"Saya Akan Bersalin!"

"Saya Akan Bersalin!" | Itu lah kata-kata yang diulang-ulang pada hujung peristiwa kelima dalam tayangan Encore Melaka Impression Series. Dalam tujuh peristiwa yang ditayangkan, peristiwa kelima bertajuk "Pregnant Mothers" ni lah yang paling saya suka dan nanti-nantikan.

AWAS, entri ni mengandungi spoilers!

Pada penghujung peristiwa keempat, platform pentas sepanjang 240 meter tu mula ditutup lapisan dalamnya. Di pentas hadapan, seorang ibu sarat mengandung berpakaian merah berjalan perlahan ke tengah pentas. Pencerita menerangkan bahawa peristiwa yang bakal ditayangkan sebentar lagi bukan lah menggambarkan keganasan, tetapi sebagai simbolik kepada kesusahan hidup rakyat ketika peperangan di Melaka satu masa dahulu. Walaupun hidup pada masa tu dalam ancaman bahaya, para ibu tetap tekad untuk melahirkan anak-anak yang bakal menjadi saksi kepada perjuangan dan kemunculan baru negeri Melaka.

Ketika pentas bahagian dalam dibuka perlahan-lahan, saya terkejut mendengar bunyi kocakan air apabila ibu mengandung tersebut menjejakkan kaki ke dalamnya. Ya, ada bahagian pentas yang menakungi air pada bahagian dalam Encore Melaka ni. Lebih mengujakan saya adalah bunyi deruan air deras yang jatuh ke dalam takungan air. Akhirnya apabila lampu dibuka, diselangi muzik dan warna yang bersilih-ganti, barulah penonton nampak dengan jelas, memang air sebenar keluar dari bumbung pentas dalam bentuk hujan.





Yessss, yessss! This is the best and most favourite part! Peristiwa ni lah yang menyebabkan saya tak teragak-agak untuk memberikan lebih dari lima bintang kepada Encore Melaka. Kali kedua saya tengok pun, tetap teruja dengan scene yang ni. Percaya lah, uols pun akan teruja bila menontonnya.

Selain daripada peristiwa Pregnant Mothers, turut ada dalam Encore Melaka Impression Series adalah Parameswara - sejarah nama Melaka pada tahun 1400, Cheng Ho - kedatangan Cheng Ho ke Melaka pada tahun 1405, Nyonya & Wedding - perkahwinan Baba & Nyonya pada tahun 1880, Six Mothers - Enam orang ibu kepada seorang anak pungut, Wau - tentang Awang, anak kepada si pembuat wau, dan Finale - "I'm grateful to be here in Melaka". Kalau uols nak tahu lebih lanjut tentang Encore Melaka ni, boleh baca entri saya sebelumnya di SINI.

Kalau datang ke Melaka, jangan lupa ke sini ya!


Encore Melaka Impression Series
A subsidary of Yong Tai Berhad

Standard Seat
Malaysian RM128
Non-Malaysian RM148

Premium Seat
Malaysian RM228
Non-Malaysian RM248

Kanak-kanak 4 tahun ke bawah PERCUMA (dengan kehadiran ibu bapa)

Ada jugak Family Special Package (sehingga 30 Jun 2019)
 50% OFF 
Warga Emas (55 tahun ke atas)
Kanak-kanak (5 -12 tahun)
Pelajar (dengan kad Pelajar)

*Tertakluk kepada terma dan syarat
*Untuk pemegang MyKad sahaja
*Tak terpakai untuk rombongan sekolah

Waktu Tayangan:
Isnin - Sabtu
5.30 pm - 8.30 pm
(Tayangan 5.30 pm tak available during weekdays in July)

Ahad
2.30 pm & 5.30 pm

Sebarang Pertanyaan:
+606 270 7777

Website:

Facebook:
"Saya Akan Bersalin!" "Saya Akan Bersalin!" Reviewed by Sunah Sakura on April 27, 2019 Rating: 5

8 comments:

  1. hahhahhahahaaa.. saya akan bersalinn..... dua kali tengok ,,, mengandung balikk....bersalin balikk..hahahhaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah...kali ni orang lain...kan pelakon lain tuu..hahahahahha

      Delete
  2. Replies
    1. hahhahahahahah tak lerrr..belum mengandung lagi, macam mana nak bersalin...wakakakkakaka

      Delete
  3. huh..igt sunah nak bersalin td..bru nak tanya..bila peknennya..haha

    ReplyDelete
  4. dah banyak kali plan nak ke melaka jalan jalan..tapi asik tertangguh je. ntah bila betul2 boleh pergi ni

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.