Sarapan Pagi di D Selera by Temu Kunci, Arked Meranti, UTM Skudai

Sarapan Pagi di D Selera by Temukunci, Arked Meranti, UTM Skudai | Sambung kisah lepas jogging. Kitorang cari breakfast dekat dalam UTM aje, kat Arked Meranti. Tapi pagi-pagi hujung minggu time tu, semester baru pun tak mula lagi, banyak kedai tak bukak. Ada beberapa ketul aje yang beroperasi termasuklah D Selera by Temu Kunci. Kitorang order aje ape yang berkenan.




Laksa Penang dah lama tak makan, sedap gak kat sini. Nada order Soto tapi tak ingat soto nasi ke mee ke bihun, padan muka update blog lambat sangat. Haha! Kak Ajan makan nasi campur terus sebagai makanan tengahari, lagi advance. Tapi gambar makanan dia gegar pulak, malas la nak upload. Haha.


Ye, pagi-pagi pun dah ada nasi campur. Kan satu Malaysia, kang ada yang nak cari sarapan nasi pulak. So better sediakan dari pagi lagi khennn. Macam-macam lauk ada kat sini, ikan goreng tu pun menggoda iman, nasib baik bawak RM5 aje kot time tu. Haha.


Kenangan zaman degree dulu sampai bila-bila la makan kat UTM ni, harganya murah sangat dan ayam madu dia paling sedap di dunia. Haha! Wajib cuba kalau uols datang makan kat Arked Meranti ni. Oh, sini pun ada Tiga Budak Gemok tu, tapi hari kejadian tutup pulekkk.


Haa, ni sign D Selera tu, betul ke ek eja Temu Kunci, dekat ke jarak? Ahh, sukati lah.

Ok lah, bye!

14 comments:

  1. syoknya... makanan breakfast pun dah mcm lunch

    ReplyDelete
  2. nampak sedap.. bila2 boleh try makan kat meranti la.. sejak arked tu bukak balik lepas renovate aritu mmg x pergi lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu habis perintah kawalan pergerakan ya baru pergi..

      Delete
  3. famous betul eh 3 budak gemok tu, ramai betul yang mention. Terliur pulak tengok ayam madu dia haha

    ReplyDelete
  4. laksa penang yeaaa... tang nyaman je. tambah gik kenek tok gian mkn laksa yea. ctok ssh carik

    ReplyDelete
    Replies
    1. aok, sinun susah carik..mun ada pun lain kit rasanya..mesti mok orang semenanjung juak polah...

      Delete
  5. masakannya menggoda, patutlah Ajan terus makan brunch

    ReplyDelete
  6. Allahu banyaknya makanan, menggamit sungguh ^_^

    ReplyDelete
  7. Aku tau temukunci tu sejenis benda macam akar kayu buat Jamu hahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com