Review Filem Turki Netflix - 7 Kogustaki Mucize

Review Filem Turki Netflix - 7 Kogustaki Mucize | Dalam bahasa Inggeris, tajuknya Miracle in Cell No. 7. Haa, familiar tak? Ye, adaptasi dari filem Korea yang pernah popular tu sebab kisahnya yang sangat menyayat hati. Orang Turki pun buat jugak filem yang sama tapi dalam bahasa diorang dan dengan cara penceritaan diorang pulak.

Dua malam lepas saya tengok cerita ni dengan housemate. Saya dan Nada dah pernah tengok filem Korea tu, jadi dah boleh agak lah jalan cerita dia nanti macam mana dan part mana yang akan jadi sangat-sangat meremuk-redamkan hati.

Kredit: Mashable Pakistan

Director: Mehmet Ada Oztekin
Genre: Drama
Starring: Nisa Sofiya Aksongur, Ilker Aksum, Aras Bulut Iynemli
Language: Turkish
Released date: 10/10/2019 (Germany)
Running time: 2 hrs 12 mins

Menariknya, versi Turki ni latar tempat dia kat kawasan pinggir bandar, kalau versi Korea tu kan tempat tragedi berlaku kat kawasan pembinaan kat pekan atau bandar. Watak utamanya still seorang ayah yang kurang upaya mental, dibantu oleh anak perempuannya yang berumur enam tahun, Ova.

Kredit: Netflix

Kisah bermula direct to the point, Mehmet jemput Ova dari sekolah. Dalam perjalanan balik rumah, ternampak beg sekolah Heidi berwarna merah kat sebuah kedai. Ova tertarik dengan beg tu, tapi harganya yang mahal membantutkan hasrat Mehmet nak belikan beg tu untuk Ova. Penjual tu nak offer kat Mehmet supaya ambil aje beg tu, guna duit yang ada je, nanti kemudian baru bayar lagi tapi Mehmet tak nak.

Diorang balik rumah, dan cerita la kat nenek Mehmet (Grandma) a.k.a Nana kepada Ova. Esoknya ada perbarisan sempena Hari Kanak-kanak Sedunia kat sekolah Ova, jadi Grandma buatkan dessert yang boleh dijual oleh Mehmet masa perbarisan tu sambil tunggu Ova habis event. Balik dari perbarisan, Mehmet dengan Ova pergi balik kedai beg tu sebab duit dah cukup, tapi malangnya dah ada orang lain beli beg tu iaitu Sheda, anak seorang ketua polis rasanya kat tempat diorang.

Ova pun sedih lah tak dapat beli beg tu, tapi dia lagi sedih bila Mehmet kena pukul dengan ayah Sheda sebab cuba nak tarik beg tu dari Sheda kat depan kedai tadi. Mehmet yang kurang upaya tu tak faham kenapa anak dia sedih, dia hanya rasa tak best sebab Ova tak dapat beg yang dia nak.

Kredit: The News

Then Mehmet keluar mengembala kambing, tu kerja dia dalam filem ni. Masa ni lah, dia terserempak lagi dengan Sheda yang tengah main dengan kawan-kawan kat lereng bukit. Family Sheda ada buat makan-makan kat kawasan tu. Mehmet ternampak beg Heidi yang Ova nak tu Sheda pakai. Sheda layankan dia, ajak bermain kejar-kejar sampai naik atas batu tepi laut.

Haa, boleh agak tak, tragedi akan berlaku kat mana? Ye, sini lah. Sheda jatuh tergelincir sebab main kat batu tu padahal Mehmet dah larang dia dah. Adeiii. Budak nakal tak dengar cakap orang! Kan orang lain dah kena, menyusahkan aje! Ggggrrr! Mehmet pergi selamatkan Sheda, tapi sebab takde saksi, orang ingat dia yang bunuh Sheda. Huhuhu.


Disebabkan Sheda tu anak ketua polis, lagi teruk la Mehmet kena. Ketua polis tu pulak hati busuk, dia suruh orang bawahan paksa Mehmet mengaku bersalah. Paksa dia cop jari kat surat pengakuan bersalah. Memang geram lah tengok.

Bermula lah kisah Mehmet kat penjara Cell No. 7 tu. Jalan ceritanya lebih kurang sama aje macam dalam Filem Korea kat sini, tapi diolah dengan lebih menarik. Teruja tengok orang duduk dalam penjara macam duduk dalam dorm aje. Baju pun boleh pakai baju sendiri, special treatment gitu.

Kredit: A News

Macam mana Ova masuk dalam penjara dan jumpa Mehmet? Apa jadi dengan Mehmet, dan adakah dia akan dapat hukuman mati? Haa, yang ni uols kena tengok sendiri, tak best la kalo semua nak cerita, kan?

Yang penting, sediakan tisu banyak-banyak. Kalau ada towel lagi bagus. Sebab apa tak tau, banyak scene yang belum sampai cerita sedih dia, kitorang dah nangis berjemaah! Dah kenapa? Hahaha! Rasanya sebab diorang pandai garap muzik latar yang sangat kena dengan scene dalam filem ni. Dan kita pulak boleh agak pengakhiran cerita nanti macam mana. Sobssss.

Tapi jeng jeng jeng, ending dia dengan filem Korea tu berbeza sama sekali. Uols tengok lahhh! Saya bagi 9/10 bintang!
Review Filem Turki Netflix - 7 Kogustaki Mucize Review Filem Turki Netflix - 7 Kogustaki Mucize Reviewed by Sunah Sakura on March 26, 2020 Rating: 5

11 comments:

  1. turki ni rajin sgt remake drama/filem korea. takde netflix la nak layan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhhh ye ke? diorang selalu remake cite korea ekk

      Delete
    2. banyak juga drama korea diorang remake tapi jarang nak tengok sebab episod panjang sgt..hehe

      Delete
  2. Best pulak baca review ni. Nak tengok la. Thanks suggest. Dah tak tahu nak tengok apa kat Netflix tu

    ReplyDelete
  3. Buat masa ni tengah layan cite Korea Itaewon Class (dah habis nengok), Kingdom (dah habis nengok juga) dan now Lee Min Ho tu, apa ke tajuknya, lupaa hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best ke itaewon class tu? kak ajan tengah layan tu gak...kingdom da habis malam tadi..hahahahha

      Delete
  4. tak pernah tengok cerita turki. Ohh lebih kurang cerita Miracle in Cell No. 7 korea tu eh. Yang tu dah tengok. Sedih. Nak tengok yang ni pulak lah nak tengok ending dia camne

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, cite yang sama tapi diolah sedikit ending dia...

      Delete
  5. makcik ct suka sangatlah tengok citer Turkey haa kemain kat tv tu on time. tapi bukan yang ni laaa citer lain. kite sikit2 jela jeling2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ye ke...mentang2 ct baru balik dari turki tahun lepas, jeling2 je la ek...ehhh tiberr...hahaha

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.