Ticker

6/recent/ticker-posts

Bra Tidak Selesa? Ia Mungkin Petanda Kanser Payudara!

Bra Tidak Selesa? Ia Mungkin Petanda Kanser Payudara! | Tahukah anda bahawa 1 daripada 20 wanita di Malaysia berisiko tinggi menghidap kanser payudara? Statistik ini sangat membimbangkan kerana ramai wanita memilih untuk tidak mahu ambil tahu atau takut akan kebenaran jika mereka benar-benar menghidap kanser ini. Sebenarnya pemeriksaan awal secara berkala dengan doktor mampu mengesan kanser payudara dengan lebih awal lalu memudahkan untuk merawatnya sebelum terlambat!

Mungkin ada dalam kalangan kita yang belum tahu bahawa ada beberapa petanda awal kanser payudara yang anda sendiri boleh periksa hanya dengan memerhatikan bahagian luarannya sahaja sebelum mendapatkan kepastian dari pihak doktor. Ingin tahu apakah petanda tersebut? Sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.


Payudara tumbuh ketulan atau benjolan

Antara cara yang paling mudah untuk mengesan kanser payudara pada peringkat awal adalah dengan memeriksa bahagian luarannya. Untuk pengetahuan anda, kanser ini akan mengakibatkan pertumbuhan ketulan atau benjolan padanya. Oleh itu, anda boleh mengurut lembut bahagian luar payudara untuk memastikan jika terdapat sebarang keabnormalan padanya atau tidak. 

Pun begitu, anda perlu tahu bahawa tidak semua ketulan atau benjolan pada bahagian ini bersikap kanser. Oleh itu, periksa terlebih dahulu sama ada ia berasa sakit atau tidak apabila disentuh. Jika ya, ia mungkin merupakan petanda kanser. Pendek kata, jika terdapat sebarang perubahan sama ada ketara atau tidak, sila berjumpa doktor anda untuk mendapatkan kepastian yang lebih lanjut.

Pemakaian bra yang tidak selesa

Bagi wanita, pemakaian bra adalah sangat penting. Mungkin ada yang mengatakan bahawa pemakaian bra yang terlalu ketat boleh menjadi punca kanser payudara. Begitu juga dengan perbuatan merapatkan kedua-dua payudara menggunakan push-up bra. Pun begitu, penyataan ini adalah sama sekali tidak benar!

Buat anda yang belum tahu, pemakaian bra yang ketat tidak mempunyai kaitan terhadap peningkatan risiko kanser payudara. Akan tetapi, pemakaian bra yang tidak selesa ada kaitannya dengan kanser ini. Maksudnya di sini adalah setiap kali anda memakai bra dan anda berasa tidak selesa dengannya, sila hati-hati kerana ia mungkin petanda kanser payudara.

Berikut merupakan beberapa contoh pemakaian bra yang tidak selesa:
  • Payudara tersembul pada atas, bawah atau tepi bra
  • Wayar bra mula mencucuk bahagian bawah payudara
  • Tali bra asyik terjatuh dari bahu
  • Mangkuk bra berkedut
  • Bahagian hadapan bra tidak tepat pada dada
  • Bra mudah teralih apabila menggerakkan tangan


Ini semua akan berlaku ekoran daripada perubahan pada payudara yang anda mungkin belum sedar tentangnya. Perubahan ini juga mungkin merupakan petanda kanser payudara. Oleh itu, sila hati-hati!

Jadi, apa yang anda perlu lakukan?

Paling penting, anda perlu sentiasa lakukan pemeriksaan payudara. Caranya, mudah sahaja. Lakukan pemeriksaan 7 hingga 10 hari selepas hari pertama anda datang haid. Jika anda sudah tidak lagi datang haid atau menghidap haid tidak menentu, pilih satu hari yang tetap – contohnya hari pertama setiap bulan.

Tanpa mengira ada berlaku perubahan atau tidak pada payudara anda, pemeriksaan tahunan bersama dengan doktor perlu dilakukan. Ini terutamanya selepas anda berusia 40 tahun di mana mammogram perlu dilakukan setahun sekali. Apa yang penting, jangan sesekali bersikap tidak mahu ambil tahu atau takut untuk membuat pemeriksaan ini. Jika anda dapat mengesannya lebih awal, peluang untuk sembuh daripadanya juga adalah lebih besar!


Dapatkan lebih info kesihatan di Hello Doktor

Post a Comment

13 Comments

  1. Bulan 10 ni bulan breast cancer campaign something like that la. so sesetengah hospitl ada buat free check up. Boleh tgok la cuba try test check

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha...sebab tu share entri ni..nak bagi awareness tentang cancer month..

      Delete
  2. baca memang ngeri tp tulah kene amik tahu jugak, mil akak ada breast cancer, breast dia belah kanan dh di buang pada tahun 2014 dan sampai sekarang masih ada followup doktor. Memang kita kene amik tahu pasal breast cancer ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak..mak saya pulak pernah suspek ada ketulan pada breast, tapi akhirnya lepas beberapa kali medical checkup, ketulan tu dah tak ada...masa tu, mak memang down sangat...luluh hati kita sebagai anak, luluh lagi hati dia yang suspek ada tumor..

      Delete
  3. Kena ambil kira jugak ni sebab ia salah satu kanser senyap yang banyak menyerang wanita.kalau ada tanda² ni kena cepat² buat pemeriksaan.kita pun dah diajar kan cara bagaimana nak ketahui ada penyakit tu ke tak..
    Thanks sharing sunah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak...lagi2 zaman sekarang ni, makanan macam2 ada...

      Delete
  4. doc kata kalau ada tanda pelik jgn malu jumpa doc.penyakit ni sgt mudah dirawat di peringkat awal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cikguzim...apa2 yang luar biasa pada tubuh badan, segera lah jumpa doc...

      Delete
  5. Kena ambil tahu perkara berkaitan kesihatan lagi-lagi melibatkan diri sendiri. Tq sharing info nih.

    ReplyDelete
  6. Kalau tak selesa beli bra baru ya...setiap kali holiday beli baru, sebab bila holiday, bau dan peluh serap dalam bra, makanya kena pakai yang baru baru slesa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo sebab tu sis sentiasa beli yang baru ek....bagus tips tu!

      Delete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com