Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya Tak Reti Nak Buat Feed Bergambar

Ada blogger yang inbox saya di FB.

Nak tau cara untuk buat feed bergambar macam blog saya yang lagi satu, Selera Sakura. Kalau nampak kat situ, feed Pak Cik Mat dengan Kak Ummi Zaihadi adalah feed bergambar. Feed macam ni sangat sesuai digunakan di blog masakan atau blog fotografi. Kalau nak guna kat blog biasa pun boleh juga. Kelebihan dia berbanding feed biasa, lebih jimat ruang so lebih banyak entri boleh masuk kat feed tu.

Contoh feed bergambar dari blog Selera Sakura

Sebenarnya, mula-mula dulu Kak Ummi Zaihadi yang tanya saya, macam mana cara nak buat feed macam ni. Masa tu, saya memang tak tahu. Kak Ummi tunjukkan satu blog masakan yang guna feed macam ni. Dia nak buat yang macam tu jugak. Then saya cuba explore dari link Bloggerplugins.org pada widget tu. Alhamdulillah lepas godek-godek gadget yang ada pada Blogger.com, terjumpa jugak gadget ni. Then try test banyak kali, dapat la hasil dia.

Meh sini nak ajar cara buat dia...

1. Add a gadget kat Design > Page Elements

2. Pilih option 'Featured'


3. Pilih option Recent Posts dari Bloggerplugins.org (biasanya yang bawah sekali)


4. Lepas tu, ubah option yang ada pada gadget tersebut ikut kesesuaian pada blog kamu.


1 - Tajuk feed kamu
2 - Tinggi feed tu nanti, kalau lebih dari satu baris, maka bertambah la tinggi feed tu
3 - Ni kalau just nak letak feed blog sendiri, biar je My Blog, tapi kalau nak dari blog lain, pilih The Blogger Blog Below
4 - Kalau pilih blog lain, isi url blog lain tu kat sini
5 - Ikut kesesuaian saiz template blog kamu, nak letak berapa banyak recent posts
6 - Yang ni, kalau setakat nak gambar yang keluar, 0 kan aje
7 - Snippet style ni pilih Thumbnail kalau nak gambar je keluar
8 - Lepas tu, pilih Any Thumbnail
9 - Ni saiz Thumbnail kamu nanti, ikut kesesuaian saiz template jugak

9 perkara ni je yang penting. Selebihnya tu abaikan je. Kalau taknak ade link Bloggerpluginns.org, pilih "No :(" pada Show Powered by Link. Lepas tu Save configuration kamu.

Cuba tengok hasil dia. Kalau tak puas hati, ubah lagi mana yang perlu. Kamu kena gigih berusaha nak bagi dia nampak elok. Selamat mencuba ye~ ^_^

Post a Comment

14 Comments

  1. Sunah! thanks for this tutorial.. dah buat pon kat blog.. hehehe.. :)

    ReplyDelete
  2. mekasih sunah! tutorial yang berguna, terus nak buat ni...heheeee

    ReplyDelete
  3. Sunaaahhhhh...muaaahh...muaaaahhh... Lebiiuuuu soooo veryyyy muuuuccchhh dear!! Nanti nak apa2 lgk akak cari Sunah lgk....hehehhehe. Nnt dtg Kuantan akak jamu makan eh...tp mesti ber2, hahaha :))

    ReplyDelete
  4. Thanks sunah..tutorial yg berguna

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum sunah....wah bestnya ada tutorial la boleh la wat pas ni thanks yer...:)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih tunjuk ajar pd mokcik2 yg blur IT ni, nanti nak cuba.

    ReplyDelete
  7. hoho.. menarik.. menarik..
    bila ada feed bergambar ni, org lebih tertarik nk klik berbanding feed biasa kan..

    ReplyDelete
  8. wahhhhh... leh try ni nt..
    tapi gambar ape ek,.hihihihi

    ReplyDelete
  9. Kita pon sama. Alat trdpt kerosakkn.sede

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com