Dapat Hadiah Top Commentator dari Blogger Suria Amanda

Dapat Hadiah Top Commentator dari Blogger Suria Amanda | Alhamdulillah, yeayyy! Selama ni duk tengok orang dapat hadiah dari blogger lain, tetiba kali ni diri sendiri pun dapat jugak. Hahaha.

Awal bulan lepas, kak Suria Amanda ada up satu entri, umumkan top komentator blog dia untuk bulan September 2019. Tak sangka pulak boleh menang, sebab blog kak SA sangat ramai pembaca dan pengomen. Kita suka bila kak SA cerita kisah harian dia dan family. Mana yang sempat komen, kita komen lah. Tapi kadang-kadang sampai berhari-hari jugak tak sempat nak menjenguk blognya. Terus komen berdesup-desup sebab kak SA ni macam Sis Lin jugak, rajin update blog! Haha!


Beberapa hari lepas, hadiah dari kak SA sampai ke depan pintu. Gembira betulll bila bukak bungkusan, nampak signature kak SA kat belakang sampul surat kaler coklat kat dalam bungkusan tu. Dengan gelojohhhnya saya pun bukak sampul surat tu.


Tadaaaaa! Ni lah hadiahnya, Buku Resepi Warisan Masakan Berkuah, Resepi Warisan Turun-temurun oleh Chef Hanieliza. Ada 23 resepi istimewa warisan Melayu dalam buku setebal 48 muka surat tu. Wehh, serius suka sangat sebab resepi-resepinya dekat dengan kita, benda yang kita senang nak cuba, praktikal dan akan makan dekat rumah. Paling menarik hati, Kelio Ayam, Ayam Masak Ros, Ayam Pongteh, Kari Kapitan, Ayam Seroja, Ikan Masak Kicap, Pangek Daging dan banyakkk lagi!

Insya'Allah akan cuba mana-mana resepi dalam buku tu nanti. Uols jemput la belek blog kak Suria Amanda!

Terima kasih kak SA! ๐Ÿ˜˜
Dapat Hadiah Top Commentator dari Blogger Suria Amanda Dapat Hadiah Top Commentator dari Blogger Suria Amanda Reviewed by Sunah Sakura on October 21, 2019 Rating: 5

30 comments:

  1. Tahniah...
    Memang..Suanhlah yang rajin komen...balik-balik Sunah, Sunah aje balik-balik hahahahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha sama la dengan sis lin tu...hahhahahha

      Delete
  2. Alhamdulillah dah selamat sampai, thank you for support dan jangan lupa cuba resepi eh...

    ReplyDelete
  3. Tahniah Kak! Wahh bestnya dapat buku resepi. Tak payah nak google dah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn...lagi pulak, diorang claim resepinya "gerenti jadi" haaaa

      Delete
  4. Wahhh.. tahniah, Sun, haruslah kau rajin memasak lepas ni

    ReplyDelete
  5. Wahh tahniah. Nak jugak. Hehe. Terus follow sunah.

    ReplyDelete
  6. tahniah..lepas ni silalah masak ye.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. tahinah ye..
    Nanti boleh share sini bila dah cuba masakan tu semua..

    ReplyDelete
  8. wow..tahniah sunah,nanti boleh share2 resepi sedap ye
    salam singgah dari sy dan done follow

    ReplyDelete
  9. wah bagus tu dapat hadiah.. lepas ni boleh masak banyak2

    ReplyDelete
  10. Tahniah.
    Tu orang suruh belajar main masak2

    ReplyDelete
  11. Whoaaaa..lepasni update blog pasal masakan jerlahh..bahahahha~
    Tashabar nak tengok u try menu dalam buku tuu..

    ReplyDelete
  12. seronok dapat hadiah dari kawan2.
    CT nye nanti yaa.. insyallah menyusul. mencari rentak ni..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.