Menggamit Nostalgia Ais Kepal di The Straits Kopitiam, Johor

Menggamit Nostalgia Ais Kepal di The Straits Kopitiam, Johor | Kalau zaman ni kita lebih mengenali ais kepal Milo, orang dulu-dulu lebih kenal pada ais kepal berperisa sarsi dan sirap. Orang dulu-dulu tu zaman 70's dan 80's kat Semenanjung Malaysia. Sebab apa saya sebut Semenanjung Malaysia, pasal dulu-dulu kat Sarawak macam tak pernah pulak seketul Sunah jumpa ais kepal ni.


Serius, masa ais kepal Milo mula viral tahun lepas tu lah, saya blur. Ais kepal? Mende tu? Noob gila rasa. Hahaha! Dah makan sendiri baru tahu ais kepal tu macam air milo yang kitorang bekukan dalam kole arwah atok nenek dulu-dulu. Lepas tu kene marah dengan mak sebab pakai kole nenek. ๐Ÿ˜‚

Nostalgia betul ais kepal ni.


Sebab tu lerr, The Straits Kopitiam bawak konsep ais kepal dulu-dulu mengembara masa ke tahun 2019 ni! Akhirnya, sebuah outlet pertama mendarat di bumi Ulu Tiram, Johor dalam bangunan NSK. Bapak gilerrr merapu dia ni. Mesti kesan makan ais kepal perisa campuran Epal Hijau dengan Mangga dua hari lepas ni! ๐Ÿ˜


Tanggal 26 April 2019, The Straits Kopitiam telah dirasmikan pembukaannya. Outlet NSK Ulu Tiram, Johor, merupakan outlet pertama diorang, dan akan disusuli oleh outlet NSK Pandan, Johor pada 1 Jun 2019. Difahamkan, lagi dua outlet akan dibuka nanti, menjadikan keseluruhannya 4 outlet bersama 6 konsep beca untuk ais kepal.


The Straits Kopitiam menggunakan tema warna hitam dan putih, simbolik kepada nostalgia zaman dulu-dulu. Nama restoran pun dah ada kopitiam kan, jadi memang restoran ni berkonsepkan kopitiam, tapi pada harga yang affordable. Diorang dapat inspirasi daripada makanan-makanan di Pulau Pinang, jadi jangan hairan kalau kat sini ada Penang Cendol, Assam Laksa dan Mee Udang Penang.


Ais kepal kat sini berharga RM2.80. Ada perisa Sarsi, Blue Coral, Rose Syrup, Mango, Stawberry, Passion Fruit dan Green Apple. Ais akan dikisar guna mesin kisar ais ABC tu, kemudian dikepalkan menggunakan tangan sebelum diletakkan perisanya.



Penang Cendol dia wajib rasa, ok! Sedap gilerrrr! Santan tu diorang order khas untuk cendol diorang, tak dibeli dari sebarangan mini market mahupun kedai runcit. Haha. Mi cendol tu punnn diorang buat sendiri. Haa, kira signature menu la ni. Uols kena cuba tau!


Masa Grand Opening tu, The Straits Kopitiam menjemput beberapa orang anak yatim daripada rumah anak yatim dari sekitar Ulu Tiram. Dapat la budak-budak tu tengok sendiri macam mana ais kepala dibuat dari awal sampai akhir. Seronok betul diorang, dapat pulak seorang sebiji ais kepal.  Lepas ni, setiap bulan insya'Allah The Straits Kopitiam akan bagi free meal kepada rumah anak yatim di sekitar Ulu Tiram ni. Alhamdulillah, murah rezeki jika dikongsi, kan? In the future pulak, ada plan untuk buat Thai Food Festival, Nyonya Festival dan Taste of Ipoh. Masih dalam perancangan.


Selain dari segala desserts tu, ada jugak Laksa Johor, Nasi Ambang dan Nasi Beryani. Laksa Johor dia sedap jugak, cuma spaghetti tu a little bit overcooked. Jadi dia macam soggy sikit. Kuah dia dah ok dah. Rasa jugak Assam Laksa dan Mee Udang dia, tapi rasa sikit je la sebab takutttt, kita kan alergi udang. Sobsss.


Dan hey, Nasi Ambang dia sedap! Saya makan sampai habis ye. Ingatkan tak boleh nak habiskan sebab dapat bungkusan nasi seorang satu. Eh, boleh pulak habiskan. Ekekekek. Kalau uols nak rasa jugak Nasi Ambang The Straits Kopitiam, bulan puasa nanti ada set Ramadhan ye!



Nasi Beryani dalam dulang tu pun ada. Boleh makan untuk 3 - 4 orang. Haaaa, boleh le masukkan dalam list berbuka uols ya! Ok lahhh, nak plan berbuka dengan kawan-kawan dulu!


The Straits Kopitiam

NSK Ulu Tiram, Lot No 16, KM20, Jalan Kota Tinggi, 81800 Ulu Tiram, Johor

Waktu Operasi:
Setiap Hari
10 pagi - 10 malam



Instagram:

Facebook:
Menggamit Nostalgia Ais Kepal di The Straits Kopitiam, Johor Menggamit Nostalgia Ais Kepal di The Straits Kopitiam, Johor Reviewed by Sunah Sakura on April 28, 2019 Rating: 5

10 comments:

  1. wah..xsangka sunah ni nakal gak yer..hihi..sunah bnjer nasi ambeng..hihi

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya. .. Kena p terjah JB la mcm ni

    ReplyDelete
  3. Kalau dulu-dulu time balik sekolah beli, bungkus kertas minyak tu, bila dah cair habis baju sekolahnya...balik dia kelepit takut Mak nampak hahahahah...

    ReplyDelete
  4. Jauhnya nk g terjah JB hihihi

    ReplyDelete
  5. hoho sedapnya kalau balik johor kena cari ni

    ReplyDelete
  6. Sedap kan nasi ambang dia..nanti pose nak pi makan

    ReplyDelete
  7. tak penah cuba lagi ais kepal ni. suka suasana tempat dan menu betul2 menggamit memori dan classy.

    ReplyDelete
  8. sy nk laksa johor tu... lapar niiii

    ReplyDelete
  9. rezeki anak2 yatim.. semoga cdak sentiasa terpelihara.. nyaman2 menu :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.