Tuai Cili Padi di Halaman Rumah

Tuai Cili Padi di Halaman Rumah | Pokok cili padi yang housemate tanam akhirnya boleh dituai setelah berapa kali jugak macam dah segan hidup mati tak mau akibat perubahan cuaca. Haha! Last week petik la cili yang dah berbuah banyak tu, supaya pokoknya terus membesar dengan jayanya. Kita tengok gambar je lah ya.

Cili padi yang dituai

Masih ada baki kat pokok, belum cukup besar untuk dituai

Pokok cekur kak Ajan bawak balik dari kampung

Pokok bayam Brazil dak Nada tanam, macam da kena gigit ulat bulu

Pokok nenas Nada tanam, kena ganti pasu besar ke ek?

Pokok pandan wangi saya tanam, anak pokoknya pak cik Mat Gebu kasi masa mula-mula kembali ke Johor tahun 2015 kalau tak silap

Pokok bunga Kemunting Cina, anak pokok saya ambil dari rumah kak Ila kat Segamat

Ada lagi pokok daun kunyit dengan pokok daun kari yang tak sempat ambil gambar sebab tiba-tiba jiran sebelah keluar rumah lak. Segan nak photoshoot, kang dia nampak lak. Haha! Pokok daun kunyit tu pun anak pokoknya dari pak cik Mat Gebu jugak. Pokok daun kari saya tanam dari keratan tangkai daun kari yang beli kat pasaraya, dah pakai daunnya saya cuba aje cucuk ke tanah. Alhamdulillah dah besar panjang sekarang.


Tak sempat sungguh lah nak update and blogwalking dalam berapa hari dah ni. Badan pun belum sihat sepenuhnya lagi. Ada banyak cerita nak dikongsi, sabar ya. Saya cuba untuk draftkan hari ni, esok pun bakal full seharian dengan aktiviti.

Rindu pulak blog sendiri.
Tuai Cili Padi di Halaman Rumah Tuai Cili Padi di Halaman Rumah Reviewed by Sunah Sakura on November 15, 2019 Rating: 5

19 comments:

  1. SA nyer minat sekarang pun dah lebih ke arah bercucuk tanam..sabar jer la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe sindrom hujung2 tahun kak...tiberrr hhahahahha

      Delete
  2. berbudi dengan tanah pasti ada hasilnya. Ammi ni dari sehari ke sehari kononnya nak beli pasu tanam sayur depan beranda..tp mcm krik krik jeeeee.

    ReplyDelete
  3. Wow menjadi semua tanaman SS dan housemate, seronok tengok semua tanaman hidup segar..

    ReplyDelete
  4. meriah nya tanaman kt rumah sunah, satu rumah tu semua jenis tangan sejuk... menanam semua menjadi... geram tengok daun cekur dengan daun pandan tu... segar bugar

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekadang layu gak kak bila musim kemarau...baru sedar diri nak menyiram

      Delete
  5. memang meriah pokok kat rumah sunah.. akak macam nak tanam pokok pandan jugak la dalam pasu.. dulu tanam pokok serai kat depan rumah membiak sgt.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la kak..ri tu saya cuba jugak tanam lagi pokok kari untuk akak...tapi tak sempat jaga leklok, da kiokkk..hahaha

      Delete
  6. Replies
    1. tak berapa rajin sangat..tanam apa yang perlu pakai kat dapur dan tak berbaloi beli kat kedai..hahahah

      Delete
  7. berbudi pada tanah pasti ada hasilnya...

    ReplyDelete
  8. nanas tu elok alih pasu besar ooo ke tanah betul. senang dia nk membesar.
    kadang tu dia blh lagi besar tp space kcik dia terbantut. cuba try..

    inilaaa berbudi pada tanah mmg menguntungkan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde tanah betul kat sini..hahahah semua simen...kene beli pasu besar nampaknya

      Delete
  9. Nak tanam lada bengangla laaaa..agak-agak hidup tak?

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.