Pagi Tadi Jumpa Dr. XXX

Nama wajib dirahsiakan kali ni sebab isu agak sensitif. Ekeke.

Pagi tadi dalam kul 11 gi jumpa doktor kat salah satu pusat kesihatan. Sampai nombor giliran saya, saya pun masuk la bilik doktor tu. Doktor lelaki. Dia sebut nama saya. Then tanya saya asal mana.

"Sarawak."

"Sarawak...dulu tahun 2010 saya pernah datang Sarawak. Sarawak dekat mana?"

"Bintulu."

"Ooo... Bintulu tu saya tak tahu la, tapi dulu saya gi Kuching. Lalu sungai tuuu. Nampak la rumah menteri kamu tu ha. Sape nama dia tu, ape ek? Lupa... Rumah dia macam istana. Fuhhh..."

"Tu bukan bangunan DUN ke?"

"Sape ek nama dia...Abdul Rahman?" Doktor tu cuba mengingat-ingat.

"Taib Mahmud."

"Aha... Taib Mahmud. Rumah Ketua Menteri kamu tu macam istana. Bayangkan lah gaji dia sebagai Ketua Menteri je berapa. Cukup ke nak buat rumah macam istana? Cuba fikir, dari mana dia dapat duit tu...hurmmm."

Dia menanti jawapan. =.=

"Duit rakyat???" Saya jawab macam dalam skema jawapan exam.

"Haa... Kita ni bukan ape... Bla bla bla..."

"Rakyat Sarawak ni banyaknya duk pedalaman, doktor. Sumber maklumat kami TV, paper, dengan radio je. Semua arus perdana. Yang bernasib baik sikit je boleh bukak internet."

Doktor merenung saya. Dalam hati saya da tertanya-tanya, wajar ke saya bincang benda ni dengan doktor ni? Lagi satu... Bila la doktor ni nak start check kesihatan saya ni??? =.=

"Hurmm... Doktor ni bukan ape, nak ajak kita ni fikir. Dari kekalahan tahun 2008 dulu tu kita boleh nampak ada banyak penambahbaikan bla bla bla..." (tak dapat fokus ayat panjang-panjang ni)

"Hurmm.... Tu la..."

"Habis, awak undi jugak Taib tu..."

"Hoh? Mana ada. Bila saya undi dia???"

Saya baru sekali je mengundi sejak mendaftar. Tu pun kat kampung saya bukan Taib Mahmud yang bertanding kayyyy.

Lepas tu baru la doktor tu check tekak. Tu je dia check. =.=


P/S: PRU13 da nak dekat agaknya.
Pagi Tadi Jumpa Dr. XXX Pagi Tadi Jumpa Dr. XXX Reviewed by Sunah Sakura on April 06, 2012 Rating: 5

8 comments:

  1. Hahahhaa.....Dr tu silap makan ubat gamaknya...

    ReplyDelete
  2. adoi, ni doktor ke ahli politik ni..huhuhuuu

    ReplyDelete
  3. hehe bahang PRU13 tuu..
    pe pun yg penting pemimpin kita mestilah seorang ISLAM..urusan lain itu antara dia ngan Tuhannya..bgaimana dia nk pikul tanggungjawab selaku khalifah

    ReplyDelete
  4. Doktor ni, banyak pulak soalnyaaa (:

    ReplyDelete
  5. Doc pon peka

    bgs tpi jlnkn la keje dlu kot iye pon

    ReplyDelete
  6. dgr2 dah dkt, tp zuan blum dftr sbg pengundi..hehek

    ReplyDelete
  7. nad dah..:)

    Nama kak sunah masuk dalam entry ni..:)

    http://www.nornadiah.com/2012/04/promot-blogger-1.html

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum sunah....alamak apa dah jadi ni...:)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.