Restoran Lemon Tree ke-9 Dibuka di Taman Megah Ria, Masai

Restoran Lemon Tree ke-9 Dibuka di Taman Megah Ria, Masai | Mahsyuk rezeki owner dia. Macam cendawan tumbuh lepas hujan, bertambah-tambah lagi cawangan restoran Lemon Tree yang baru. Sebelum ni, saya pernah baca tentang restoran ni di blog Sis Lin. Masa tu masih cawangan ketujuh, bulan Oktober yang lepas. Baru-baru ni saya berpeluang untuk ke cawangannya yang kesembilan di Taman Megah Ria, Masai.


Dinner bersama rakan-rakan blogger dan media yang lain, dalam lapan orang. Riuh jugak kedai bila makanan sampai bertubi-tubi. Masing-masing gigih ambil gambar paling cantik, bila siap ambil gambar, pass-pass makanan pulak bagi semua merasa. Iyeee, sampai tak menang tangan kitorang. Meja pun penuh sampai kena paksa dak Ain habiskan sisa-sisa cebisan makanan yang tinggal, baru lah clear sikit mejanya. Haha.

Ajom tengok menu apa yang sedap sangat kat Restoran Lemon Tree ni!

Yang Chow Fried Rice @ Restoran Lemon Tree, Taman Megah Ria

Gong Bao Chicken @ Restoran Lemon Tree, Taman Megah Ria

Mee Mamak @ Restoran Lemon Tree, Taman Megah Ria

Seafood Cheese Baked Rice @ Restoran Lemon Tree, Taman Megah Ria

Black Pepper Beef Burger @ Restoran Lemon Tree, Taman Megah Ria

Hawaiian Chicken Burger @ Restoran Lemon Tree, Taman Megah Ria

Ham & Cheese Grilled Chicken Chop @ Restoran Lemon Tree, Taman Megah Ria

Hichory Ham & Cheese & Egg Grilled Chicken Chop @ Restoran Lemon Tree, Taman Megah Ria

Hichory Ham & Cheese Grilled Perch Fish @ Restoran Lemon Tree, Taman Megah Ria

Grilled Salmon Fish @ Restoran Lemon Tree, Taman Megah Ria

Island Seafood Pizza @ Restoran Lemon Tree, Taman Megah Ria

Spicy Tuna Pizza @ Restoran Lemon Tree, Taman Megah Ria

Amacam? Terliur tak? Antara makanan-makanan berat kat atas, saya paling suka Island Seafood Pizza tu. Lembut sangat crust dia, topping pizza tu pun sedap, simple dan tak banyak rencah. Semua menu nasi tu pun recommended terutamanya Seafood Cheese Baked Rice tu. Sos dalam nasi tu sedap tapi lupa pulak nak tanya sos apa. Macam teriyaki pun ada, memandai je aku ni. Burger kegemaran semua pada malam tu adalah Hawaiian Chicken Burger. Chicken patty tu sangat juicy, tak terlalu kering, dan oh, ada kepingan nipis nenas pada sebelah atas chicken ham tu ya! Jangan terkejut bila tiba-tiba berada di Hawaii. Haha.

Cuma Black Pepper Beef Burger tu je kurang mendapat sambutan semua. Maybe sebab meat patty tu rasanya macam agak kering dan overcooked. Atau adakah sebab semua orang dah terlampau kenyang? :p Grilled Perch Fish adalah sesuatu yang baru bagi saya, tapi once masuk dalam mulut, saya terus "ehhhh, ape ni?" Sedapppp! Uols kena try menu yang tu ya! Grilled chicken chop dia memang menu signature Restoran Lemon Tree sejak tahun 2003 lagi. Kegemaran ramai dengan sos pencicahnya yang sedap sampai berebut dengan dak Ain. Hahaha.

Untuk pencuci mulut pula, kami berpeluang merasa Double Chocolate Cake dan Tiramisu Cake. Saya lebih sukakan Double Chocolate Cake tu. Rasa coklatnya sangat rich walaupun lapisan kek tu tak berapa moist. Tiramisu Cake dia pun sedap, ramai orang suka. Saya je yang tak berapa minat sangat kek tiramisu gitu. Ehehehe.

Double Chocolate Cake @ Restoran Lemon Tree, Taman Megah Ria

Tiramisu Cake @ Restoran Lemon Tree, Taman Megah Ria

Pemilik restoran ni, Jeffery Bong, mula bekerja pada usia remajanya di Hyatt Hotel, Johor Bahru (sekarang Thistle JB). Kemudian, beliau bekerja selama 7 tahun di Pete's Place, Grand Hyatt, Singapura, sebuah restoran yang menyediakan makanan Itali. Jeffery kembali semula ke Johor Bahru untuk bekerja bersama kumpulan perintis yang melancarkan Vivo Pizza. Tiga tahun selepas tu, beliau membuka restorannya sendiri pada usia 25 tahun dan telah menjalankan perniagaan Lemon Tree selama 15 tahun semenjak 2003. Hebat kan? Tak hairan lah makanan yang disajikan di sini berkualiti tinggi dan banyak variasinya.


Apa lagi warga Masai, jom lah ke Lemon Tree!


Restoran Lemon Tree

No Pork, No Lard, No Alcohol

Sijil HALAL JAKIM dari supplier. Klik untuk zoom.

Lokasi:
39, Jalan Kota 2, Taman Cahaya Kota Puteri, 81750 Masai, Johor

Facebook:

Instagram:

Waktu perniagaan:
Setiap hari
12 pm - 10.30 pm

Anda boleh juga ke cawangan lain Restoran Lemon Tree sekitar Johor.
Waze aje, ok!
Restoran Lemon Tree ke-9 Dibuka di Taman Megah Ria, Masai Restoran Lemon Tree ke-9 Dibuka di Taman Megah Ria, Masai Reviewed by Sunah Sakura on December 26, 2018 Rating: 5

9 comments:

  1. Wowww semua makanan nmpk menarik dan menyelerakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyaaa...kalau ke Johor, ajom lerrr datang makan sini

      Delete
  2. Memang sangat sedap kesemua menu yang ada..tapi tak taulah setiap restorannya lain-lain menunya ke..
    Nanti nak try yang baru ni laaa..

    Si dak @Farahain tu memang.. #ainkunyahtelan kannnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah..nanti nak try ke cawangan area Skudai lak...

      memang dak ain gitu..hahahha

      Delete
  3. mengundang kelaparan..huwaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.