Ticker

6/recent/ticker-posts

Boleh Makan Lagi Ke Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

Boleh Makan Lagi Ke Makanan Yang Tamat Tarikh Luput? | “Boleh makan lagi ke roti ni?”, bisik Farid dalam hatinya.

“Tarikh luput dah habis, tapi roti banyak lagi ni. Membazir kalau buang…”, getus lagi hatinya memikirkan roti yang masih banyak.

Pasti ramai antara kita yang sering mengalami situasi seperti ini. Roti yang dibeli masih tidak termakan, tetapi tarikh luputnya telah tamat. Hendak dibuang sayang, hendak disimpan belum tentu selamat dimakan. Adakah anda pernah terlintas, adakah makanan yang telah tamat tempoh selamat dimakan atau tidak? Ikuti jawapannya di bawah.


Bagaimana tarikh luput makanan ditentukan?

Pernahkah anda menjumpai tanda seperti ‘Guna Sebelum’ atau ‘Baik Sebelum’ dan diikuti dengan catatan tarikh? Sebenarnya, setiap frasa berikut mempunyai perbezaan dan kebanyakan daripadanya adalah amaran berkenaan kualiti makanan, bukannya amaran keselamatan. Adakah anda tahu bagaimana syarikat pengeluar makanan menentukan tarikh tersebut? Ia bergantung kepada kepada beberapa perkara iaitu:
  • Bagaimana makanan tersebut dibungkus
  • Bagaimana ia disimpan
  • Suhu yang akan terdedah semasa dalam proses pengangkutan
  • Tempoh masa yang diperlukan untuk dinyahbeku
  • Suhu peti ais pengguna


Apakah maksud sebenar label makanan?

Ketahui maksud sebenar frasa-frasa berikut:
  • ‘Baik Sebelum’ (Best if used by/before): Ini bermaksud bahawa kualiti makanan akan berada pada tahap terbaik sebelum tarikh yang dinyatakan. Biskut mungkin akan sedikit lemau selepas tarikh tersebut. 
  • ‘Dijual Sebelum’ (Sell by): Ini adalah tarikh yang ditetapkan oleh pengeluar kepada peruncit, berkenaan tarikh produk tersebut perlu dikeluarkan daripada rak jualan. Ini adalah untuk memastikan agak pengguna mendapatkan produk dengan kualiti terbaik.
  • ‘Guna Sebelum’ (Use by): Ini adalah tarikh terakhir jaminan kualiti terbaik sesuatu produk makanan tersebut. Ini juga bukanlah tarikh keselamatan sesuatu makanan melainkan jika ia digunakan keatas susu formula bayi.


Tarikh luput tamat; boleh makan atau tidak?

Makanan yang tidak memerlukan penyejukan untuk tahan lama seperti bijirin, makanan kering dan makanan dalam tin masih boleh dimakan walaupun tarikhnya telah tamat. Tetapi bagi makanan berasaskan daging, tenusu dan telur, ia adalah tidak selamat. 

Cara terbaik untuk mengenal pasti sekiranya sesuatu produk makanan itu masih selamat atau tidak adalah dengan menggunakan deria bau dan rasa anda. Pada kebiasaannya, makanan yang telah tamat tempoh akan mengandungi kulat, bakteria dan yis, yang menyebabkannya memberikan isyarat amaran kepada deria bau dan rasa anda. Makanan yang telah rosak akan mempunyai tekstur, warna, bau dan rasa yang berbeza. Berikut merupakan antara anggaran cadangan tempoh untuk sesuatu makanan selamat dimakan walaupun tarikh yang dinyatakan telah tamat:

  • Makanan dalam tin: kebanyakan makanan dalam tin boleh bertahan antara 1 hingga 4 tahun. Sekiranya anda menyimpannya di dalam tempat yang sejuk dan gelap, tempoh luputnya boleh bertambah antara 3 hingga 6 tahun lagi.
  • Makanan sejuk beku: tempohnya lebih kurang sama sebagaimana makanan dalam tin kecuali daging.
  • Telur: letakkan telur di dalam air. Sekiranya ia terapung, ini bermakna jumlah bakteria adalah tinggi dan tidak selamat dimakan. Bakteria telah menghasilkan gas di dalam telur yang menyebabkan telur tersebut terapung. 
  • Pasta atau mi kering: makanan kering seperti ini amat sukar untuk rosak kerana tidak terdapat kandungan air. Anda boleh menggunakannya selagi mana ia tidak mempunyai bau yang pelik.
  • Roti: anda boleh menyimpannya lebih lama daripada tarikh yang tertera sekiranya anda menyimpannya di dalam peti sejuk. Selagi mana kulat kelihatan tidak tumbuh, ia masih selamat dimakan.


Untuk pengetahuan anda, penyakit bawaan makanan yang sering berlaku adalah disebabkan oleh pencemaran makanan, bukannya disebabkan oleh proses pereputan makanan secara semula jadi. Bakteria seperti listeria lebih gemar dan berkembang biak dalam suhu yang lebih panas. Oleh itu, amat penting untuk anda menyimpan makanan yang mudah rosak pada suhu yang sesuai untuk mengelakkan pembiakan bakteria. Mungkin selepas ini, anda boleh mencuba menyimpan roti di dalam peti sejuk untuk mengekalkan ketahanannya daripada rosak.

Baca lebih banyak info kesihatan di Hello Doktor

Post a Comment

14 Comments

  1. sy mmg x berani nk mkn even pd tarikh sbnr pn rs was2 lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo akak, roti gardenia tu kadang2 makan lagi sampai berapa hari lepas tarikh luput..haha

      Delete
  2. tapi.. kalau roti tu ada kulat sikit, ada orang yg buang kulat & makan roti yg masih baik, hehehe.. jangannnn.. sebab akar kulat yg tak nampak tu lagi byk uiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk tu la pasall....kalo belum ada kulat takpe kan....hahahah

      Delete
  3. Bab makanan ni kadang belum sampai tarikh luput pun yang ada rasanya dah lain macam.

    ReplyDelete
  4. Kalau Sis ko, 2 hari nak luput pun dah ngeri oii hahahahaa

    ReplyDelete
  5. kadang2 termakan sehari selepas expired. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku bukan TERmakan weh, selalu sengaja makan...hahahahah

      Delete
  6. biasa kalau roti sehari lewat okay lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, selagi masa kita makan sebelum tarikh luput tu, kita jaga bungkusannya elok2, tak kena air atau lembapan...

      Delete
  7. Penah terlepas makan roti expired xperasan date tp xde pape. Huhu.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com