Ticker

6/recent/ticker-posts

Celebrate Birthday di SMS Private Stay, Johor Bahru Homestay

Celebrate Birthday di SMS Private Stay, Johor Bahru Homestay | Another last minute plan yang menjadi, alhamdulillah. Last week, birthday kak Ajan jatuh pada hari Rabu. Seminggu sebelumnya lagi, kitorang dah riuh dalam group whatsapp nak celebrate birthday beliau dan Ibah yang juga jatuh pada bulan Oktober. Pilih-pilih hari, hampir semua free Selasa malam aje.

Dalam tiga empat hari sebelum kejadian berlaku, salah seorang member group whatsapp tanya, nak celebrate kat mana nanti? Adehhh, kepala ni masa tu buntu nak fikir pasal venue. Asal boleh jumpa, udah lerrr. Masa tu dah la masih kat Melaka lagi. Nak fikir benda kat JB jadi pening. Haha!

Nasib baik la tiba-tiba teringat idea staycation yang dah berapa kali plan, tapi asyik tak jadi. Terus survey homestay around Johor Bahru yang mudah untuk semua orang pergi. Akhirnya satu homestay kat area Country Garden, Danga Bay, menjadi pilihan hati.


Homestay tu terletak di Amberside apartment, milik SMS Private Stay. Betul-betul dekat belakang Beletime Shopping Mall yang bakal dibuka hujung tahun ni. Pintu masuknya berhadapan dengan Royal Strand apartment. Kalau masuk ke parking entrance, kena register as visitor dengan pak guard sebab kita bukan owner rumah dalam ni.

Saya gi checked in dulu sebelum yang lain datang lepas kerja sebelah petangnya. Masa sampai sana tu, Midot, salah seorang staff SMS Private Stay sambut kedatangan saya. Dia yang tolong register, then bawak saya ke tempat parking dekat dengan lif unit homestay yang akan kitorang duduk tu.

Peace from Midot - staff SMS Private Stay

Yang kelakarnya, Midot ni orang Sarawak rupanya! Dia punya la simpan soalan nak tanya saya bila nampak profile pic whatsapp berlatar-belakangkan bangunan DUN Sarawak, akhirnya saya sendiri yang tanya dia asal mana. Jejak kasih lagi!

Nak naik ke unit homestay, kena ada access card. So, access card tu Midot bagi pada saya untuk guna masa stay kat sana. Lepas da masuk ke homestay, Midot bawak keluar dulu round sekitar Amberside tu. Dia tunjukkan swimming pool kat mana, kalau nak gi mart or makan minum kat mana, spot cantik untuk ootd, semua dia tunjuk. Hahaha!



Then bila dia da balik, saya pun apa lagi!! Mesti la ambil gambar dalam homestay, kan! Uols pun harus lah nak tengok jugekkkk, ye tak? Nah saya kongsikan rupa bentuk dalam homestay ni macam mana.




Kemas gilerrrrrrrr kan? Cantik dan minimalis! Warna yang dipilih pun nice dan menenangkan. Pandai team diorang buat kerja. Unit yang saya pilih ni ada dua bedroom, 1 master bedroom dengan bathroom kat dalam bilik, 1 lagi bedroom luar dengan 1 bathroom kat luar bilik.


Homestay ni siap ada bahagian dapur yang lengkap. Ada peti ais, microwave, dapur, cerek elektrik, pinggan mangkuk, cawan, periuk kecil dengan frying pan kot-kot nak memasak ke. Memang kitorang siap kenduri megi ye kat sini. Hahaha! Tapi megi kena beli sendiri lah! Yang diorang provide complimentary hanya uncang teh, uncang kopi dan pek gula untuk bancuh air. Kat kabinet dapur tu macam ada jugak la bahan-bahan memasak yang lain, tapi rasanya tu yang penghuni-penghuni sebelum ni tinggalkan kot.



Kalau uols stay lama sikit dan rasa nak basuh baju, don't worry. Tak payah pergi dobi. Diorang ada provide jugak mesin basuh siap dryer ye. Senang kan! Jimat duit kat situ. Iron dengan iron board pun ada disediakan in case uols perlu gosok baju or tudung.



Yang bestnya, view dia beb! Homestay SMS Private Stay kat Amberside ni balkoninya menghadap jalan besar Danga Bay - Johor Bahru tu. Memula ingat macam city view biasa aje, rupanya nampak kelibat rumah-rumah besar atas bukit tak jauh dari Villa Nabila tu ha. Cantik-cantik rumahnya, tiap kali pandang keluar tingkap bilik atau balkoni, mesti terpesona tengok rumah-rumah tu.



Haaa, da petang, yang lain pun sampai seorang demi seorang. Sempat lagi saya keluar beli makanan kejap kat Taman Suria dengan Stulang sementara tunggu yang lain. Tinggalkan access card kat salah seorang daripada kami, tiap kali orang lain sampai, dia kena turun bawah lah bawak diorang naik 😜

Lepas Isyak, kitorang start celebrate birthday girls dua orang tu. Aisyah beli kek dari Bellytreats dengan beberapa air kotak, saya beli ayam MarryBrown dengan set ayam Kenny Rogers aje. Jadi lah buat celebrate 6 orang aje.


Eh, ye keee 6 orang?

Tiba-tiba kak Ila called, gitau dia nak join jugak, hahahaha! Jeles le tuuuu tengok perbualan dalam group whatsapp. Maka kak Ila pun datang, dan akhirnya Nada pun join jugak sambil bawak segala jajan dan megi. Wakaka! Celebrate berlapan lah kami malam tu. Alhamdulillah.



Sambil makan, sambil layan Netflix kat TV. Ye guys, TV kat homestay ni ada Netflix tau! Haa, uols lepak la bergosip sambil nengok berpuluh ribu cerita dalam tu, sampai TV tengok uols pun takpe. Haha! Malam tu kak Ila balik rumah dia, tinggal kitorang bertujuh aje. Walau hanya ada dua bedroom, tapi kat living room dia ada sofa besar tu. Boleh lah tido, cuma agak sejuk sikit sebab lupa bawak selimut lebih. Esok paginya masing-masing da keluar gi tempat kerja, tinggal saya, kak Ajan, Ayen dengan Aisyah aje yang check out kul 12 tengahari. Pagi tu, sempat la layan sunrise kejap kat balkoni.


Sebelum check out, kemas apa yang patut, mana yang boleh kita kurangkan kerja para cleaner, kumpulkan sampah, selfie dan wefie, photoshoot sikit. Haha!

Ye lah, mana bolehhh move on tengok view rumah cantik tu!


Haa, saya rekemen sangat tau homestay ni! Kalau uols nak cari homestay around Johor Bahru, boleh lah masukkan SMS Private Stay ni sekali dalam list. Diorang ade 3 homestay around Country Garden ni termasuk yang Studio Room, harga satu malam dari RM160 aje. Ade jugak kat Aliff Avenue Tampoi, Bandar Seri Alam, Permas Jaya dan Mersing! Mak ai, banyaknyeee uols~

So, ape lagi? Kalau nak book SMS Private Stay, sila lah whatsapp aje!

Whatsapp:

Email:
reservation@smsprivatestay.com

Instagram:

Facebook:

Post a Comment

15 Comments

  1. ok, tak menahan tengok Sun peluk mangkuk ayam kenny rogers sambil pejam mata... hahaha

    ReplyDelete
  2. Yerrr SMS Homestay ni memang selesa gilerrr...sukaaa! Nanti nak bawa family pulak stay sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sis, sila lahhh bawak kakak adik amat berOOTD..hahahah

      Delete
  3. cantik la homestay ni sunah.. dah macam hotel jugak.. hehe

    ReplyDelete
  4. Wahh cantiknya homestay ni. dekorasi dia memang wow sangat

    ReplyDelete
  5. hahaha tak ajak pun, fuh boleh jadi tempat untuk percutian ringkas nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. eee gegel only laaa...macam mana nak ajak...hahahahhahah..sila lah masukkan dalam list staycation yee

      Delete
  6. Happy birthday sunh sakur semoga dipermudahkan urusan panjang Umur Dan murah rezeki ye.. cantiknbetul homestay dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan birthday saya mama oi..hahhahahahhahahahhahahhahahah

      Delete
  7. Replies
    1. ye, wak..nanti datang jb duduk sini ekk..hahahha

      Delete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com