Cara Semak dan Mohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Cara Semak dan Mohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) | Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020, Kementerian Kewangan dah terangkan pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak.

BPN adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40. Pemberian BPN bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH). Manakala BPN bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa, iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan berikut:


So, sesiapa yang dah pernah dapat BSH, tak perlu dah nak buat permohonan baru. Diorang akan gunakan data dari permohonan BSH yang lama dulu aje. Hanya perlu tunggu bantuan masuk pada akhir bulan April nanti aje.

Kenapa akhir bulan April?

Ni pendapat saya lah, supaya rakyat kekal duduk di rumah. Kalau bagi awal April, mahu semua keluar shopping nanti. Macam mana nak putuskan rantaian COVID-19 kalau semua keluar ke pasaraya, kan? So, elok sangat dah jadual dia tu.

Tapi bagi mereka yang tak pernah dapat BSH dan nak semak sama ada layak atau tak untuk dapat BPN, boleh lah semak status uols bermula dari 1 April 2020. Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:
  1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
  2. Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
  3. Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

Kalau uols punya rekod takde, boleh lah buat permohonan baru terus di Portal Rasmi kat atas tu. Jangan lupa kemukakan sekali bukti pendapatan. Sekiranya permohonan baru BPN diluluskan, bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020 secara sekaligus.

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40:
Pembayaran sekiranya:
  1. Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
  2. Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional
  3. Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40:
  1. Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini yang telah dikemukakan.
  2. Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.
  3. Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

Bagi penerima BPN di kawasan pedalaman negeri Sabah dan Sarawak pulak, pembayaran BPN B40 akan dibuat secara sekaligus bersekali dengan bayaran Bantuan Sara Hidup 2020. Kaedah pembayaran akan dilaksanakan melalui pembukaan kaunter di kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang akan diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak melalui Kementerian Kewangan Malaysia. Lokasi dan tarikh akan dimaklumkan kemudian.

Kementerian mengingatkan orang awam juga agar berhati-hati dengan scammers yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan Pakej PRIHATIN ni. Penerima disarankan merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan jangan memberikan maklumat kepada mana-mana pihak ketiga.

Ok, kalau ada apa-apa pertanyaan, uols boleh terus hubungi pihak Kementerian Kewangan atau LHDNM melalu nombor-nombor kat SINI.

UPDATE: Bayaran BPN akan mula diagihkan secara berperingkat bermula Isnin, 6 April 2020.

11 comments:

  1. semoga bantuan dr kerajaan ni dpt digunakan sebaiknya

    ReplyDelete
  2. Buat masa ni tak mohon apa² lagi. Sebab tak tau berapa lama lagi kena stay at home. Harap yang apply guna sebaik mungkin

    ReplyDelete
  3. tulah, tadi kawan pun baru nak apply. mujur kita dah apply awal, sesaja je apply masa study dulu hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kena update la kan sebab sekarang da jadi individu bujang...

      Delete
  4. setiap sen itu sangat berharga.Syukuri dan manfaatkan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  5. Mesti heng laaa line harini kannn...semua duk bukak menyemak...Yana bukak malam tadi pun lembabs gile nak masuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeee memang hang pun....hahahaha..kitorang duk minta tolong adik aku kat kampung nun semak..

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com