Musim Buah di Pokok Sena, Kedah

Musim Buah di Pokok Sena, Kedah | Uols ingat kita tak jeles ke tengok buah-buahan kat blog Wak Warisan Petani? Dah lah Wak tu berahsia betul, kita nak datang dusun dia beli buah-buahan pun dia krik krik krik aje. Tiba-tiba dia pergi bukak mini gerai kat pasar tani jual buah-buahan dari dusun dia. Eeee, geram nengok segala buah-buahan yang elok menjadi. Tapi susah betul nak tau lokasi sebenar beliau. Misteri betul seketul Wak ni tau. 😜

Tapi terubat la sikit rasa jeles tu bila balik ke kampung encik suami tempoh hari. Macam-macam buah ada, cuma durian aje dah habis musimnya kat pokok sendiri. Kat luar, memang ada je lagi yang menjual. Mertua saya siap simpankan lagi buah durian dalam tupperware untuk menantu dia yang belum berkesempatan nak balik kampung ni. Kakak ipar pun cakap, "semua dilarang ambil durian dalam tupperware ni, ayah cakap ni Sunah punya."

Bahahahaha! Adoii, sampai gitu sekali ye. πŸ˜†

Terima kasih mak, terima kasih ayah!

Sehari sebelum balik ke KL, ayah dah pesan kat encik suami, petik duku kat dusun sebelah, ambil rambutan, cempedak, pisang, bawak balik KL. Nangka dah masak, petang Hari Raya Aidil Adha tu, encik suami ikut ayah ambil buah nangka kat pokok. Kita tengok, macam berat bebenor nangka tu encik suami angkut dalam guni dari pokoknya ke meja kat laman rumah. Bila encik suami keluarkan dari guni, mak aiiii!!


Bapak besar nangka ni oi! Berat dia memang lebih 10kg ni. Tak timbang pulak hari tu. Tapi serius, memang tak mampu nak angkat. Kalau pasir kucing 10kg tu masih boleh lagi kita angkut seret masuk rumah sampai ke dapur. Yang ni, nak angkat pun tak boleh woiii! Dahsyat betulll! Jakun kita. Hahaha.


Ayah terus belah, encik suami dengan Amad asingkan isi nangka tu masuk ke dalam besen. Kita tukang makan empulur nangka aje. Hahahaha! Malas lerr nak main dengan getah. 😝


Lepas da setel asingkan isi nangka, kami ke dusun sebelah pulak. Ayah bawak baldi siap-siap nak petik buah duku. Ada banyak pokok duku kat dusun sebelah, tapi kena tahu mana satu pokok yang buahnya manis.


Penuh juga 1 guni buah dukunya, tu pun ayah nak tambah lagi, encik suami tak kasi dah.

Takut tak muat bonet kereta. Hahahahha!


Kat dusun sebelah tu, merangkap rumah adik ipar saya, ada jugak pokok buah mata kucing. Masuk pagar aje terus nampak pokoknya. Buahnya dah rimbun dan rendah aje. Siap boleh pegang dan petik nanti kalau dah masak tau! Tak percaya ke? Tengok gambar kat bawah ni.


Haa, ni la model buah mata kucing belum masak. Hahahaha! 😜

Ada juga pokok rambutan gading, tapi ayah cakap buahnya tak elok sangat. Tak manis, so kitorang tak ambil pun. Encik suami petik sebiji aje kasi kita rasa. Tawar pulak dan tak lekang dari biji. Jadi, kitorang pun balik ke rumah petang tu. Malamnya, sempat pergi tengok movie Boboiboy beramai-ramai dengan anak-anak buah.


Esoknya, pagi-pagi encik suami da mengait buah rambutan. Saya join la sekali. Ada banyak sangat pokok rambutan kat rumah mertua. Tapi macam buah duku gak, kena tahu mana satu pokok yang manis dan lekang isinya.


Ada pokok yang merah-merah elok kulitnya macam dalam gambar atas ni, tapi buahnya tak lekang. Macam ni, elok buat jem rambutan aje. Nak makan gitu saja, tak best. Pokok yang isi buahnya elok ada dalam empat - lima pokok juga. Gula batu, budak sekolah, jarum mas, dan macam-macam nama lagi, kami kait bersama ayah mertua pagi-pagi tu.

Dah siap kait, terus bahagikan kepada beberapa bungkusan plastik siap-siap. Nanti sampai KL senang nak asingkan mana yang encik suami punya, saya punya, Amad punya. Buah cempedak pun masuk guni siap-siap, pisang nangka saya ambil dua sikat aje sebab encik suami tak berminat pulak. Gambar tak ada lah pulak, kenapa lah lupa nak ambil gambarnya. Maybe sebab dah rushing nak balik KL masa tu.

Alhamdulillah, memang seronok kalau balik kampung encik suami pada musim buah. Next year nak balik juga musim durian dan manggis pulak!

Jommm, sape nak ikut???
Musim Buah di Pokok Sena, Kedah Musim Buah di Pokok Sena, Kedah Reviewed by Sunah Sakura on August 16, 2019 Rating: 5

18 comments:

  1. Ya allah sedapnya duku tu Sunah...tinggi erk pokoknya..duku kat kampung akak pokoknya rendah..buah dia besar2 yang jenis kulit tebal tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. rendah aje pokoknya kak...ayah panjat mudah aje..

      Delete
  2. Jangan lupa bawak esok kakakakakakah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha da habis woiii! tengok kalo cempedak masak, bole bawak

      Delete
  3. Alhamdulillah atas rezeki kurniaanNya SS..
    Lebat sungguh buah-buahan di dusun, LZ tengok pun geram.

    ReplyDelete
  4. bestnya SUnah,akak ingatkan suami org johor, rupanya org kedah...

    bestnya bila balik kampung ada banyak pokok buah2... semua nk di petik rasanya... geram nengok rambutan yg ranum tuh, buah mata kucing tu pun klu dh berbuah mmg best... lebat bebtul lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak, orang utaghaaaa..hahaha...saya duk johor sebab study lagi...

      Delete
  5. besarnya buah nangka tu. macam-macam buahan ada ye. seronok dapat petik buah dari pokok tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak...seronok sangat, terus makan macam tu ajeeee

      Delete
  6. mak aihh...besarnya nangka..
    hari tu balik kampung suami tengok ajelah buah nangka dah kena tokak dengan cik mon.

    ReplyDelete
  7. Balik kampung kalau kena musim buah kak, mau nya bonet kereta penuh.

    ReplyDelete
  8. wauu kebunnn dia,,, mok te sekoloh sedapp hii .. musim buah ni geram tengok buah kat pokok.. syukur dengan rezeki Allah

    ReplyDelete
  9. Suka baca entri ni
    Sesuai dengan jiwa wak.
    maaflah wak ni orang kebun, malu nak memperkenalkan diri dengan orang bandar.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.