Resepi Brownies Coklat Lapis Green Tea

Resepi Brownies Coklat Lapis Green Tea | Haaa, ada pun mood nak update entri ni. Haha! Seminggu yang lepas, saya buat Brownies Coklat Lapis Green Tea ni. Teringin pulak nak makan brownies dalam musim PKP, tapi bahan-bahan tak cukup sangat kalau buat brownies coklat yang biasa tu. Bila belek-belek kat dapur, hmmm macam boleh oter ni!


Budak-budak rumah pun duk sebut sedapnya kalau ada brownies, rasa bersalah pulak kalau tak buat sebab diri sendiri pun teringin jugak. Haha. Bahan-bahan yang ada hanya cukup untuk separuh brownies coklat dan separuh brownies green tea. So, apa kata kita gabungkan ajeee dedua ni?

Sedap jugak tauu! Green tea dengan coklat memang padanan yang sangat baik, uols pun boleh cuba kalau teringin. Saya kongsikan resepinya di bawah. Video cara-cara buat tu boleh tengok kat bawahhhh ya!


Brownies Coklat Lapis Green Tea
Saiz: 8" x 8"
Masa penyediaan: 1 jam

Loyang 8" x 8" dilapik dengan non-stick baking paper.
Panaskan oven pada suhu 160ºC, api atas dan bawah, rak di level tengah oven.

Bahan Brownies Coklat
Bahan A:
43 gram butter (Farmcows)
85 gram dark chocolate (Beryls)

Bahan B:
70 gram gula kastor
1 biji telur gred A
1/8 sudu teh garam
1/2 sudu teh vanilla

Bahan C:
50 gram tepung gandum
10 gram serbuk koko
1/4 sudu teh baking powder

Cara-cara membuatnya:
  1. Cairkan bahan A dengan kaedah double boiler sehingga bancuhan cair, licin dan berkilat. Kalau ada sedikit ketulan tu, tak apa lah, dimaafkan.
  2. Satukan bahan B dalam mangkuk besar dan gaulkan rata dengan spatula, tak perlu sampai berbuih atau kembang, cukup sampai gula hancur sahaja.
  3. Masukkan bahan A ke dalam bahan B.
  4. Gaulkan rata hingga likat.
  5. Ayakkan bahan C ke dalam adunan, then gaul sebati. Jangan terlalu lama, cukup sekadar tepung bergaul mesra dengan adunan coklat.
  6. Masukkan ke dalam loyang dan ketepikan sekejap sementara nak buat adunan green tea.


Bahan Brownies Green Tea
Bahan A:
43 gram butter (Farmcows)
85 gram white chocolate (Beryls)

Bahan B:
65 gram gula kastor
1 biji telur gred A
1/8 sudu teh garam
1/2 sudu teh vanilla

Bahan C:
65 gram tepung gandum
10 gram serbuk green tea
1/4 sudu teh baking powder

Cara-cara membuatnya:
  1. Sama macam cara membuat Brownies Coklat sampai nombor 5.
  2. Kemudian, tuang adunan green tea ke atas lapisan coklat dalam loyang tadi. Ratakan perlahan-lahan.
  3. Tabur dengan coklat cip jika suka, bakar dengan api atas dan bawah pada suhu 160ºC selama 30 minit.
  4. Bila da masak, regangkan sedikit pintu oven dan biarkan loyang dalam oven selama 10 minit sebelum dikeluarkan.


Apa itu kaedah double boiler?
  • Masukkan air ke dalam periuk/saucepan yang diameternya lebih kecil dari diameter mangkuk tahan panas.
  • Panaskan air hingga mendidih dan tutup api.
  • Letak mangkuk tahan panas berisi bahan A ke atas periuk. Pastikan tak ada ruang untuk stim daripada air keluar dari periuk.
  • Biarkan adunan mencair sedikit sebelum digaulkan rata-rata.


Tips membuat brownies:
  • Timbang dulu bahan A untuk buat double boiler, biarkan bahan A mencair sekejap. Sementara tu boleh timbang bahan B dan C, jadi proses tunggu bahan A cair tak membosankan.
  • Pastikan baking paper lebih tinggi sedikit dari dasar loyang untuk mudahkan proses keluarkan brownies.
  • Pastikan mangkuk dilap terlebih dahulu selepas proses double boiler sebelum masukkan cairan coklat ke dalam bahan B supaya air tidak menitis ke dalam adunan.
  • Untuk kurangkan manis, jangan kurangkan gula tapi kurangkan sedikit adunan tepung gandum dan ganti dengan lebihkan koko. Contohnya, timbangan asal 100 gram tepung gandum, 20 gram koko; tukar kepada 80 gram tepung gandum, 40 gram koko.
  • Pastikan butter dah lembut, bukan beku untuk proses double boiler.
  • Pastikan coklat disimpan pada suhu bilik, dalam bekas kedap udara (jika telah dibuka), bukan dalam peti ais.
Renyah kan? Haaa, jangan la tanya kenapa brownies mahal walaupun harganya da cukup murah sisthor kasi. Brownies Coklat kosong RM25 saiz 8", ko hado? Haiyooo! 💆

14 comments:

  1. Uih.. Menariknya sebab ada green tea. Nak order jauh, nak buat sendiri.. Haduii.. M besau sangat.. Hahah

    ReplyDelete
  2. Untungnya jadi rakan serumah...kalau aku yang nak, ko buatkan tak huhuhu...

    ReplyDelete
  3. boleh dibuat utk raya posa nanti. nampak sedap je..

    ReplyDelete
  4. rare ni..peminat greentea pasti suka

    ReplyDelete
  5. Wahh menarik juga ni. Antara yg saya bersyukur time PKP ni ialah dpt rasa mcm2 kek sbb anak2 perempuan tu rajin pula buat hehee. Boleh juga suggest kat dia org buat brownies coklat lapis green tea ni nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh, alhamdulillah pandai anak tuan baking ya! nanti share kat blog...nak tengok Menu Pencuci Mulut PKP Keluarga Khir Khalid...hahahha

      Delete
  6. Wow kombinasi yang meletop di mulut ni..bahagia tekak kalau dapat makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn...sama fikiran jua macam saya! kombinasi sama cantik sama sedap..

      Delete
  7. ini sudah standbye raya...

    awal betul hahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com