Dah Cuba Nescafe Rose Latte?

Dah Cuba Nescafe Rose Latte? | Beberapa hari ni saya asyik nampak orang share pasal Nescafe Rose Latte ni. Air ni dah diperkenalkan pada awal tahun ni, bulan Januari yang lepas. Tapi baru beberapa hari ni macam trending pulak. Ramai rakan-rakan blogger yang share gambarnya di Instagram dan Facebook.

Apa lagi, saya pun terjebak nak merasa.

Saya pernah minum Rose Latte di August Cafe, Johor Bahru. Itulah kali pertama merasanya, dan ya saya suka bau wangi rose dalam latte. Sedap rasanya, melekat baunya sampai berjam-jam. Pernah juga saya minum Sakura Latte di Moonlight Cakehouse. Pun saya suka dan kena pada tekak. Cuma takde review dalam entri tu.


Dua malam lepas, saya ke Petronas untuk bank in duit tempahan brownies. Terus jenguk peti ais Petronas, kalau-kalau ada Rose Latte Nescafe ni. Eh, ada lah! Rezeki saya nak merasa. Saya capai dan bayar kat kaunter. Harganya RM2.70 kat Petronas Taman Universiti yang depan pasar tu.

Cantik kan tin nya. Warna rose gold gituhh. Ada tulisan Limited Edition pada bahagian bawah. Maksudnya, minuman ni mungkin tak akan selalu ada. Kiranya minuman Nescafe bermusim. Tapi saya tak terus rasa malam tu sebab airnya sejuk lagi. Tengah batuk ni tak berani pulak nak menambah "ubat". Jadi saya biarkan saja atas meja untuk minum kemudian. Biar hilang sejuknya.

Breakfast pagi semalam, saya pun minum. Eh, sedap jugak. Sama macam Rose Latte kat August Cafe! Cuma airnya tak lah sekawww kat August kan. Rasa dan bau rose memang semerbak bila kita teguk dari tin tu. Ok lah, kena pada tekak saya. Ada juga kawan-kawan yang cakap, tak berapa kena dengan tekak diorang.

Uols da cuba ke?
Dah Cuba Nescafe Rose Latte? Dah Cuba Nescafe Rose Latte? Reviewed by Sunah Sakura on March 02, 2019 Rating: 5

22 comments:

  1. Tak cuba lagi nescaffe ni. Nak cari jugaklah nanti

    ReplyDelete
  2. tak cuba lagi ni sunah.. bau rose rose ni tentu sedap ,, ke letak air mawar dalam latte hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah ek...lupa pulak seorang sunah nak baca ingredients dia...ya ampunnn..ahahahahha

      Delete
  3. Tak cuba lagi... nak cuballah nanti kalau jumpa

    ReplyDelete
  4. akak suka.. Iman tak.

    teringin sgt nak minum rose latte kat August sambal menjamah sepotong RV

    ReplyDelete
    Replies
    1. iman mesti tak suka rose latte kat august tu jugak..hahaha

      Delete
  5. ermm belum cuba lagi
    xpernah nampak huhuhu

    ReplyDelete
  6. menggoda btl la sunah ni..nak kna bli jgk..tp minum xsejuk xbest. cik nor pun btuk jgk sunah..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..dia dalam tin, automatik nak sejuk2 jee

      Delete
  7. Tak akan cuba sebab Sis dah tak minum kopi..hahahaha gitewwwww

    ReplyDelete
  8. Tak akan cuba sebab saya tengah nak kurus.bhaahhaahhhahahahhaha.. Sibuk je orang atas tuu tak akan cuba.. Kite pon tiru lerr ayat dia... Khenn.. Hahahahaha

    ReplyDelete
  9. nak cuba juga lah..harap-harap kena selera lah

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.