Resepi Puding Roti Strawberry Mudah dan Enak

Resepi Puding Roti Strawberry Mudah dan Enak | Gituh, enak pulak sis kauu guna. Sebelum-sebelum ni da guna perkataan sedap. Macam bosan pulak asyik sedap je. Betul ke sedap? Sedap itu subjektif bak kata Sis Lin. Hahaha!

Puding roti adalah salah satu pencuci mulut yang mudah disediakan. Kadang-kadang puding roti ni jadi menu bidan terjun bila roti dah nak expired. Ye lah, cara paling cepat nak habiskan kepingan-kepingan roti yang tinggal sekaligus, kan? Nak makan satu demi satu, dah expired pun belum tentu habis.


Kegemaran dak Ibah, benda-benda puding, dessert lembut camni. Kalau dia tak request, memang mimpi la nak buat. Hahaha. Sebenarnya ni gambar lama, baru terdetik di hati nak update. Saya share aje kat sini ya kot-kot ada yang nak cari idea pencuci mulut untuk berbuka.

Sebenarnya, puding ni puding roti biasa tu aje, cuma ditambah la potongan strawberry sebab nak habiskan strawberry dalam peti ais. Roti pun saya guna roti Gardenia wholemeal tu tau. Kalau guna roti Gardenia putih, mesti la lagi sedap. Wholemeal kan roti sihat dan berserat. Tekstur puding jadi berserat sama. Haha.

Ok lah, jom tengok bahan-bahan.

Resepi rujukan: Azie Kitchen

Saiz loyang: 8" x 8"

Bahan bahan:
6 keping roti Gardenia - potong cube
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula kastor
1 sudu besar mentega
1/4 sudu kecil garam
2-3 biji telur - pukul ringan
1 sudu kecil esen vanilla (@ strawberry jika suka)
Sedikit kismis
Beberapa biji strawberry dihiris nipis


Cara cara membuatnya:
  1. Panaskan susu seketika dan bila hampir mendidih, bolehlah diangkat. Masukkan roti dan kacau rata supaya ianya terendam.
  2. Masukkan mentega, garam dan gula. Kacau rata dan biarkan sedikit sejuk sebelum dimasukkan telur supaya telur tidak masak.
  3. Akhir sekali, masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata. Kemudian, masukkan sedikit kismis dan  sebahagian daripada strawberry, gaul rata.
  4. Tuang ke dalam loyang saiz 8" yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Susun lebihan kepingan strawberry di atasnya. Masukkan loyang ke dalam bekas besar yang diisi dengan air panas untuk membakar secara steam bath.
  5. Bakar pada suhu 180C selama 45 minit hingga 1 jam. Sedia untuk dihidangkan.
  6. Kalau suka makan sejuk-sejuk, masukkan ke dalam peti ais sebelum dipotong.

10 comments:

  1. lawan kita nampak..haha..thanks sharing resepi..:)

    ReplyDelete
  2. tengok gambar pun dah terbukti enaknya, Sun

    ReplyDelete
  3. Enaknyaaa Sunn...nanti buatkan please...makan sejuk-sejuk sedapnyaaa...

    ReplyDelete
  4. haluuu pulisssssss dapnyeeeeee 🤩🤩🤩🤩

    ReplyDelete
  5. alahai dapnya sunahhh,, ni pun ada roti,, nak expired ..

    ReplyDelete
  6. Mencabar betul tengok ni di bulan puasa huhuhuuu...

    ReplyDelete
  7. alahai tgk gambar je dah sedap dah tu.. boleh la try

    ReplyDelete
  8. Mama yan mmg suka pudin roti...kosong aje pun takpe.

    ReplyDelete
  9. TERLIUR TENGOK . SALIN RESEPI TEKAD ESOK NAK BUAT

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com