Ticker

6/recent/ticker-posts

COVID-19: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Dilanjutkan Sehingga 9 Jun 2020

COVID-19: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Dilanjutkan Sehingga 9 Jun 2020 | Terkini, dalam Perutusan Khas YAB Perdana Menteri pada pukul 2 petang hari ni, diumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan selama 4 minggu lagi sehingga 9 Jun 2020.


Jadi, memang dah sah ya, tak boleh rentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tadau Kaamatan mahupun Hari Gawai Dayak. Kerajaan memang teliti betul-betul lah sebab ada tiga perayaan besar dalam tempoh 4 minggu akan datang.

Tapi, walaupun tak boleh merentas negeri, kerajaan bagi kelonggaran untuk ahli keluarga dalam negeri yang sama, meraikan perayaan bersama keluarga maksimum sehingga 20 orang dalam satu rumah. Tak boleh lebih dari tu ya!

And untuk pasangan suami isteri yang tinggal di negeri berasingan kerana faktor kerja akan diberi kelonggaran untuk membuat perjalanan merentas negeri. Permohonan boleh dibuat menerusi aplikasi Gerak Malaysia atau datang sendiri ke balai polis terdekat.

Ermm, kalau macam saya, tinggal berasingan dengan suami, tapi mana-mana sama ada saya ke KL atau dia ke Johor, macam dua-dua pun tak boleh buat apa walau dah dilonggarkan. Sebab bukan duduk rumah sendiri, dua-dua duduk menumpang.

Tak apa lah, kami pasrah aje, tak ada lah terkesan sangat. Insya'Allah hasrat kerajaan nak putuskan rantaian COVID-19 ni kami boleh fahami dan terima dengan hati rela. Gituhh.

Nak pasang lagu Dendang Perantau jap lah.


P/S: Yang mana masih belum buat rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), boleh berbuat demikian sehingga 31 Mei 2020.

Post a Comment

20 Comments

  1. boleh juga raya dengan family terdekat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, tapi kat johor ni takde pulak sedara mara terdekat..huhuhu

      Delete
  2. Pasang lagu dendang perantau 😅

    ReplyDelete
  3. sama negeri bole ziarah family..janji had max 20rg...tk sbr nk blk jmpa parent

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...tapi sesama family je..jangan pergi raya umah kawan2 lak ek..kalo 10 rumah dia da pergi sebelum ke rumah family aduuu...

      Delete
  4. Dah boleh beraya tapi dalam satu negeri je la kan ..sebak jap bila dengar lagu dendang perantau

    ReplyDelete
  5. Sambut raya ala kadar aje tahun ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah wak...tahun ni takde rasa sangat nak raya sebenarnya

      Delete
  6. Saya kesian yang bekerja sorang2 di perantauan. Alahai. X apalah, untuk kebaikan kita semua jugak kan

    ReplyDelete
  7. Ya Allah syukurlah time macam ni, Mak memang duduk senegeri dan dalam daerah pun sama..Mukim aje lain hehehe...meh laa datang raya uma aku tau! aku tunggu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eee dia ni..mana boleh ziarah raya umah kengkawan oi..hahahah! hanya ahli keluarga terdekat je boleh...jangan la berdegil...😜

      Delete
  8. rasa sebak juak baca tok eh..

    apa-apaun boleh menginap di homestay musim raya nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi tak bole rentas antara negeri untuk beraya, tuan..

      Delete
  9. marilah berdendang perantau je raya tahun ni..huwaaa

    ReplyDelete
  10. we've all predicted it too. anyway stay safe and take care.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com