Ticker

6/recent/ticker-posts

DIY Doorgift Brownies

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Doorgift brownies DIY

Hari ni saya nak share doorgift brownies yang saya buat sendiri untuk majlis perkahwinan adik saya hujung bulan lepas.

Saya baked brownies tiga hari sebelum majlis. Saya buat awal sebab takut bila dah nak dekat hari majlisnya, kami semua akan sibuk. Tak cukup tangan nanti kalau buat lewat sangat. Jemputan mamak takde la ramai sangat. Dalam 150 aje jemputannya. Tapi kalau jemputan 150, kita kena standby dua kali ganda biasanya. Saya buat mana yang cukup aje bahan-bahannya. Selebihnya kami sediakan doorgift gula-gula aje.

Fudgy Brownies Selera Sakura

Untuk doorgift brownies ni, saya buat saiz kecik aje. Bekasnya saya beli siap-siap di JB. Itu pun tak cukup, kena tambah lagi. Alhamdulillah, ada bekasnya dijual di Bintulu. Kalau orang Bintulu nak cari bekas macam tu, boleh lah ke Kedai Plastik belakang Sing Kwong baru.

Bekas doorgift brownies

Fudgy Brownies saiz 10" dipotong kepada 32 pcs untuk saiz bekas ni

Disebabkan buat awal, saya dah rancang untuk masukkan bekas brownies ni ke dalam plastik yang ada zip lock. Jadi nanti semut tak menghurung dan brownies kekal moist beberapa hari sebab berada dalam plastik yang tertutup rapat. Plastik ni pun saya beli di Kedai Plastik belakang Sing Kwong baru tu.

Masukkan bekas ke dalam zip lock plastik bag untuk elakkan semut

Untuk jadikan doorgift ni menarik, saya just lekatkan sticker ucapan terima kasih daripada pasangan pengantin dan keluarga sahaja. Yang ni saya cetak atas kertas A3 aje kat kedai cetak kat Taman Universiti, Skudai. Tinggal potong aje bila da balik kampung.

Bila dah siap pack, tunggu sehari sebelum majlis, boleh lah masukkan dalam doorgift bag bersama cenderahati yang lain. Mudah kan?

Untuk kek lain yang simple pun boleh pakai cara ni.

Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com