Matcha Hanjuku Cheese Cake Sushi King

Matcha Hanjuku Cheese Cake Sushi King | Sekarang ni kan tengah musim Bonanza Sushi King Malaysia bagi fasa pertama dari 8 hingga 11 Julai 2019. Baru tengahari tadi saya ke Sushi King AEON Taman Universiti sebab temankan housemate yang teringin sangat nak makan.

Aduhai, ikutkan hati tak nak pergi sebab dah kenyang sarapan nasi lemak lewat, dah nak dekat pukul 11 pagi. Lagi satu sebab bajet lari sikit dan nak kena menyimpan untuk aktiviti hujung minggu ni. Huhu. Tapi fikir punya fikir, saya temankan je lah, takyah makan. Minum air Green Tea je ke, kan?

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Hmmm, dah duduk depan sushi belt tu, mampu ke kau nak bertahan? ๐Ÿ˜†

Alhamdulillah, nasib baik la perut kenyang. Jadi, makan dua tiga pinggan aje. Dan yang ringan-ringan macam Edamame kegemaran dan Spicy Chicken Cheese Roll tu kongsi je dengan dak Ibah. Saya dalam keadaan sekarang ni, nak makan sepinggan tu pun belum tentu habis. Erkkk.


Dannnnn, saya try jugak menu baru kat Sushi King ni, Matcha Hanjuku Cheese Cake. Dah berapa kali pergi sejak minggu lepas, baru kali ni nak try. Ye kawan-kawan, ni kali ketiga saya pergi Sushi King dalam dua minggu ni. Dahsyat betul ๐Ÿ˜“

Sebelum ni takut nak cuba, takut entah rasa apa ya? Walaupun saya peminat Green Tea, tapi tetap la takut kalau rasanya pelik. Terlebih kaw kee, rasa seaweed keee. So, takde kekuatan nak cuba. But tadi, saya kuatkan jugak la hati dan tangan dan mulut ni dengan kata-kata pendorong dari seketul Ibah. Hahaha.


Akhirnyaaaaaaa, wowwww, saya suka lah! Sedappp! Rasa cheese cake Jepun yang ringan tapi still cheesy, lembap-lembap basah dengan rasa Green Tea yang tak terlalu pekat. Saya habiskan seorang saje seketul tu sebab Ibah tak nak. Kenapa? Atas sebab dalam perenggan sebelum ni. Walaupun aku da cakap sedap, dia tetap belum dapat kekuatan macam aku. Hahahahaha!

Uols da cuba ke?


Peminat Sushi King, boleh lah ambil kesempatan makan lebih dari 45 jenis sushi pada harga RM3.18 saje sepinggan sempena bonanza ni!

8 - 11 Julai 2019:
Penang, Perlis, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Kelantan, Sarawak

22 - 25 Julai 2019:
Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Kedah, Pahang, Terengganu, Sabah
Matcha Hanjuku Cheese Cake Sushi King Matcha Hanjuku Cheese Cake Sushi King Reviewed by Sunah Sakura on July 09, 2019 Rating: 5

8 comments:

  1. Akak lagilah takde kekuatan nak masuk sushi king, tak pandai.. Hehehe.. Lagipun akk tak suka sushi. Iman plak suka, akk ckp nt pergilah dgn kwn2 bila dah kerja, hahaha. Kedek betul maknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...takpe, iman nanti cuti jom makan sushi king dengan kita!!!

      Delete
  2. weyhhh kenapa baru tahu ada yang matcha punya ni... tak kerja nanti i serbu sushi king..

    ReplyDelete
  3. mampu tgk jelah, nk pergi sushi king tkdo geng, laki akak tak minat....
    kasihan betul kn

    ReplyDelete
  4. Alamak bukan peminat green tea di sini. Hahaha.

    ReplyDelete
  5. pernah sekali je masuk sushi king....Tu pun kawan ajak.... suami? Dia orang jawa..hehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.