Rezeki Zabri Abd Rashid Bawa Pulang RM70,000 di Pantai Tambak, Pontian, Johor

Rezeki Zabri Abd Rashid Bawa Pulang RM70,000 dalam Pertandingan Malaysia Surfcasting Tour 2019 Siri ke-8 di Pantai Tambak, Pontian, Johor | Yaaa, orang kaya baru! Hahaha! Tahniah buat Zabri Abd Rashid yang berjaya memenangi pertandingan Malaysia Surfcasting Tour siri ke-8 di Pantai Tambak, Pontian, Johor pada 9 November yang lepas. Beliau berjaya mendaratkan seekor ikan belukang seberat 1.5 kg tepat pukul 8.05 pagi!


Weiii, awal gila! Masa tu kitorang baru nak masuk Pontian tau! Haha. Sampai aje khemah penganjur, kat tepi Pantai Tambak tu, tengok-tengok dalam peti ikan tu dah ada rupanya ikan pemenang ek. Haha. Bak kata Sis Lin, mesti dia berdebar-debar sepanjang pertandingan tu dari pagi sampai tengahari, entah ade ke tak yang dapat ikan lagi berat dari dia punya. Hihi.



Kalau uols nak tahu, sepanjang mana siri surcafsting yang saya pernah pergi, yang kat Pontian ni lah paling meriah tau! Sebab ada banyak giler aktiviti sampingan lainnya buat para pengunjung yang datang tengok pertandingan tu. Siap ada pertandingan memancing keli untuk budak-budak, ada mini petting zoo, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, ada booth jualan produk Adabi, produk kraftangan Johor, dan macam-macam lagi.




Lebih mengejutkan, jumlah penyertaan kali ni adalah yang terbanyak setakat penganjuran Malaysia Surfcasting Tour pada tahun ni, iaitu sekitar 2100 orang! Ramai gilerrr! Agak-agak untuk next siri kat Pantai Kuala Sungai Baru, Perlis, pada 7 Disember 2019, boleh dapat 3000 penyertaan tak? Come onnn orang Perlisss! You can do it! Tiberrr.

Datuk Dr Ammar Abdul Ghafar berucap di majlis penutup Malaysia Surfcasting Tour Siri 8

Oh, lagi fakta menarik, tempat kedua dan ketiga hari tu berkongsi berat ikan belukang yang sama tau! 1.475 kg, cuma yang membezakan adalah masa diorang daratkan ikan tu ke pantai. Bunyamin Jusoh mendahului pada pukul 8.25 pagi sebelum Mohd Faiz Azrulsham daratkan ikan dia pada pukul 9.43 pagi, sekaligus meletakkan diorang di tempat Naib Juara dan tempat ketiga, masing-masing bawak balik RM12,000 dan RM5,000.





Macam pertandingan sebelumnya jugak, tempat ke 4 sampai ke 100 pun ada hadiah saguhati dia tau! Haa, tak rugi oi masuk pertandingan ni! Uols just bayar penyertaan RM80 je per joran, dengan limit dua joran seorang bagi setiap siri. Haaa, tempat ke 100 dapat berapa? RM300 guysss! Berbaloi-baloi usaha uols kalau berjaya dapat ikan! Kalau tak dapat ikan, ada rezeki boleh dapat hadiah cabutan bertuah. Grand prize dia LCD TV 60" tau! Yang dapat hadiah ni dengan yang dapat RM70,000 dua-dua masih bujang lagi. Rezeki nak kawen agaknya. Haha!


So, uols tak nak join ke next siri? Kalau kita ni ada joran, dah join dah tau ๐Ÿ˜œ

Untuk pendaftaran penyertaan:

Hubungi:
+6 019-620 3040 (En. Amir)
+6 011-2090 3397 (En. Din)
support@wakjalitour.com
Rezeki Zabri Abd Rashid Bawa Pulang RM70,000 di Pantai Tambak, Pontian, Johor Rezeki Zabri Abd Rashid Bawa Pulang RM70,000 di Pantai Tambak, Pontian, Johor Reviewed by Sunah Sakura on November 14, 2019 Rating: 5

6 comments:

  1. fuhhh bestnya semua hadiah yang dapat... 70k untuk ikan belukang tak sampai 2kg memang rezeki betul tuh

    kene buat kenduri kesyukuran satu kampung tu heheheh...

    ReplyDelete
  2. Mak oiiii RM70K cash dia dapat...huiiii...berbaloi...tapi bukan senang nak menang kan..nasib di tangan ikan

    ReplyDelete
  3. Tahniah pemenang. Rezeki masing-masing dapat hadiah

    ReplyDelete
  4. wowwww banyak tuuuuu dia dapat. rezeki orang memang kalau Allah nak kasi..
    sedap tu boleh buat duit travel hehe..

    ReplyDelete
  5. Tahniah!! Meh laa dtg Johor belanja Aunty hahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.