Ticker

6/recent/ticker-posts

Kursus Penguatkuasa Undang-undang di Saito University College

Kursus Penguatkuasa Undang-undang di Saito University College | Suka Polis Evo? Berminat nak jadi detektif dan bercita-cita untuk menceburkan diri dalam bidang penyiasatan, tapi tak tahu nak mula kat mana? Jangan risau! Kat Malaysia sekarang dah ada institusi khas untuk uols yang mempunyai minat mendalam ke arah badan beruniform.

Pernah dengar Saito University College?

Saito University College adalah Kolej Pengajian Tinggi yang pertama menawarkan kursus dalam bidang keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang. Ditubuhkan pada tahun 1988 oleh pengasasnya, Encik Tetsuo Saito, kolej universiti ni memberi tumpuan kepada lepasan SPM yang ingin menyambung pengajian dalam bidang penguatkuasa undang-undang, pengurusan keselamatan, perniagaan dan reka bentuk grafik.


Iye, kolej ni kolej swasta, tapi rogram yang ditawarkan kat kolej ni telah mendapat akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysia Qualification Agency-MQA) dan pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Bukan tu je, sampai sekarang, seramai lebih 700 anggota Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Smart Team, Matrade, Tenaga Nasional Berhad dan lain-lain syarikat swasta telah bergraduasi dari kolej ni.

Bila da tamat pengajian, graduan berpeluang cerah untuk mendapat tempat dalam bidang penguatkuasa undang-undang seperti Polis, JPJ, Kastam, Imigresen, SPAD, SPRM dan Agensi Penguatkuasaan di Malaysia. Malah, peluang uols lebih tinggi untuk dinaikan pangkat ke Sarjan, Inspektor dan ASP mengikuti kekosongan yang ada. Ini terbukti dengan lahirnya lebih 30,000 graduan berkelayakan sejak penubuhan kolej ni. Bagi saya, program yang dibangunkan kat kolej ni agak unik, dah tentu mampu mencapai sasaran pasaran sekaligus meningkatkan taraf hidup dalam kalangan generasi muda serta memudahkan untuk mereka mencari peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan mahupun swasta.

Melalui program yang ditawarkan kat kolej ni, uols dapat bersama dengan tenaga pengajar yang positif dan banyak pengalaman serta dapat meneroka pengalaman sendiri melalui program kerjasama JPAM, SPRM, Skuad Muda Rela dan latihan kepimpinan pelajar dengan Angkatan Tentera Malaysia yang diadakan. Boleh lah uols acah-acah jadi PASKAL, khennnnn. Ehhhh.


Selain daripada program penguatkuasaan undang-undang, ada jugak program lain yang ditawarkan oleh Saito University College ni macam dalam gambar kat atas. Kolej ni lokasinya kat Petaling Jaya, betul-betul sebelah Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Jarak berjalan kaki dari LRT Taman Jaya dalam 10 - 15 minit aje. Pelbagai kemudahan lain turut disediakan kat kolej ni untuk membantu pelajar dalam kehidupan seharian diorang sepanjang kat sini. Malah, ada macam-macam aktiviti yang diadakan supaya pelajar tak terlampau tepu sebab asyik belajar aje 24 jam. Gituhhh.

Pendaftaran pelajar baru berjalan sepanjang tahun untuk kemasukan bulan Januari, Mac, Mei, Julai dan Oktober. Haa, uols yang ada anak-anak, adik-beradik atau saudara-mara yang dah habis SPM tu, boleh lah sampai-sampaikan tentang program Saito University College ni kat diorang. Mana tahu, ada yang minat nak jadi polis, kan?

Untuk maklumat lanjut tentang kolej ni dan mengenai pendaftaran, uols boleh rujuk website rasmi diorang, atau terus hubungi pihak yang berkenaan ya!


Saito University College

Website:

Pendaftaran:

Post a Comment

8 Comments

  1. First time dgr nama kolej ni..
    Tapi bagus jgk la kan dah ada course yg sesuai kt msia ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyee kak ret..saya pun sama sebelum tulis entri ni..kan, bagus bila da ada kursus yang jarang2 ada kat malaysia..

      Delete
  2. Sama juga aku Retna, pestime dengo tapi bila reseacrh macam-macam course dia ada, baguskannn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. rare pulak tu course dia..bagus la, usaha dia untuk tarik minat student yang betul2 minat dalam bidang macam ni

      Delete
  3. Senang pelajar sekarang ni. Kursus yang ditawarkan semua menepati citarasa. Yang nak tambah pengetahuan dalam bidang ni pun boleh kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..da tak payah nak g belajar jauh2..dalam malaysia pun adaaaa

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com