Ticker

6/recent/ticker-posts

Bawang dan Bawang Putih Mentah Turunkan Risiko Kanser Payudara – Kajian

Bawang dan Bawang Putih Mentah Turunkan Risiko Kanser Payudara – Kajian | Menjadi kebiasaan untuk kita penduduk di Malaysia, meletakkan bawang sebagai bahan wajib hampir dalam kesemua jenis masakan. Bawang merah dan bawang putih biasa ditumis terlebih dahulu bagi sebarang masakan bertumis, atau mungkin juga anda biasa memakan bawang putih jeruk atau mungkin juga bawang putih mentah. Jika anda adalah seorang penggemar makanan yang menggilai bawang, anda mungkin terkejut selepas mengetahui berita ini. Apa dia?


Bawang dan bawang putih mentah turunkan risiko kanser

Menurut kajian terbaharu, memakan bawang dan bawang putih mentah setiap hari mampu mengurangkan risiko seorang wanita untuk mendapat kanser payudara. Ini berdasarkan analisis yang telah dijalankan terhadap tabiat pemakanan 600 orang wanita di Puerto Rico. Wanita-wanita ini didapati memakan sofrito, sejenis perasa atau condiment makanan yang berasaskan bawang dan bawang putih setiap hari. Saintis mendapati bahawa mereka yang memakan sofrito lebih daripada satu hidangan setiap hari, mempunyai 67% pengurangan risiko untuk mendapat kanser payudara. Walau bagaimanapun, saintis turut menemukan bahawa, memakan bawang dalam bentuk atau cara yang lain seperti dimasak terlebih dahulu tidak mempunyai kesan yang sama seperti berikut.

Kajian-kajian terdahulu turut menyatakan bahawa antioksidan melawan kanser yang terdapat didalam bawang akan musnah apabila dipanaskan. Oleh sebab itu, bawang yang masih mentah lebih menunjukkan kesan positif terhadap risiko kanser payudara berbanding bawang yang telah dimasak.

Kajian ini dilaksanakan memandangkan kadar kanser payudara di Puerto Rico meningkat naik sejak beberapa dekad yang lepas. Melalui jurnal Nutrition and Cancer, saintis menyatakan bahawa terdapat 18 kes kanser payudara bagi setiap 100,000 orang wanita pada tahun 1960, dan kes tersebut meningkat kepada 50 kes bagi setiap 100,000 orang wanita pada tahun 1990.

Kajian ini telah dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dari University of Buffalo dan University of Puerto Rico. untuk pengetahuan pembaca, kajian ini merupakan kajian berasaskan populasi pertama untuk mengkaji hubungan antara bawang dan bawang putih dengan kanser payudara di Puerto Rico.

Kenapa bawang dan bawang putih?

Menurut Lina Mu, Profesor Madya dalam bidang epidemiologi dan kesihatan alam sekitar di University of Buffalo, bawang dan bawang putih kaya dengan sebatian organosulfur dan flavonoid. Bawang putih mengandungi sebatian yang kuat seperti S-allylcysteine, diallyl sulfide dan diallyl disulfide, manakala bawang mengandungi kandungan alk (en) yl cysteine sulfoxides. Kesemua sebatian-sebatian ini telah menunjukkan ciri-ciri antikarsinogenik atau antikanser pada manusia, dan juga dalam kajian eksperimen pada haiwan. Flavonoid pula adalah sejenis antioksidan yang kuat, yang memberikan manfaat kepada sistem imun selain mempunyai ciri anti-keradangan.

Jadi, selepas ini anda boleh cuba untuk kerapkan pengambilan bawang dan bawang putih mentah dalam diet harian anda. Tidak perlu pengambilan yang banyak, cukup sekadar satu atau dua ulas bawang putih ketika makan tengahari dan jadikannya sebagai ulam. Kami hanya khuatir jika anda memakannya dalam jumlah yang banyak, bau mulut dan badan anda juga turut berubah. Jangan pelik jika rakan-rakan menjauhi anda disebabkan oleh bau bawang putih yang keluar daripada mulut ketika anda bergelak ketawa.


Dapatkan lebih info kesihatan di Hello Doktor

Post a Comment

12 Comments

  1. Ikutkan setiap hari kita makan bawang dan bawang putih

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Tapi makan biarlah berpada. jgn lupa pakai deodorant byk2 hehehe nnti takut org lariiii

    ReplyDelete
  3. Tapi ada org tu tak mkn bawang hiris dalam masakan, mcm mn nak mkn bawang mentah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawang putih memang tak makan, bawang merah biasa ok je telan...bawang mentah memang no no lah...so, kena ubah gaya hidup dari segi lain...

      Delete
  4. hari2 makan garlic, buat masak. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa..sama lah, dalam masakan ada letak...tapi makannya tak..hahaha

      Delete
  5. Makanya sila banyakkan makan bawang merah dalam makanan...

    ReplyDelete
  6. dalam masakan memang selalu letak 2 bawang ni dan makan. Tapi kalau nak makan yg mentah tu alahaiiiiii

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com