Memburu Lailatul Qadar

Memburu Lailatul Qadar | Tiba sudah 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan. Rata-rata di kalangan kawan-kawan, saya tengok dah mula up IG story, FB status dan entri blog tentang 10 malam terakhir ni. Tak terkecuali perutusan-perutusan daripada pemimpin-pemimpin dan para ilmuan Islam kat negara kita.

Baca juga: Eh, Ustazah! : Lailatul Qadar

Firman Allah SWT:

﴾إِنَّآ أَنزَلۡنَٰهُ فِي لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ١ وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ٢ لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٞ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرٖ٣﴿

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar (1); Dan apakah caranya engkau dapat mengetahui kebesaran malam Lailatul Qadar itu? (2); Malam (Lailatul Qadar) lebih baik daripada seribu bulan. (3). (Surah al-Qadr: 1-3)


Lailatul Qadar adalah malam yang diberi kelebihan apa sahaja ibadat yang ditunaikan sama ada ibadat yang wajib atau sunat dengan pemberian pahala yang menyamai kelebihan seribu bulan. Ia adalah hidayah dan kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW.

Baca juga: Doa Lailatul Qadar

Lailatul Qadar sangatlah mulia sehingga Allah SWT memilih untuk diturunkan padanya al-Quran secara sempurna serentak, diturunkan wahyu yang pertama kepada Rasulullah SAW. Al-Quran menjadi petunjuk kepada seluruh manusia yang bertaqwa. Ini menunjukkan ada hubungan yang penting antara konsep taqwa dengan al-Quran petunjuk sepanjang zaman.

Kita perlu menyedari bahawa Lailatul Qadar disediakan oleh Allah SWT bagi menggalakkan kita melakukan ibadat untuk meningkatkan ketaqwaan kita. Kita tidak boleh sekadar hendak mengejar pahala yang banyak sahaja tanpa berusaha menjadi hambaNya yang bertaqwa.

Marilah kita mencari kelebihan yang dijanjikan oleh Allah SWT yang diberikan kepada sesiapa yang amal ibadatnya bertepatan dengan malam itu. Mudah-mudahan kita beroleh taqwa apabila Ramadhan berlabuh pergi meninggalkan kita.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
19 Ramadhan 1441H / 12 Mei 2020
Dipetik dari: Harakahdaily


P/S: Selamat memburu Lailatul Qadar uols! Jom imarahkan 10 malam terakhir Ramadhan!

22 comments:

  1. Terus fokus dan bersungguh-sungguh.Moga Allah swt permudahkan urusan ibadah kita semua di 10 malam terakhir Ramadhan ini dan pada hari-hari seterusnya.

    ReplyDelete
  2. Selamat memburu malam lailatul qadar. Semoga 10 malam terakhir ni dapat dimanfaatkan sepenuhnya

    ReplyDelete
  3. Sekejap dah tinggal 10 hari aje puasa..ermmmm mood raya baru nak datang...jomlaa kita sama-sama mengejar saham akhirat di malam 10 terakhir ramadhan ni..

    ReplyDelete
  4. Salam 10 akhir ramadhan . Alahai rasa sekejap je puasa .

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah..sekejap je dah 10 akhir ramadhan ek..

      Delete
  5. Semoga bertemu malam lailatul qadar InshaAllah.
    Terus istiqamah tau :D

    ReplyDelete
  6. Semoga diberi kesempatan keringanan untuk memanfaatkan 10 malam terakhir buat kita...

    ReplyDelete
  7. insyaAllah...usaha .. semoga kita semua dipertemukan dengan mlm LailatulQadr.

    ReplyDelete
  8. semoga kita bertemu lailatulqadar dah dihapus segala dosa

    ReplyDelete
  9. Semoga kita semua dapat bertemu malam lailatulqadar and salam 10 ramadhan

    ReplyDelete
  10. Semoga ada peluang untuk kita bertemu malam Lailatul Qadd.

    ReplyDelete
  11. semoga ada rezeki kita mendapat rahmat Lailatul Qadar..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com