Sarapan Mee Jawa di Restoran Rasa Sayang, Bintulu

Sarapan Mee Jawa di Restoran Rasa Sayang, Bintulu | Hujung minggu lepas, masa balik ke Bintulu, dalam perjalanan balik ke rumah dari airport, bapak tanya, "nak balik terus ke kita ni? Nak minum dulu?"

Waktu sampai sana pukul 8.30 pagi, waktu orang sarapan. Saya agak, mamak dan bapak mesti belum sarapan lagi. Saya pun ajommm la kita! Teringat mamak nak sangat makan Mee Jawa kat Restoran Rasa Sayang sejak dari Hari Raya lagi, tapi tak tercapai hasrat tu sebab restoran tu tutup aje.

Makanya, saya terus sebut nama restoran tu. Gembira la hati mamak dapat makan Mee Jawa kegemaran dia. Restoran yang terletak bersebelahan dengan tapak airport lama Bintulu ni memang dikenali ramai. Antara restoran yang selalu disebut-sebut orang. Port breakfast, minum petang atau makan malam family jugak kalau plan makan kat luar.

Mamak dan bapak order Mee Jawa, saya order Mee Goreng. Kisahnya, saya tak terlintas lagi dalam kepala, Mee Jawa ni macam mana rasa dan rupa dia. Dah tak ingat dah, dan memang jarang makan mee berkuah. Tak berapa minat sebenarnya. Kalau diberi mee berkuah, nanti makan mee nye saje, kuahnya tertinggal. Kecuali mee jenis kuah laksa, haa yang tu saya hirup sampai licin. Hahaha.


Bila sampai kat meja, ooo gitu rupa dia. Then mamak bagi rasa sikit, saya rasa kuahnya. Eh, macam sesuatu lah! Yaaaaa, macam Mee Rebus Johor lah! Lalu mamak pun cakap, "pakai ubi keledek kan kuah dia?" Yee, betul! Hah, sama lah dengan Mee Jawa Sarawak! Rupa-rupanya Mee Jawa adalah Mee Rebus kat Johor. Hahaha. Dan sebenarnya, Mee Rebus adalah adik beradik kepada Mee Jawa, tapi diubah nama dan bahannya ikut selera setempat. Sedap jugak! Cuma takde la keriuk-keriuk rangup macam kat Mee Rebus House Johor tuuu.



Mee Goreng saya seperti yang saya suka. Sedappppp, alhamdulillah. Saya suka jenis mee goreng macam ni, yang tak kembang mee nya. Kalau makan yang kembang tu, macam kembang sekali tekak ni. Tak boleh lerr, kalau nampak hidangan mee goreng, tapi mee nya kembang, automatik saya terus tak ambil. Kalau dah terpaksa ambil, saya akan makan sikittttt aje.


Overall saya bagi 5/5 bintang! Tiberr, macam movie pulak. Hahaha!

Ok bye!
Sarapan Mee Jawa di Restoran Rasa Sayang, Bintulu Sarapan Mee Jawa di Restoran Rasa Sayang, Bintulu Reviewed by Sunah Sakura on July 09, 2019 Rating: 5

22 comments:

  1. comel la bapak Sunah, lagi gambar yg first tu, cute aje. Skrg dah tau dari mana datang kekiutan Sunah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahhaahhahhahahah dia memang suka buat muka pelik2...sebab tu kitorang pun macam dia, suka buat muka pelik2 jugak..erkk

      Delete
  2. lupa nak komen mee jawa.. hahaha.. mee jawa dgn mee rebus sama, kan. meenya rebus dulu sbelum letak kuah. cuma mee jawa ni kuahnya cair sikit. Akk lebih suka mee jawa banding mee rebus

    ReplyDelete
  3. ya betul tu, mee jawa mmg ada iras2 mee rebus sbb guna keledek tp ada lah ciri2 lain skit.... mmg nampak sedap mee jawa mamak sunah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan kann...saya suka kedua2nya, tapi tengok tempat jugak...ada yang masak tak berapa kena dengan tekak

      Delete
  4. belum pernah jumpa mee jawa sarawak ni..tp mee rebus kat johor pun tak berapa suka sangat... suka mee megi je

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak, kita dulu pun tak suka tau mee rebus johor...tapi ri tu makan kat mee rebus house area KSL tu, eh sedap pulakkkkk

      Delete
  5. Hahaha oi mesti ko paksa bapak ko amik gambo tu kann hahahaha..
    Tak sangka Bintulu pun ada Mee Jawa ek hehehehe
    Nak sedap Mee Jawa semestinya di Bandar Klang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha mana adeeeeeeeeeeee...dia amik dengan rela hati ok! dia memang suka selfie ๐Ÿ˜œ

      Delete
  6. Oh kat sarawak pun ada mee jawa ye..Sedap nampaknya tu.

    ReplyDelete
  7. sedapnyaaa.. kita tak pernah rasa lagi mee jawa

    ReplyDelete
  8. Mesti sedap betul ni, 5 bintang teruss hehe

    ReplyDelete
  9. Sedapnya mee jawa. Nak order jugak, telur rebus lebih. Oppss

    Rupanya mee jawa dengan mee rebus tu adik beradik ya.

    Ok byeee

    ReplyDelete
  10. done follow :) kalau berpeluang ke bintulu saya suggest mee jawa kakjun :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.