Laksa Sarawak Sedap di Mom's Laksa, Kota Samarahan

Laksa Sarawak Sedap di Mom's Laksa, Kota Samarahan | Kalau uols merancang nak ke Kuching, Sarawak dan mencuba makanan tempatan kat sana, saya nak rekemen satu restoran yang menyediakan menu Laksa Sarawak.

Mom's Laksa di Kota Samarahan, Kuching, Sarawak, merupakan salah satu daripada restoran tempatan kat area sana yang menyajikan Laksa Sarawak sebagai menu utamanya. Saya cuba Laksa Sarawak kat sini dua minggu lepas, dalam percutian singkat 2 hari 1 malam ke Kuching, Sarawak.

Kami ke restoran ni untuk bersarapan pagi hari Sabtu, sebelum ke majlis walimatulurus kawan encik suami. Google pada malam sebelumnya, dan waze pagi Sabtu tu, tengok dah open. Jarak dari hotel tempat kami menginap pun, tak sampai 15 minit. Dekat sangat.

Bila kami sampai, separuh restoran dah penuh dengan pengunjung. Restorannya luas juga, mungkin ramai student datang makan kat sini. Pelayan terus datang bagi menu kat kami. Saya order Laksa Sarawak, encik suami order Mee Kolok Biasa, dan Maria order Mee Rebus Daging.

Laksa Sarawak @ Mom's Laksa Cafe Kota Samarahan

Tak lama menunggu, menu masing-masing pun sampai. Untuk makan Laksa Sarawak, kena ada sambal belacan dan limau kasturinya. Dua benda ni, boleh ambil sendiri kat tengah-tengah restoran. Ada bekas berasingan untuknya, bawak ke meja masing-masing ya. Perah dulu limau kasturi ke atas laksa, dan gaul sebelum makan.

Subhanallah, sedap okeyyy! Sangat kena dengan tekak saya. Berbeza dengan menu Laksa Sarawak yang kami makan pada hari sebelumnya, "rasa macam makan jamu" bak kata Maria. Hahahaha. Hari sebelumnya, kami cuba Laksa Sarawak di Medan Selera Damai Central, tapi bau something macam herba agak kuat dan membantutkan selera. Nasib lerr tak amek gambar cantik-cantik, kalau tak, rasa rugi simpan gambar 😆

Mee Kolok Biasa @ Mom's Laksa Cafe Kota Samarahan

Kalau baca dari review orang ramai, kuah Laksa Sarawak di Mom's Laksa ni adalah resepi warisan keluarga turun-temurun. Memang diorang buat sendiri la maksudnya, bukan guna pes kat luar sana. Kuahnya pekat dan pedas secukup rasa, udang pulak fresh dan saiznya berpatutan dengan harga. Kalau nak tahu, Mom's Laksa ni ada banyak cawangannya sekitar Kuching, dan salah satu daripada cawangan ni ada menyediakan Laksa Sarawak special dengan Udang King, iatu cawangan Jalan Merdeka.

Mee Rebus Daging @ Mom's Laksa Cafe Kota Samarahan

Untuk Mee Kolok dengan Mee Rebus Daging pulak, encik suami dan Maria cakap rasanya biasa-biasa aje. Yang dekat Medan Selera Damai Central lebih sedap pulak daripada yang kat Mom's Laksa ni. Ye lah kan, sebab nama dia dah Mom's Laksa, maka kepakaran dan kesedapan dia lebih fokus kepada laksa agaknya. Haha. Sukahati aku aje.

Harga aneka mee @ Mom's Laksa Cafe Kota Samarahan

Ok lah, kalau uols stay area Kota Samarahan, boleh cuba Laksa Sarawak kat sini ya!

Mom's Laksa Cafe Kota Samarahan


Lokasi:
NO. 28, Ground Floor, (Sublot 28, Survey Lot 10555),
Lorong Uni Media 6,
Taman Uni Media,
Kota Samarahan Expressway,
94300 Kuching, Malaysia

Waktu operasi:
6 am - 11 pm

No. Telefon:
016-917 7133

Facebook:

8 comments:

  1. SA suka makan mee kolok Hj Shahrin kat Kuching tu...yang kedai dia area tapak lama pasar Satok...bestnyaaa....

    ReplyDelete
  2. tengok sambil telan liur walupun dh lunch... aduhai sedapnya nengok laksa n segala mee yg ada tu

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Bukan pork tau..bahhahahahhaha..lupa pulak nak explain iat entri..

      Pok tu sejenis mee yang nipis macam kuetiaw halus tu..

      Delete
  4. sedapnya nampak. lama tak makan laksa Sarawak. Last makan beberapa tahun lepas, kawan satu office buatkan :)

    ReplyDelete
  5. suatu hari klak kamek akan pergi juak sitok..

    rasa macam jauh jak mun dari Kuching hehehehe

    ReplyDelete
  6. aduhai bilalah nak buat laksa sarawak ni..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com