mesti pedih, Iffah pun kata pedih. T_T

Saya mintak gambar, sebab jeles dia da putih. Dia cakap hendset dia takde mms. Huhuhu. Boleh pulak saya suh dia mintak doktor yang siatkan kulit muka dia tu tolong mms kan gambo. Leh la dapat nombor tepon doktor tu sekali untuk Iffah. Erkkk! Tak sesuai eh gurau camni? Nak bagi dia gelak... T_T

Then dia cakap ade gambar, tunggu kejap dia nak send.

Dia send guna nombor kakak dia. Berdebar tunggu gambar Iffah. Bila da dapat gambar tu, betul la bak kata Iffah. Mata dia bengkak. Sebab tu dia banyak taip typo dalam mesej. Takleh nak buka mata sangat. Taip dan baca mesej banyak-banyak buat mata dia rasa sakit. Doktor bubuh eye more dalam mata, mata jadi berair-air.

Iffah suh letak gambar dia. Tanya dia, betul ke nak letak. Sebab sebelum ni Iffah takmo tunjuk muka dia kat blog. Dia cakap kali ni je, nak bagi tunjuk beza muka sebelum dan selepas eksiden semalam. SEMALAM...baru lagi rupanya semua ni berlaku... Allah, Allah...

Ni gambar Iffah...


Bila tengok gambar Iffah dengan tiffinbiru Atok Gebu, saya rasa sangat sedih. Iffah sangat ceria orangnya. Dalam keadaan sekarang, Iffah sangat lemah dan perlukan sokongan semua...doakan dia ye kawan-kawan...

Untuk yang ringan tangan mahu membantu Iffah dan keluarga, sumbangan boleh dibuat melalui "Sumbangan Kilat Untuk Blogger Iffah Afeefah".

Rindu sangat dengan Iffah...!

P/S: Jom geng Mini Gath, kita raya umah Iffah nanti! Jiji nak ikot kan?


45 comments:

Rafidah Farhana said... Reply to comment

Semoga dia cepat sembuh. Amin.

Cik Eka said... Reply to comment

ya Allah sia iffah..bengkak habis muka dia....huhu

lama nak sembuh ni kan sebab nak tunggu kulit dia kering...

kak sunah,iffah kampung dia kat mana??

farah hanim said... Reply to comment

kesiannya
trok sgt tu
smoga cpt smbuh

Hasmah Al-Humaira' said... Reply to comment

Assalamualaikum kak sunah....kmk doakan kak iffah cepat sembuh n pat tulis blog gik pazya....Smoga Allah beri kesihatan yg lebih baik gik k kak iffah drpd sebelum ya..amin...:)

Iffah Afeefah said... Reply to comment

sedih tgk muke sendiri

dtgla

ank murid pon nk join

AMMAR YASIR said... Reply to comment

Kesiannya Iffah

BEN ASHAARI said... Reply to comment

Hurm... semoga cepat sembuh Iffah .. :) kuatkan semangat , rakan rakan senantiasa mendoakan Iffah..

::contengan hati::)) said... Reply to comment

ya allah sedihnye tgk dia,,
serious baru tau even tak pernah kenal dia tapi dapat rasa mcm mane dia sakit tu T_T

semoga dia tabah n cepat sembuh amin

Syat0za Zai said... Reply to comment

harap kak iffah cepat sembuh..amin ;)

sempat lagi akak bergurau dpt no fon docter eh..haha ;D

Tasha said... Reply to comment

alhamdulillah, yang penting Ifah selamat. kecederaan tu tak lama lagi baik lah tu. yang paling peting keselamatan dia. nampak kesian pulak tgk keadaan dia.... semoga cepat sembuh. boleh bag nombor iffah pada tasha tak? ilang la no dia.

azila said... Reply to comment

siannya kat iffah...moga cepat sembuh.kem salam kat zla utk iffah yer sunah..

~..Lesung Batu..~ said... Reply to comment

semoga iffah cepat sembuh.... jom kak sunah!!~ nak pegi melawat iffah jugak...

efa nur said... Reply to comment

Ya Allah..kesiannya..

semoga Iffah cepat sembuh ye...

mas saari said... Reply to comment

Ya Allah, mengalir mata tengok!
akak pernah jumpa iffah dan dia memang seorang yg ceria, bila tengok iffah camni.. sedih sgt!


sunah, bila nak raya umah iffah tu?

Niena Pengembara Ilahi said... Reply to comment

smga Iffah cepat sembuh... :)
dia kuat.. sbb tu Allah bgi dugaan tu kt dia... ye la, sakit pn masih igtkan kwn2 dan blog lagi.. akak msa sakit sikit je haritu pn tak igt blog dh... :)

sergeant keroro said... Reply to comment

nak ikut jugak!!

♥NuR SyAFiQah♥ said... Reply to comment

sakitnye..tapi berat mata memandang berat lg bahu memikul..

hope kak iffah sihat cepat yer..

d_LA said... Reply to comment

Ya Allah, kuatkan semangat Iffah..Semoga Iffah cpt sembuh dan sihat spti biasa..Amin

Muslimah Optimis said... Reply to comment

insyaAllah... kalo ada kesempatan jom gi raya umah ipah.. :-) moga ipah cepat sembuh

Mat Gebu said... Reply to comment

..................................................................

Zulfikar Hazri said... Reply to comment

iffah kena taff... cepat recover... baju raya dah banyak tempah!!

Sis-Lin said... Reply to comment

Ya Allah......
Td x boleh nak komen...skrg bila nak komen tak tau nak ckp macam mana...huhuhuhu

Iffahhhhhhhh walaupun sis tak jumpa lagi dgn mu, tp sis tau Iffah orgnya kuat dan tabah...
Moga Iffah cepat sembuh dan sihat seperti biasa..A-Minnnn

Nur Ilyani said... Reply to comment

kak iffah..huhu,kte dllu gak tgk mke akak..but dr jauh la..rpenye ni la kak iffah..maaf..bru kenal..moga akak cpat smbuh ye..syafakillah..

syarifahsidrus said... Reply to comment

sakitnya bila tengok...moga cepat sembuh dan kembali seperti biasa

FaKArePa!n said... Reply to comment

ni first time tgok gmbr iffah...habis licin muka dia or..kalau kena air mmg boleh meraung ni..

Wahnan Asliyam said... Reply to comment

Moga iffah cepat sembuh..=(

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said... Reply to comment

kesiannya iffah...

kuatkan semangat yer

isyam mirah said... Reply to comment

ya ALLAH..serius menangis tgk gmbr iffah ni..sedih tgk dia..moge dia lebih tabah..

smoga cpt sembuh..insya ALLAH .. :)

maszull said... Reply to comment

salam....Ya Allah sedihnya mama tengok iffah....mesti sakitkn..

berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul....

sabar ye iffah semoga iffah tabah menghadapi dugaan ini...

mama harap iffah cpt3 sembuh yer n boleh berblogging lagi....

nanakimie said... Reply to comment

moga iffah cepat sembuh..amin,kuatkan semangat yer..

aimie amalina said... Reply to comment

aduhai kak ngah..
petame kali tgk kak ngah
petame kali gak tgk muke kak ngah berubah =(
huuu..kak ngah..cept sembuh..
huuu..arap sgt dpt jumpe..
hayoo...koaaat ye kak ngah!=]

Citarasa Rinduan said... Reply to comment

Iffah..moga kamu kuat dik..
INSYALLAH.. berkat doa sahabat kamu pasti sembuh...

PS: walau belum bertemu muka, kak tahu kamu seorang yang sangat strong!!

Rtp Farra Arisha said... Reply to comment

so pity of sis iffah..
tapi, syukur alhamdulillah dia selamat saja selepas kejaidan tersebut..hopefully, she recovers soon and quickly :)
i pray for her safety..sampaikan salam arisha untuknya..
kuatkan semangat ok!!

JIJI YU said... Reply to comment

umahj die kat mane..buat time aku cuti kompom aku pergi

Luqeem™ said... Reply to comment

semoga dia cepat pulih..huhu..muke dia je ke yg kena?

kura said... Reply to comment

Astaga. teruknya :(

Faaein Talip Roy said... Reply to comment

err.. memang lain lah.. moga iffah cepat smbuh..

logorithm said... Reply to comment

Teruk tuh! Kesian Iffah. :~( Semoga cepat sembuh...

risa said... Reply to comment

alahai...semoga iffah kuat ye dear..dugaan dari ALLAH untuk insan yg disayanginya...akak doakan dari jauh semoga cepat sembuh dan ceria semula!!!

buat sunah sayang...selamat hari raye maaf zahir batin adik..semoga lebaran ini membawa seribu keberkatan pada kite semua ye:)

Syahir Ramli said... Reply to comment

smoge die cpat smbuh... :)

solomolo said... Reply to comment

semoga cepat sembuh !~

cik pulau said... Reply to comment

iffah.....

ir prof dr alia rosli said... Reply to comment

nak ikot, tapi wktu holiday boleh? ckp awal-awal, nnti boleh mntk borang balik kg. :)

emmmmm, harap dpt ikot :(( teringin

Kalamhati said... Reply to comment

hmmm sedih tgk keadaan dia..semoga iffah cepat2 baik..sakitnya..huhu

K O R I E said... Reply to comment

1st time kita tgok muka kak iffah.
hum, kasihan kat iffah masa ni

hope sekrang semuanya dh kembali normal ;)

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (48) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.