Ticker

6/recent/ticker-posts

Saranghaeyo - Voice of Men

Saranghaeyo by Voice of Men



Masih kah kau ingat
Saat yang berlalu
Detik pertemuan kita dulu
Yang tak pernah ku alami
Dan tak mungkin ku ulangi
Kisah cinta kau dan aku tetap bersemadi

Kali pertama kau tersenyum
Memikat hati ini
Ketika engkau memandangku luruh jiwa ini

Seandainya ku gapai bahagia
Akan ku semai semua
Untuk kau yang tercinta

Ratuku
Nyata segalanya
Takkan mungkin pernah
Kekal selama-lamanya

Maafkan
Salahku
Kerna pernah menyakiti
Mengabaikan dirimu

Kali pertama kau tersenyum
Memikat hati ini
Ketika engkau memandangku luruh jiwa ini

Saat itu aku lafazkan
Kata-kata yang kupendamkan
Saranghaeyo
Namun kau pergi jua tinggalkan ku
Tinggalkan ku
Tinggalkan ku
Tinggalkanku

Lagu/Lirik: Fathul Voice of Men & Kartini Kamaruzzaman
Produser Lagu: Lah Ahmad & Fathul Voice of Men
Gubahan Muzik: Firdaus Mahmudd
Gitaris: Napie Hassan & Nan Aznan
Mixing & Mastering: Ari Renaldi
Sound Engineer: Kelvin Choy
Studio: Platinum Studio Productions

Sinematografi: Shahridzuan Selamat
Pelakon: Shafiq Gabriel & Sabrina Ismail

Make up artist: Nurliana Jaafar, Sabrina Ismail, Anne Jaacob

Congrats my friend atas penghasilan this new single. Guyss, diorang ada buat contest tau dengan tema lagu baru ni. Kalau uols nak cuba, details contest seperti di bawah ya!

"Saranghaeyo. Hargai mereka yang ada disamping kita sebelum mereka pergi meninggalkan kita."

Jom sertai Saranghaeyo Music Video Contest! Jangan lepaskan sebab korang berpeluang untuk menang hadiah wang tunai RM1,000!

Syarat-syarat:
  1. Terbuka kepada semua (individu mahupun berkumpulan).
  2. Muat naik 1 video berdurasi minimum 1 minit menggunakan lagu “Saranghaeyo” ke YouTube.
  3. Guna ‘Saranghaeyo MV Contest #saranghaeyoMV #voiceofmen’ sebagai tajuk video.
  4. Kreativiti: Anda boleh cover semula lagu Saranghaeyo dalam bentuk video ATAU cipta video kreatif menggunakan lagu Saranghaeyo ATAU berlakon dan gunakan lagu Saranghaeyo sebagai muzik latar.
  5. Pastikan berhemah dan tidak mencemari tatasusila dan budi pekerti kita.
  6. Pemenang akan dinilai menerusi video terbaik (jumlah like dan komen turut dinilai).
  7. Akhir sekali, kongsikan link video Youtube anda ke private message page Facebook Voice of Men.
  8. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 20/4/2020. Keputusan adalah muktamad.

Post a Comment

15 Comments

  1. Waaa siap ada peraduan ek,,,bagus ni...Saranghaeyo ❤

    ReplyDelete
  2. Siapa yang ada bakat ni bolehlah cuba

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. kita tak join tiara, kita suruh encik suami join sebab dia kreatif bab2 ni..haha

      Delete
  4. all the best yang join..
    kena buat parody la kan ala2.. itew tak reti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeee...kalo kreatif, memang makanan dia la ni...

      Delete
  5. Best jugak lagu ni...nak download la letak kat phone..sejak kuciwa ni lagu2 jiwang mmg makanan akak

    ReplyDelete
  6. baru ingat nak join, sekali kena post kat youtube.. Halah~ makaseh jak la.. hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com