Ticker

6/recent/ticker-posts

Terhibur Dengan Isu Bumi Ini Flat

Terhibur Dengan Isu Bumi Ini Flat | Ye, beberapa hari ni sis kauu terhibur dengan isu bumi ini flat Shuhaimi Saad. Macam-macam ek penemuan terbaru daripada bekas penyanyi nasyid kumpulan In-Team ni. Awal-awal dulu, saya baca la jugak pasal homeschooling dia tu. Lama-lama saya malas dah nak ambil tahu. Ditambah pulak dengan kesempitan waktu nak membelek Facebook lama-lama.

Tapi beberapa hari lepas, tiba-tiba news feed Facebook saya riuh dengan "bumi ini flat". Eh, isu apa pulak ni? Rupa-rupanya Shuhaimi ajar anak-anak dia tentang bentuk muka bumi pulak. Menidakkan fakta Sains bahawa bumi ni berbentuk bulat, tapi berbentuk leper. Sis kauu takde la baca sangat kupasan-kupasan diorang ni, tapi nampak jugak la kawan-kawan duk share segala perlian kepada Shuhaimi tu.

Maaf tau, sis kauu memang mudah terhibur.

Mana tak nya, cuba uols tengok gambo-gambo yang sempat discreenshot ni.


Geli hati seketul Sunah bila kawan dalam group whatsapp forward gambar ni. Sambil minta doa supaya dia dapat beli corner lot tu, dengar kata menjadi rebutan orang ramai. Kawan lain pun melayan, "ameen...moga dipermudahkan urusan awak..💪💪💪"


Disusuli gambar ni, bayangkan kalo piala FIFA World Cup bertukar jadi camni. Hahaha. Buruk betul oi! Macam-macam idea diorang ni ek. Jangan nanti terus semua negara tak nak join FIFA dah. 😜


Tapi yang ni paling comel. Ada logiknya kan. Tak sangka pulak peta dunia tu boleh menyerupai seekor kucing tengah main bola bernama Australia. Idea asal sape lah ni, sis kauu pun tak tahu. Yang penting, terima kasih sebab seorang Sunah rasa terhiburrr.


Bentuk segitiga pun hado. Hahaha. Macam nasi lemak pulak haku menengoknyeee. Lepas ni kita tunggu apa pulak bentuk lain yang diwujudkan oleh netizen kita yang terlebih kreatif. Tentang Shuhaimi Saad tu, hurmmm. No comment. Buat pening kepala aje nak fikir benda remeh bermusim. Kalau nak fahamkan lebih tentang bumi ciptaan Allah ni, boleh baca kat web mufti ya!

Baik aku fikir entri apa pulak nak update esok? 😜

Post a Comment

9 Comments

  1. Sunah tak jumpa yg bentuk bumi macam donut?

    ReplyDelete
  2. Yg ni saya pun siok tgk, tak pernah terfikir bumi di ilustrasi kan dlm bentuk lain 🤣🤣. Mcm2 netizen tp yg bentuk kucing tu tetatp tercomel

    ReplyDelete
  3. haha..komen-komen santai ni kita tumpang terhibur, tapi yang layan berdebat tu bila baca tension jadinya..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com