Ticker

6/recent/ticker-posts

Mudahnya Masak Oden Sendiri di Rumah

Mudahnya Masak Oden Sendiri di Rumah | Wah, sibuk betul hari ni sampai senyap sunyi blog ni dari pagi tadi kan? Tak ada la sibuk mana pun sebenarnya. Cuma, tengahari tadi saya ke Corporate Luncheon di Swiss Inn Hotel, Johor Bahru. Lepas lunch, saya ke Taman Universiti pulak untuk ambil barang poslaju. Sampai rumah, solat Zohor dan tidur. Penat sungguh rasanya. Lepas Asar baru bangun.

Hai, ape lah yang buat penat sangat. Padahal semalam kat rumah Sis Lin tak ada la kena bertukang bersihkan rumah sis pun. Ngapdet blog masing-masing aje dengan keluar sekejap ke Tesco Seri Alam beli barang untuk buat Oden. Iyeee uols~ Ade la seketul Farahain tu, mengidam Oden sejak dia duduk kat rumah haku lagi. Pakkal rumah sis kauu takde set periuk steamboat. Kalau tak, agaknya dua hari dua malam berOden. Hahaha!


Petang semalam, kami beroperasi buat Oden sendiri kat rumah Sis Lin. Kebetulan, Sis Lin pun sebut teringin nak makan steamboat. Masya Allah, macam disampaikan oleh angin lalu ke hati Sis Lin pulak keinginan Ain tu. Suka betul dia dapat makan jugak Oden yang dimasak sendiri kat rumah. Masa on the way ke Tesco, kami siap google jugak resepi. Ada banyak resepi nak buat Oden, dan kebanyakannya hampir sama.


Bahan untuk kuahnya mudah saje!

2 paket perencah asam pedas
4 sudu pes tomyam
Air secukupnya

Iyeee, tu aje bahan-bahan untuk kuahnya. Ade orang, letak serbuk perasa jugak atau ajinomoto. Tapi, kami tak letak sebab dah elok dah rasa kuahnya. Masak guna set periuk steamboat Sis Lin. Tekan-tekan suis, tekan-tekan button, bila kuah masak, boleh dah masukkan bahan-bahan steamboat semua tu. Senang gilerrr~






Fakta sebenar, seorang Sunah tak berapa gemar makan fishcake, fishball, seafood yong taufoo dan segala balls selain meatball ya! Tapi semalam, sedap pulak fishcake yang Sis Lin pilih. Makan sambil berborak kat meja makan, sambil tunggu Mak Lin sampai jugak.


Tapi lepas Maghrib baru Mak Lin sampai. Masa tu kami dah duduk depan kat ruang tamu dah, tunggu Mak Lin solat kejap, start balik mengOden kat meja makan.

Serius senang gilerr, korang nak masak sendiri jugak?

Haa, jemput lah ke blog Selera Sakura. Saya dah masukkan dah resepinya.

Jangan tak cuba tau!

Post a Comment

18 Comments

  1. Bersidang sambil makan oden sangatlah berselera kan. Actually dah lama gak nak beroden ni. Nak tunggu adik beradik berkumpul sambil membawang, sambil beroden tu, entah bila kejadiannya.. Kena buat jugaklah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyee...tips sis lin, makan pelan-pelan...makan, hirup kuah, benti tengok tepon kejap...pastu ulang..supaya tak kekenyangan dengan cepat akibat terlampau gelojoh makan oden..hahahahah

      Delete
  2. sedapnyaaa oden.. nyesal tak ikut.. 😢😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. next time tauuu, ada plan bershell out gak niii..hahahah

      Delete
  3. Lepas ni kita cuba plak bershellout ya! + Oden (kena buat juga, takut tak kenyang ) hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. shell out kan ada nasikkk...mesti kenyang...hahahahha

      Delete
  4. wah senangnya..sunah klu nak buat oden lagi jagn lupa ajak cik nor skali..:)

    ReplyDelete
  5. Wowww.. senang sgt tu sunah.. len kali boleh try la.. tinggal cari ball2 tu je kan..

    ReplyDelete
  6. haisyyy terasa dah kat tekak ni..

    ReplyDelete
  7. Ros pun dah try buat kat rumah,sedap sangat!

    ReplyDelete
  8. tak tertunai lagi nak buat oden ni.. dah lama viral ni sampai ke laaa ni x buat :D..

    ReplyDelete
  9. puas hati bila buat sdiri. Hehehe

    ReplyDelete
  10. Aduh sampai skrg msh belum berpeluang makan oden ni, tah ada ke tak org buat kat sini. Tgk sis buat ni, eh baru terfikir why not buat sendiri kan. Nampak senang resepinya tpi tetap malas bila dh reput tulang nak buat 😁😁

    ReplyDelete
  11. sedapnya oden makan ramai-ramai..
    Yaya nampak nangka tu..pun terliur..hihi

    ReplyDelete
  12. suka makan oden ni.. time panas2 mmg sedap dimakan hehee

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com