Ticker

6/recent/ticker-posts

Fungsi CC Cream yang Tidak Berminyak dan Tahan Lama | Hansaegee Nature

Fungsi CC Cream yang Tidak Berminyak dan Tahan Lama | Hansaegee Nature - Eh eh, seketul Sunah nak share pasal produk skincare ke tu? Rare betul! Bukannya apa, sebab memang jarang pakai makeup. Kalau keluar rumah pun, lebih suka tepek compact powder aje. Simple. Tapi sebelum tepek bedak tu, lepas mandi dan cuci muka dengan pembersih muka, akan sapu dulu face lotion dan juga face water gel untuk pastikan muka terhidrat sepanjang hari. Itu je lah rutinnya.

Masalahnya, face lotion dengan face water gel yang saya pakai tu takde SPF ye uols. Memang tertera pada label, produk tu takde SPF, siap suggest pakai lagi something yang ada SPF lepas guna face lotion dan face water gel untuk melindungan kulit muka dari sinar UV. Haa, jangan tanya lah kenapa kulit jadi kusam dan tak sekata. Dah tau kan sebab dia? Haha!

Ye le, dah bila tiba waktu malas, tak sapu apa-apa terus. Nak harap compact powder saje? Sekadar menutup cela sampai waktu berpeluh, boleh lah. Compact powder memang ada SPF tapi tak cukup ye uols, tak membantu melembapkan kulit muka kita sepanjang hari. Kena la pakai something juga untuk make sure our skin stays hydrated all day long.

Dari situ la saya mula berjinak-jinak belajar tentang CC Cream. Color Corrector Cream berfungsi menutup cela pada wajah dengan coverage yang lebih mendalam. CC Cream juga sangat membantu memudarkan kedut, maka tak hairan lah ia selalu jadi pilihan bagi wanita dewasa yang semakin meningkat usia. Macam saya lah! Haha!


Dalam banyak-banyak CC Cream, saya cuba Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature. Sebelum ni, saya pernah guna ALOE AC Bubble Cleanser dari jenama ni. Memang puas hati dan suka sangat dengan hasilnya. Jadi, saya terfikir nak try pulak Gold Nano CC Cream dia, kawan-kawan blogger pun ramai yang suggest CC Cream yang satu ni.


Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature adalah sejenis all-in-one day cream. Fokus utamanya adalah untuk Color Control + Brightening. Selain tu, CC Cream ni ada fungsi Anti-Wrinkle, juga Sun Protection Function SPF50+ PA+++. Bahan utama dalam Gold Nano CC Cream ni adalah Mineral Water, Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract dan Nano Gold, masing-masing berfungsi untuk memelihara keseimbangan PH kulit, sebagai anti-bakteria, dan anti-penuaan. Paling penting, CC Cream ni No Paraben, No Sulfate, No Alcohol.


Menariknya, tak macam foundation yang kita kena betul-betul pilih warnanya yang sesuai dengan warna kulit (ni la buat seketul Sunah malas nak pakai foundation, takut tersalah pilih), Gold Nano CC Cream ni hadir dalam satu warna saje!



Putih! Tekstur krimnya sangat light dan lembap. Bila sapu pada kulit, ia spread dengan mudah, kulit tak rasa melekit dan berminyak. Dan, walaupun warna krim ni asalnya putih, jangan risau, bila uols sapu dan dab-dab-dab pada kulit wajah, krim tu akan bertukar warna mengikut warna asal kulit kita. Hasilnya, takde over-brightening sampai jadi kelabu ya! I like sangat!!!




Tak percaya? Boleh tengok video kita apply Gold Nano CC Cream ni kat bawah:


Haa, amacam? Masih nampak muka seketul Sunah kan? Tak berbeza banyak. Cuma perasaan dia tu kulit rasa lebih lembap, dan tak berminyak walau dah masuk waktu tengahari. Lagi best, bila kita berpeluh, krimnya tak bercapuk langsung! Kulit nampak lebih glowing dan cerah sekata semulajadi. Macam Song Hye Gyo. Tiberrr!



Kesimpulannya, Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni sangat sesuai untuk mereka yang tak suka bermake up tebal, tak rajin nak pakai banyak-banyak layer produk wajah, tapi masih nak nampak berseri-seri. Mudahnya, CC Cream ni hanya perlu blend dengan jari, tak payah nak guna brush atau apa-apa make up tools. Haaa, simple and easy gitu! Inilah dia produk solusi untuk kulit kusam uols tu!


And kalau uols suka bermake up pulak, ini berita baik! Penggunaan CC Cream ni as make up base akan membantu menaikkan warna make up uols, tau! Warna-warna make up jadi lebih pigmented dan tahan lama gitu!


So, apa tunggu lagi? Saya dah gembira dengan produk ni, uols bila nak try? Nak tahu lebih lanjut tentang produk Gold Nano CC Cream ni, boleh rujuk kat sini: https://hansagee.com/shop/s-recover-cc-cream.html


Post a Comment

27 Comments

  1. amboi gigih kaw sunah.rajin molah bidio semua yea. good job. cam ok je cc cream tok, mun kamek mesti tengok ada sunscreen protection yea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha harus gigih demi sesuap kibbles..wakakwaka

      Delete
  2. Awat muka masam je haaa hahahaha cuba senyummmmm...

    ReplyDelete
  3. macam best je produk nie..

    kalau saya perempuan mahu sahaja saya mencuba hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah boleh hadiahkan kepada ibu atau adik beradik atau yang teristimewa...gitu

      Delete
  4. macam best jek..patut seketul sunah makin berseri2 hehehe

    ReplyDelete
  5. CC Cream tu ada SPF ++ tu suka sebab boleh melindungi dari sinar UV.

    ReplyDelete
  6. nampak glowing! tempek make up, mesti jadik ohsem!
    and mcm tak lut dek peluh gitew.
    terbaik ni.

    ReplyDelete
  7. Wah CC Cream sekarang pun dah ada kandungan ‘gold’... mesti lagi bagus fungsinya.

    ReplyDelete
  8. nampak berbeza .. bagus ada gambar tunjuk perbezaan mcm tu.. sy tak pandai nak komen pasal kosmetik ni .. hihihi

    ReplyDelete
  9. Best guna cc cream ni. Pernah cuba satu ms dulu..mmg best tak melekit2

    ReplyDelete
  10. Tak pernah try lah cc cream brand hansaegee. Pernah try moisturizer dia jer. Cam best lah cc cream ni. Nanti nk try lah

    ReplyDelete
  11. Wahhh nampak cantik je kulit lps penggunaan. Lama dh sis perati je CC Cream ni..tp belum berkesempatan nk mencuba

    ReplyDelete
  12. Pernah dengar brand ni. Memang tengah cari cc cream tak berminyak camni. Bahagian hidung I selalu oily.

    ReplyDelete
  13. Ramai dah guna cc cream hansaegae ni. Semua bagi feedback yang best. Rasa nak try jugaklah cc cream ni

    ReplyDelete
  14. memnag best cc cream ni..nad pakai..rasa malas makeup pakai je cc cream ni..elok dekat muka..tak berminyak.

    ReplyDelete
  15. Akak suka produk sunblock ada efek foundation cc cream ni. Tekstur pun mudah meresap. Untuk akak yang kurang pakai makeup dah sekarang. Helok beli cc cream ni. Jimat masa. Hehe

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  17. amazing tengok effect lepas sis apply cream tu kat muka sis. nampak perbezaan dia lagi glowing

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  19. Wah best ya kulit .nmpk beza lepas pakai

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com