Sedapnya Rasa Oriental dalam Menu Terbaru di TROVE Johor Bahru!

Sedapnya Rasa Oriental dalam Menu Terbaru di TROVE Johor Bahru! | Dalam minggu lepas, Restoran Lada & Clove, TROVE Johor Bahru memperkenalkan menu masakan Cina terbaru yang uols boleh nikmati untuk makan tengahari atau pun makan malam. Menu terbaru tu menampilkan dua set hidangan istimewa oriental, khas untuk pengunjung yang datang dalam 4 orang atau 8 orang.

Kedua-dua set hidangan terbaru tu mengandungi menu yang berbeza pada harga yang berbeza. Bagi set 4 orang, harganya adalah RM178Nett, manakala untuk 8 orang, harga set hidangan adalah RM398Nett. Antara menu yang dihidangkan dalam set terbaru tu adalah:


Deep-fried or Steamed Tilapia with Thai Sauce or Nyonya Sauce


Crabmeat Tofu with Fish Maw Soup


Diced Chicken with Special Homemade Sauce


Braised Bean Curd with Enoki Mushrooms and Oyster Sauce


Minced Chicken with French Beans


Egg Foo Yong


Setiap set hidangan disertakan dengan nasi putih kukus, buah-buahan potong dan teh Cina. Saya dah cuba kesemua menu kat atas tu, Allah memang sedap sangat dan lain dari yang lain! Kuah sos nyonya ikan tilapia tu sedap sangat makan dengan nasi panas-panas. Seketul Sunah yang tak berapa gemar tauhu pun boleh ambil lebih daripada satu tauhu rebus sos tiram tu! Sedap dan lembut sangat tauhu nya! Makan pulak dengan cendawan enoki yang memang kegemaran beliau juga, TROVE memang dah buat research makanan kegemaran Sunah dulu ke ni? ๐Ÿ˜

Ayam dadu dengan sos istimewa tu pun sedap uikkk! Tapi kan, Minced Chicken with French Beans tu mungkin kena tukar namanya jadi French Beans with Minced Chicken sebab nampak fokus utama dalam pinggan tu lebih kepada kacang buncisnya, kemudian baru ayam cincang tu, setuju tak? Ahh, sama aje kan deduanya...hahahah! Yang penting sodapppp! Diorang goreng dengan olive oil, jadi nampak macam berminyak sikit, namun tetap sihat ya!

Sup isi ketam sebagai pembuka selera tu memang menarik dan menyelerakan. Telur dadar tu pun not bad, termasuklah salad segar alas telur dadar tu kegemaran seorang Sunah jugak. Ehhhh! Kebetulan sangat kan semuanya sedap-sedap.

Eh, apa pulak kebetulan!

Memang Brand Manager TROVE, Mr. Salamon Das dengan Food & Beverage Manager nya, Mr. M. Subramaniam sengaja bawakan menu baru ni dari team Chinese Kitchen yang diketuai oleh Master Chef Wong Chee Foong khas untuk uolssss! Thanks Chef!

Ape? Mahal sangat nak kena makan sampai 4 - 8 orang? Jangan risauuuu, uols jugak boleh makan menu ala carte dekat Lada & Clove ni. Diorang ada Hainanese Chicken Rice, Yong Chow Fried Rice, Sambal Fried Rice, Wonton Noodle Soup, Char Kuey Teow, dan juga Cantonese Style Kway Teow.

Lauk-pauk pulak uols boleh pilih nak Garlic Beef with Seasonal Vegetables, Kung Pao Chicken, Minced Chicken with French Beans atas tadi, dan kegemaran semuaaaaaa - Butter Chicken! Kalau suka seafood pulak, Chef Wong boleh masakkan Crispy Oatmeal Prawns, Deep Fried Prawns with Fruit Salad, Kus Semangat Nyonya Fish (ehhh kusss semangat baca nama dia ๐Ÿ˜†), Deep Fried Tilapia with Thai Sauce, juga Japanese Bean Curd with Oyster Sauce atau Fried Shrimp Omelette.

Setiap menu ala carte ni dihidangkan bersama semangkuk nasi putih kukus.

Semua menu kat atas ni dah available sejak 25 September 2019. Uols boleh lah datang ke TROVE Johor Bahru untuk menikmati menu-menu ni masa lunch atau pun dinner ya!

Lada & Clove Restaurant
8th Floor, TROVE Johor Bahru, Jalan Dato' Abdullah Tahir, Johor Bahru, Johor
+607 272 8888

Sedapnya Rasa Oriental dalam Menu Terbaru di TROVE Johor Bahru! Sedapnya Rasa Oriental dalam Menu Terbaru di TROVE Johor Bahru! Reviewed by Sunah Sakura on October 02, 2019 Rating: 5

14 comments:

  1. Sunah oiii....kak SA awak ni tgh pantang...dah la suka chinese food, tgok gambar tu semua..allahu...terliur betul..lambatnya 30hb nak pi check up

    ReplyDelete
  2. rasa makan nasi suku mangkuk jer baru puas makan lauk, hihi

    ReplyDelete
  3. bestnya kalau dapat makan full course chinese food kan. Fuhhhh mengancam semuanyaaa

    ReplyDelete
  4. Nasib baik ada menu ala carte. Hehe. Semuanya nampak sedap

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. ye mama, kalo kena gaya masakannya, memang sedap!

      Delete
  6. Memang semuanya sedap-sedapkannn....berbaloi makan di sini..

    https://www.sislin76.com/2019/10/new-chinese-menu-rasa-oriental-dalam.html

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.