Ticker

6/recent/ticker-posts

Promosi Merdeka Special Meal di SDS Bakery & Cafe

Promosi Merdeka Special Meal di SDS Bakery & Cafe | Sempena Merdeka yang akan tiba tak lama lagi, jemput la uols ke SDS Bakery & Cafe sekitar Johor untuk menikmati hidangan Merdeka Special Meal. Apa yang special sangat menu Merdeka kat SDS ni?

Jemput tengokkkkk!


Makanan kegemaran Malaysia dalam sepinggan haa konsepnyaa uolss! Ada kari ayam, roti canai, sate ayam, acar dan tauhu sumbat dalam plate tu. Dihidangkan juga bersama puding Gula Melaka, satu set ni hanya RM16.90 sahaja tak termasuk air Limau Kasturi tu ya!

Untuk tambah air Limau Kasturi, just add on RM6.20, atau kalau uols ada apps SDS, scan QR-Code untuk dapatkan e-voucher, harga air Limau Kasturi jadi RM2 aje! Murah kannn? Set Merdeka Special Meal ni hanya available bermula dari sekarang sampai 16 September 2019.


Kita sebulat suara sukakan kari ayam dalam meal ni. Sedap sangat dan pekat kuahnya. Roti canai dia pulak sangat crunchy. Cuma puding tu bagi saya agak manis sedikit lah. Air limau kasturi tu sedappp, saya suka! Sangat refreshing!

Sepanjang tempoh promosi ni pulak, ada contest best tau! Cuba lah uols, mana tahu ada rezeki untuk menang RM62 SDS dining E-Voucher! Macam mana nak join tu?

  1. Like Facebook page SDS Bakery & Cafe atau Follow Instagram @sdsgroups
  2. Ambil gambar dengan SDS Merdeka Special Meal
  3. Upload ke Facebook/Instagram, letak hashtag #SayangiMalaysiaku dan tag SDS Bakery & Cafe (FB) atau @sdsgroups (IG), make sure public ya!

5 gambar dengan LIKE terbanyak akan dipilih menjadi pemenang. Senarai pemenang akan diumumkan di Facebook page SDS pada 10 September 2019.


TERMS & CONDITIONS:
  • Contest ends on 9 September 2019 (11.59pm)
  • 5 winners will be selected and announced on SDS Bakery & Cafe Facebook on 10 September 2019
  • Winners are randomly selected, must have #SayangiMalaysiaku and tag SDS Bakery & Cafe
  • 1 participant is entitled to win 1 prize only
  • Prizes are not exchangeable with cash
  • Winner list is solely under the jurisdiction of SDS and SDS serves the right to refuse review of the winner list
  • SDS serves the right to amend contest Terms and Conditions at any time without prior notice

Selain daripada Merdeka Special Meal ni, SDS jugak menampilkan ban Sambal Telur terbaru sempena Merdeka. Ban lembut dibakar dengan telur rebus, sambal dan mayonis, betul-betul rasa kegemaran Malaysia.


So, apa tunggu lagi?

Cepat la ke SDS Bakery & Cafe sekarang!

Post a Comment

6 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com