Ticker

6/recent/ticker-posts

The Platinum Hotel & Suites Melaka

The Platinum Hotel & Suites Melaka | Sabtu lepas, saya bersama rakan-rakan media Johor ke Melaka untuk buat liputan tentang Malaysia Surfcasting Tour di Pantai Puteri, Melaka. Disebabkan program tu berlaku pada hari Ahad awal pagi, kami bermalam di Melaka sehari sebelum eventnya.

Kami menginap di sebuah hotel baru di Pulau Melaka, namanya The Platinum Hotel & Suites Melaka. Masa nak sampai sini, sebelum tahu bahawa ia adalah hotel tempat kami menginap, kami dah pun jatuh cinta pada seni binanya. Bila dah terlajak dan ternampak papan tanda nama hotel, teruja sungguh masing-masing! Terus suruh driver u-turn laju-laju. Haha!


Hotel ni baru saja dibuka pada bulan Disember tahun lepas. Kalau tengok pada senibina hotel ni, uols akan dapat rasa aura-aura Portugis gitu sebab memang diorang terapkan elemen senibina neoklasik dari tahun 1950, simbolik kepada warisan Portugis di Melaka. Dari jauh nampak macam A Famosa tapi warna kuning. Haha. Disebabkan warna bangunan yang cantik pastel-pastel gitu, ramai jugak pengantin yang amek outdoor shooting kat sini. Yang bukan pengantin, apatah lagi. Hihi.


Menariknya, bangunan hotel ni berkembar dengan bangunan kedai kat sebelah, kebanyakannya adalah kedai-kedai makan hipster gitu. Jadi, kalau duduk kat hotel ni, agak mudah la nak cari makan bila lapar malam-malam. Lagi pulak, view dia waktu malam sangat cantik dengan lampu berwarna-warni. Jangan terkejut kalau balik hotel waktu malam, kawasan depan hotel tu meriah dengan pengunjung-pengunjung restoran sebelahnya.


The Platinum Hotel & Suites menyediakan 206 buah bilik dengan keluasan dari 403.5 hingga 1,068 kaki persegi. Kesemua bilik adalah lengkap dengan perabot dan kemudahan asas bagi yang travel untuk business ataupun travel dengan keluarga. Masa menginap kat sana, saya sebilik dengan Sis Lin, tidur bilik Superior Twin Suite.


Masuk je bilik, terus kagum dengan biliknya yang besar memanjang. Saya suka susunan dalam biliknya. Walaupun nampak macam sempit sebab ruangnya memanjang kan, sebenarnya memang spacious dan selesa sangat. Siap dah asingkan tempat untuk solat, tempat mengadap TV dan tempat tidur.



Cuma, disebabkan masih baru, ada beberapa jugak lah kekurangannya. Dari segi selipar bilik takde, sejadah, hair dryer dan seterika pun takde dalam bilik. Kena mintak kat receptionist kalau nak guna. Bahagian toilet bowl pun macam tak berapa bersih sikit, macam ada warna karat gitu. Wifi pun tak sampai ke bilik. Coverage internet? Weak gilaaaaa kalau dalam bilik~ Memang nak suruh rehat je kat hotel gamaknye. Hahaha.


Selebihnya, ok. Tilam best, empuk, selesa. Shower ada air panas. Owh, view boulevard dari balkoni pun not bad. Tak nampak sungai pun takpe. Sebab view depan mata da cantik sangat da. Pagi-pagi bukak pintu balkoni boleh nampak aura matahari terbit. Tapi matahari tu tak nampak lah. Ko bayangkan je ade. Hahaha.


Kami sempat jugak rasa sarapan kat hotel sebelum check out hari esoknya tu. The Straits Cafe @ Platinum letaknya kat Level 2. Sama level dengan bilik kami je. Not bad makanannya. Banyak juga pilihan. Oh, nak cakap satu lagi, dari lif ke bilik agak jauh ya perjalanannya untuk nombor bilik kami. Hahaha. Macam bersenam pulakkk. Tapi kalau da penat seharian berjalan dari pagi sampai malam, nangis jugak dalam hati mengenangkan jauhnya nak sampai bilik. 😓

Kat hotel ni turut ada gimnasium 24 jam, bilik seminar, spa, surau dan swimming pool. Semua ni tak sempat nak jenguk dan experience sendiri. Padat gilerrr aktiviti, mana tak nya. Hurmm. Next time bole datang lagi duduk sini dan try benda-benda lain tu. Hopefully masa tu banyak benda dah improve, kan?

Kalau uols nak stay sini, boleh lahh book bilik segera! Kat bawah ni harga rack rate ya. Kalau uols book lebih awal, mungkin akan dapat harga jauh lagi murah. Nanti riki riki aje~


The Platinum Hotel & Suites Melaka

Lokasi:
Jalan Baiduri 1, Melaka Raya,
75000 Melaka, Malaysia

Phone: +606 283 3388
Fax: +606 284 3399

Facebook Page:

Instagram: 

Website:

#PlatinumSuites #VisitMalaysia2020 #CutiCutiMalaysia #MalaysiaTrulyAsia

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Malaysia Surfcasting Tour Siri 1 di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka
Media FAM Trip 2019 
yang telah berlangsung pada 16 - 17 Mac 2019 
anjuran Tourism Malaysia.

Post a Comment

11 Comments

  1. eeee cantik2 gambaooo kak sunn.. i liokeee.... ingat masa mula2 kite nmpkkk bangunan ni kann.. kemain excited..sekalii tu ler tempat kite tido...eee lagii ler excited...

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyeee...suke gileee..tapi tak sempat nak ootd sampai lebam..aduhai

      Delete
  2. Lepas ni boleh tukar selera kalau datang ke Melaka, asyik dok tempat yg sama, bosan juga

    ReplyDelete
  3. menariknya bilik depa kasi. luas n ada kusyen panjang cemtu i looike.
    Melaka antara negeri fevret mak ayah nak brcuti. dats why bila ayah da xde CT still bawa mak ke Melaka. kasi itu kenangan tak lupa =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..kalo duduk tiga orang, boleh tido kat kerusi tu..hahahah..bagus ct, nanti bawak mak tido sini lak

      Delete
  4. Kita nak gi Melaka lagi...awak nak join tak hehehehhee

    ReplyDelete
  5. ni kat pulau melaka yg ada masjid selat tu kannn., ;p

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com