Jejaki Kesan Peperangan di Sandakan War Memorial Park

Jejaki Kesan Peperangan di Sandakan War Memorial Park | Taman Peringatan Sandakan, terletak 11km jauhnya dari pusat bandar Sandakan. Taman ini terletak betul-betul di sebelah tapak asal kem tahanan perang (Prisoners of War - POW) yang dibina pada Perang Dunia Kedua oleh tentera Jepun bagi operasi lapangan udara.


Kira-kira 2400 orang tawanan perang Australia dan British meninggal dunia di sini ketika dalam tahanan tentera Jepun. Ia dikekalkan dan dibuka secara rasmi pada 15 Februari 1999 sebagai memperingati tentera yang meninggal dunia dalam Sandakan Death Marches dan juga kawat maut ke Ranau, serta rakyat tempatan yang membantu para tahanan perang ni.








Sepanjang uols berjalan dalam taman ni, uols akan nampak beberapa peralatan perang di sekitar taman dan juga bekas tangki air serta dapur yang digunakan dalam kem tahanan masa Perang Dunia Kedua dulu. Taman ni dijaga dengan baik dan sekarang dah jadi Taman Rimba untuk penduduk berekreasi. Ada juga sebuah mini muzium yang memaparkan segala maklumat tentang Kem Tahanan Perang Sandakan dan sejarah Sandakan War Memorial Park dalam taman ni.


Uols boleh baca dengan lebih lanjut tentang sejarah Sandakan War Memorial Park kat SINI.

Sandakan Memorial
In Remembrance Of All Those
Who Suffered and Died Here,
On The Death Marches
And At Ranau

Sandakan War Memorial Park
Mile 8, Jalan Labuk, Taman Rimba, Sandakan, Sabah
Buka setiap hari
9 pagi - 5 petang
Masuk PERCUMA

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Media FAM Trip to TAWAU-LAHAD DATU & SANDAKAN
Sabah
yang telah berlangsung pada 11 - 15 September 2019 
anjuran Tourism Malaysia
dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association
Jejaki Kesan Peperangan di Sandakan War Memorial Park Jejaki Kesan Peperangan di Sandakan War Memorial Park Reviewed by Sunah Sakura on September 30, 2019 Rating: 5

6 comments:

  1. Replies
    1. moga2 satu hari nanti ada rezeki wak sampai ke sana

      Delete
  2. Xpernah smpai sabah lagi. . Seronok klau pegi bole melihat sendiri sejarah² ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, betul...kadang2 ada orang tak suka nak pergi tempat2 info sejarah ni...boring katanya

      Delete
  3. Replies
    1. ya ain...sebab dia kan salah satu tempat tumpuan pelancong luar...

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.