Indahnya Pulau Perhentian

Indahnya Pulau Perhentian | Semalam, lepas aje review buffet Ramadhan dekat Le Grandeur Palm Resort, saya terus minta kak Ajan hantar ke Larkin Sentral. Saya perlu naik bas segera ke Kuala Lumpur, dan tiba di TBS sebelum pukul 10 malam.

Dari TBS, saya, encik suami dan beberapa orang lagi perlu naik bas ke Kuala Besut, Terengganu jam 10.30 malam. Sebabnya awal pagi hari ni kami dijadualkan untuk naik boat ke Pulau Perhentian Kecil.

Di instagram, saya ada upload beberapa video dan gambar berkaitan. Alhamdulillah, sebelum jam 9 pagi, kami da selamat sampai di jeti Kg Nelayan, Pulau Perhentian Kecil. Sambil menunggu tuan chalet, kami ambil gambar dulu kat jeti.


Subhanallah, cantik sangat pulau ni. Air dia jernih macam kat Pulau Belitung. Ikan-ikan kecil berkerumun di tiang-tiang jeti menunggu pelancong memberi makan, walaupun sebenarnya tak dibenarkan bagi makan ikan.

Rasa macam kat luar Malaysia sekejap. Lepas tu cepat-cepat ingatkan diri sendiri, hey hey, kau dalam Malaysia ok!!!

Yes, Malaysia pun ada pulau cantik!

Alhamdulillah.

Nanti kita share lebih lanjut ya, kenapa kita berkampung kat sini 3 hari 2 malam.

Nak gi makan malam pulak.

4 comments:

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com