Tips Beli Kereta Ikut Kemampuan

Tips Beli Kereta Ikut Kemampuan | Sis kauu pagi-pagi belek Facebook, nampak post encik suami ni. Menarik sangat perkongsiannya. Tentang beli kereta ikut kemampuan masing-masing. Bukan ikut hati dan jiwa muda yang bergelora. Tiberrr.

Ramai antara kita, teringin nak berkereta mewah, kadang-kadang kita terikut-ikut orang lain atau rakan sebaya yang berkereta canggih. Sedangkan kalau dihitung-hitung, gaji kita tak lah seberapa. Buatnya kalau habis bayar loan kereta super canggih sebulan sekali, gaji yang tinggal tak sampai separuh pun.

Kereta idaman, sekadar idaman aje. Haha.

Ini tips dari encik suami tentang beli kereta ikut kemampuan:

Nak share tips sikit la pagi ni.. tips beli kereta ikot kemampuan... Ramai yang cakap kalo nak ukur kejayaan seseorang tu tengoklah kete yang dia bawak.. Ada betulnya.. tapi ada kita perasan n nampak jumlah akaun dalam bank dia? (Jangan sampai lebih dari separuh gaji tu khas semata-mata untuk kereta saja)hehehehe.. ada pula yang katakan yang keje dalam bidang sales n markerting macam saya ni perlu nak pakai kete mewah untuk tujuan market diri dan networking, yeeee ada juga betulnya... TAPI, kita tetap kena buat kira-kira jugak la naaa... Cara yang paling berkesan sebelum kita memilih kereta mengikut kata individu dalam bidang kewangan:

Harga kereta yang nak kita beli tidaklah boleh lebih dari gaji kita SETAHUN... Contoh...nak beli kereta RM200k kita kenalah ada dalam RM17k/month.

Oleh sebab tu ramai jer yang merasakan "Naik Motor Pun OK" . Bukan ape, kos bawak moto ni sangat sangat sangat jauh lebih rendah compare kereta. Jangan malu bila org kata "Naik moto jer?" Yang paling penting kat sini, ukurlah baju di badan sendiri. Ramai jer golongan profesional yang bawak kereta2 yang jauh lebih murah or merempit.. Why? Sebab tahu mana satu lagi penting... Nampak bergaya didepan org ramai atau gunakan gaji untuk benda yg lebih penting (simpanan, property, keluarga, dll). Yang penting kita tahu kemampuan kita.. kan?

Masa tu baru lah terkulat-kulat nak pinjam duit sana-sini. Ye, sis kauu sendiri pun ada pengalaman macam ni. Tapi bukan lah kereta canggih mana pun. Cuma kereta Viva Elite aje. Dulu beli kereta masa master, masih ade pendapatan duit geran dan biasiswa. Tapi bila da habis tempoh tajaan, seksa jugak nak buat duit dengan berniaga kecil-kecilan. Lagi-lagi sekarang ni harga barang dan minyak semua naik. Lagi banyak nak pakai duit.

Time camni, baru lah terfikir, kenapa la aku tak beli kereta paling murah aje dulu. Asal lepas untuk pergi ke satu-satu tempat sudah lah. Tapi semua dah berlaku kan. Jadi, teruskan aje lah kehidupan. Alhamdulillah, kereta pun tinggal dua tahun aje lagi.

Jadi kepada uols yang baru berfikir-fikir nak beli kereta tu, buat planning yang teliti ya! Ambil kira situasi sehingga 9 tahun akan datang kalau nak buat full loan. Sediakan backup plan kalau tiba-tiba ada benda yang tak terjangka terjadi.

Semuanya bermula dari diri kita sendiri.
Tips Beli Kereta Ikut Kemampuan Tips Beli Kereta Ikut Kemampuan Reviewed by Sunah Sakura on July 05, 2019 Rating: 5

5 comments:

  1. Huhuhu. Betul, beli kereta sampai separuh harga gaji. Sudahnya. berhuhu. Tq share tips dari suami Kak Sunah ni :)

    ReplyDelete
  2. betul sangat sunah.. tu sbb syg nak tukar/jual kete viva yg dah abis byr tu.. nanti nak tanggung hutang lagi (walaupun mampu) tapi byk keperluan lain yg lebih penting termasuk la kena pikir keperluan anak-anak yg sedang membesar ni..

    ReplyDelete
  3. Tu lah...kadang2 rasa nak letgo je kereta grand livina tu...tp hutang byk lagi. Nak letgo, kita yg kena bayar

    ReplyDelete
  4. kereta ni dah jadi barang keperluan orang bekeluarga.
    Cuma kenalah ukur kereta di badan sendiri

    ReplyDelete
  5. Sekarang senang je ikut prinsip:
    Beli ikut kemampuan (dulu ikut keperluan), jangan beli ikut kemahuan ...
    Sebab kalau kata keperluan, semua orang kata perlu, padahal kalau tak mampu, naik je bas/grab hahahahaha...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.