Ticker

6/recent/ticker-posts

Apa Itu Difteria?

Apa Itu Difteria? | Difteria yang telah lama hilang kini kembali menyerang kanak-kanak. Terbaharu, kanak-kanak berumur 2 tahun meninggal dunia kerana difteria dan mangsa tidak pernah divaksin sejak lahir. Di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, lagi 5 kes dengan jangkitan difteria ditemui. Ibu bapa, pastikan anak uols sudah divaksin. Ia mampu melindungi nyawa anak uols dan kanak-kanak lain.

Difteria adalah jangkitan saluran pernafasan (hidung, mulut dan kerongkong) oleh bakteria Corynebacterium diphtheria. Kadar kematian adalah tinggi sehingga 20% terutama di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.

Cara Difteria Merebak:
  • Titisan cecair pernafasan semasa batuk dan bersin.
  • Kontak langsung dengan cecair pernafasan.



Gejala dan Tanda-tanda Difteria:
  • Demam
  • Suara serak
  • Sakit tekak
  • Tonsil membengkak
  • Lapisan putih di kerongkong

Jika tidak dirawat, jangkitan boleh menjadi serius. Lapisan putih di kerongkong menebal dan boleh menyebabkan kesukaran menelan dan bernafas, mengakibatkan lemas. Toksin yang dihasilkan oleh bakteria ini boleh merebak ke seluruh tubuh dan mengakibatkan radang jantung (myocarditis) dan paralisis otot (polyneuritis).

Cara Mencegah Difteria:
  • Pelalian adalah cara terbaik
  • Sekiranya anak uols mendapat jangkitan selepas pelalian, gejala adalah ringan.
  • Vaksin diberi adalah kombinasi vaksin 5 dalam 1 (DTaP-IPV/Hib) 5 dos pelalian pada umur 2 bulan, 3 bulan, 5 bulan, 18 bulan dan 7 tahun.
  • Vaksin ini selamat dan berkesan sekiranya diambil dengan lengkap.


Pelalian Difteria:
SELAMAT


Kesan Sampingan Pelalian Difteria:
  • Jarang berlaku.
  • Biasanya ringan dan tidak berbahaya berbanding jangkitan.
  • Demam.
  • Sakit/merah di tempat suntikan.


Post a Comment

12 Comments

  1. Jangan jadi antivaccine. Nice sharing 👍🏻 #provaccine

    ReplyDelete
  2. tanggungjawab ibu bapa untuk mempastikan anak2 mendapat vaksinasi

    ReplyDelete
  3. kesiannya...
    kenapalah mak ayah mereka degil sangat..tak tercapai dek akap nak fikir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu..macam2 yang muncul zaman baru ni sejak2 ada media sosial...

      Delete
  4. Good sharing. Kesian bdk2, wonder apa untungnya bsikap anti vaccine oleh their parent.

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah lah...mungkin mereka beranggap antivaksin sama seperti antivirus komputer

      Delete
  5. Allahu.. seram baca nak mcm tok.. semoga dijauhkan dari anak2 kita..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com