Sedapnya Kambing Tempayan di Muhibbah Buffet Dinner, Thistle Johor Bahru

Sedapnya Kambing Tempayan di Muhibbah Buffet Dinner, Thistle Johor Bahru | Kambing dalam tempayan, pernah makan tak? Tu la makanan paling sedap dalam menu Muhibbah Buffet Dinner kat Glass Restaurant, Thistle Johor Bahru yang bermula bulan Oktober ni.

Dengan hanya RM88 nett untuk Dewasa dan RM48 nett untuk Kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun, uols boleh menikmati lebih 80 menu buffet dengan 4 rotating menus. Kalau uols book untuk 5 orang dewasa pulak, uols akan dapat 1 lagi seat secara PERCUMA (5+1). And kalau uols duduk kat Thistle, untuk join dinner tu uols boleh dapat 15% off.

Apa yang ada dalam Muhibbah Buffet Dinner ni? Jom tengokkkkk!


Kambing Tepayan

Ni la tarikan utama dalam buffet dinner ni, kiub daging kambing diperap dengan tepung rempah 5 sekawan dan sup bunjut Melayu, kemudian dimasak perlahan di dalam tempayan. Direbus dalam jus dari daging tu sendiri bersama buah kabung selama 15 jam dengan api perlahan, menghasilkan masakan kambing yang sangat unik dan lain dari yang lain. Serius saya rekemen sangat uols rasa Kambing Tempayan ni.

Rendang Minang

Selain tu, ada juga Rendang Minang, daging kerbau yang direbus dengan herba. What, kerbau??? Yaaaa uols! Daging kerbau berkalori rendah dan lemaknya kurang daripada lemak dalam daging lembu. Khasiat daging kerbau ni sangat banyak, sumber protein bersih tanpa lemak dan kaya dengan vitamin B, zink dan zat besi. Dari segi rasa pun memang tak kalah ya dengan Kambing Tempayan tadi, sedappp sangat!

Selain tu, uols juga boleh menapak ke Live Stations untuk merasa:

Daging Kambing atau Lembu Panggang dengan Sos Lada Hitam dan Sos Pudina

Nasi Ayam Hainan atau Ayam Panggang Mongolian


Nasi Briyani dengan Kari Dhal, Ayam Masala dan aneka Jeruk

3 jenis Pasta dengan 3 jenis Sos

Bagi hidangan utama pulak, uols boleh pilih nak makan Mee Hoon Goreng Siam, Ayam Goreng Pedas, Ikan Masam Manis, Tauhu dan Tempe Masak Lemak Cili, Telur Dadar dan Sayur Campur Goreng.







Kalau uols jenis kena ikut protokol makan, boleh buka selera dengan Rojak Sotong Kangkung Malaysia, Sushi & Kimchi, 6 jenis Salad Perap dan Salad Taman Campuran, 8 jenis Jeruk Buah-buahan Malaysia, aneka biskut dan buah kering, 6 jenis Ulam-ulaman Melayu bersama 6 jenis Sambal, 4 jenis Keropok, Sos Cili, Thousand Island dressing, Sos Thai, Sos Tomato dan Mayonis.






Jangan lupa ke Noodle Station untuk rasa aneka menu mee, serta cuba juga North Indian Pumpkin Soup dan aneka Pencuci Mulut sebelum uols beredar balik ke rumah. Saya dah cuba Apple Pie Crumble dia, sedappp sangat banyak kekacang dan kismis!








Oh, menariknya, kalau uols datang makan malam kat Thistle ni pada hari Sabtu, uols berpeluang untuk tengok Dynamic Fire Eater Show! Tepat jam 8 malam, bersedia untuk turun ke kawasan lapang sebelah kolam renang kat bawah Glass Restaurant tu untuk menikmati persembahan api yang memukau dari abang-abang api. Haha!


Haaa, sikit je kita kasi uols tengok fire eater tu tau! So, ape tunggu lagi? Cepat book sekarang!

Muhibbah Buffet Dinner
Glass Restaurant, Lobby level, Thistle Johor Bahru
Jumaat & Sabtu
6.30 petang - 10.30 malam

Special Promotion
RM88 nett Dewasa
RM48 nett Kanak-kanak (6 - 12 tahun)
15% off for in-house guests

Dynamic Fire Eater Show
Setiap Sabtu
8.00 malam
*schedule subject to change w/o prior notice

Reservations:
+607 222 9234
fnbcoordinator.jb@thistle.com.my
Sedapnya Kambing Tempayan di Muhibbah Buffet Dinner, Thistle Johor Bahru Sedapnya Kambing Tempayan di Muhibbah Buffet Dinner, Thistle Johor Bahru Reviewed by Sunah Sakura on October 17, 2019 Rating: 5

6 comments:

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.