Berbuka Dengan Set Rewang Nasi Briyani di The Straits Kopitiam, NSK Ulu Tiram

Berbuka Dengan Set Rewang Briyani di The Straits Kopitiam, NSK Ulu Tiram | Ni cerita hari Jumaat yang lepas. Berbuka dekat The Straits Kopitiam dengan rakan JDT Blogger, Sis Lin, Farahain dan Farah Dinah. Sanggup nkoo drive dari Skudai ke Ulu Tiram masa peak hour orang balik kerja. Jammed terokkk! Nasib baik ada teman dalam kereta. Haha.

Pukul 6.30 gitu dah sampai NSK, kitorang meronda-ronda dulu dalam NSK tu sebelum ke The Straits Kopitiam. Memula kosong aje restoran, bila da nak dekat waktu berbuka, baru lah pengunjung bertambah ramai. Hari sebelumnya, saya da reserve siap-siap untuk 4 pax. Sampai restoran, just order dan bayar dulu. Lepas tu tunggu lah makanan sampai.


Kitorang order 2 set Ramadhan Rewang Briyani. Set ni dalam dulang, khas untuk 3 - 4 orang makan. Tapi disebabkan beberapa hari sebelum tu Kak Seri ade update dalam blog dia, gitau satu dulang tu diorang tak cukup makan 3 - 4 orang, tu yang order dua dulang terus. Satu dulang set ni dapat sekali 3 gelas air Selasih.


Lauk dia ada udang, sotong, ayam, kambing dan daging. Tapi time kitorang pergi tu daging da habis, so diorang tambah extra sekeping kambing. Yeehaaa! Kemain gembira dan bersinar-sinar mata Sis Lin masa mintak gantikan dengan kambing. Wakakaka (padahal, mata seketul Sunah pun kemain bulat bundar time tu 😝)

Tepat-tepat azan Maghrib, set dulang pun sampai. Alhamdulillah. Memang portion dia ni kena betulkan, letak 2 - 3 pax baru ok. Saya share dengan Sis Lin, Farahain dengan Farah Dinah. Sedap juga nasi briyani kat The Straits Kopitiam ni. Lauk-lauk dia pun sedap, sotong dan udang pulak lembut fresh gitu. I loike!


Lepas dah berbuka, gi cari surau. Rupanya kat NSK Ulu Tiram ni takde surau ye tuan-tuan dan puan-puan. Kitorang kena pergi Petronas seberang jalan, nasib baik drive tak sampai 5 minit ke sana. Cuma kena U turn lah. Lepas solat, boleh pulak sambung makan dessert kat McDonalds. Hahaha!


Beli 1 percuma 1, berbaloi-baloi! Just tunjuk gambar promotion tu dari page McDonalds, satu phone boleh redeem 1 kupon McFlurry Durian buy 1 free 1. Memang berdurian la kitorang malam tu. Balik Skudai masing-masing sendawa bau durian.

Brpppp.

Uols masih boleh cuba set Ramadhan Rewang Briyani dan set Ramadhan Nasi Ambang kat The Straits Kopitiam, NSK Ulu Tiram ni sampai 4 Jun 2019 ya!

7 comments:

  1. Aishhh terus ngidam aiskrim durian tu...Foldover juga...

    Oitt orang Sarawak dah kenyang ke tu..

    ReplyDelete
  2. kalau ngadap briyani, mesti cari kambing, baru ngam

    ReplyDelete
  3. Ehhh muka kita.. Rinduuu kak sunah 😭

    ReplyDelete
  4. huiii.. puaslah makan berdua satu dulang tu, hahaha

    ReplyDelete
  5. erkkk...jauh tu... Sunah, Skudai kat mana?

    ReplyDelete
  6. Sedapkan set beryani tu.puas makan

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com