Laksa Johor di Kluang RailCoffee (Original)

Laksa Johor di Kluang RailCoffee (Original) | Jumaat lepas, saya ke Kluang lagi. Kali ni dengan adik dan sepupu yang datang dari kampung pula. Plan last minute, 10 minit sebelum keluar dari rumah baru sebut. Hahaha. Dahsyat betul.

Kali ni sebab bakal gerak dari Tebrau lepas Zohor, kami plan untuk terus ke Kluang RailCoffee (Original) dekat stesyen keretapi Kluang tu. Takut kalau ambil gambar kat Laman Pesona Kluang dulu, nanti restoran tu dah tutup pukul 6 petang.

Dari Tebrau, kami lalu ikut Bandar Tenggara, ambil masa 1 jam setengah gitu, bergantung kepada trafik. Sampai restoran, terus cari tempat duduk kat dalam. Agak ramai juga pengunjung petang Jumaat tu sebab Johor kan cuti hari Jumaat dan Sabtu. Mana yang kerja kerajaan, memang luangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan lah kan.


Seperti yang saya sebut dalam entri Kluang RailCoffee dulu, next time nak rasa Laksa Johor pulak. Ye, kali ni saya order Laksa Johor. Ecah dan sepupu order nasi lemak bungkus, 4 bungkus. Diorang makan 2 bungkus seorang. Jangan terkejut, saiz dia kecik aje lahh. Tak macam kat cawangan Jalan Tasik 1 tu, dalam pinggan kan. Tapi kalau bandingkan harga, memang logik aje. Sebab nasi lemak bungkus ni harganya RM1.10 sebungkus. Yang dalam pinggan tu RM4.++ kalau tak silap.


Nah, ini dia Laksa Johor saya. RM5.50 semangkuk. Erm, saya bagi 3/5 saje. Sebab kuahnya tak berapa pekat dan rasanya pun tak berapa kaw. Disebabkan diorang letak potongan kacang panjang dalam tu, rasa kacang panjang tu agak mengganggu sikit walaupun ada orang, memang bubuh kacang panjang dalam Laksa Johor.

Kopi dia memang sedap macam selalu. Hihi.

Heyy bila nak pergi naik keretapi dari JB ke sini pulak?
Laksa Johor di Kluang RailCoffee (Original) Laksa Johor di Kluang RailCoffee (Original) Reviewed by Sunah Sakura on February 26, 2019 Rating: 5

23 comments:

  1. akak pun kalau makan nasi lemak tu 2 bungkus. laksa johor tak pernah cuba lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ri tu tak sempat kak saya nak rasa nasi lemak dia...laju berdesupp habis diorang makan..hahahaha

      Delete
  2. wowww.. pegi kluang dari jb semata2 nak makan laksa ye sunah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak...ahahahhaha...takleerrr! bawak budak2 ni photoshoot, alang2 singgah ke sana..hihihi

      Delete
  3. WEeii jom plann, minggu depan ke Khamis ni ke Hahahahaha

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. kannn..membantutkan selera seorang sunah dan yea..hahaha

      Delete
  5. adoi... pesal lak leh ternampak laksa kat sini.... tutup mata....

    ReplyDelete
  6. Wah kat kluang station dah ada laksa johor??!! Menarik ni ...

    ReplyDelete
  7. Kalau makan laksa memang tak suka ada kacang panjang tu. Spoil. Hehehe

    ReplyDelete
  8. ajommm naikk ketapiiiiii.... hahahhahahaahaha

    ReplyDelete
  9. nyaman. kmk mula pandei masa kja di putrajaya dlok. hehe

    ReplyDelete
  10. Laksa Johor dekat tepi jalan Bandar Mas ke Desaru sedap

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.