Paddy by ~ahmadsaiful on deviantART

Bila padi dah berbuah...
Lalang tidak berguna lagi...
[AB]

Cari bila perlu...
Buang bila tak nak...
[MG]

Bagai kacang lupakan kulit...
[BA]

Bila kita pandang sekeliling, bukan sedikit yang macam ni. Ramai yang bila sudah menggapai bintang tinggi, seolah-olah lupa di mana bumi yang dulu dipijak. Bila sudah berjaya berada di atas, lupa asal usulnya ketika di bawah satu ketika dulu.

Kalau dengan manusia, mungkin mereka tak rasa apa-apa. Ego dan sombong menggunung tinggi sama tingginya dengan bintang yang berjaya digapai. Bahkan lebih teruk lagi, kerana diri sudah di atas, yang berada di bawah dipandang rendah serendah-rendahnya.

Mungkin kerana memikirkan bahawa kejayaan itu miliknya saja, dan dia bangun sendiri tanpa bantuan sesiapa (terlupa mungkin!), maka dia sering terlupa untuk memandang ke bawah. Malah dia juga terlupa satu perkara yang lebih penting dari semua yang di bawah dan bintang di atas.

Bahawa dia berjaya juga kerana Yang Lebih Atas dari bintang-bintang itu menjadikan dia berjaya...

Sesungguhnya kejayaan itu juga satu ujian!