Alhamdulillah, Siap Semuanya, Boleh Balik Kampung

Alhamdulillah, Siap Semuanya, Boleh Balik Kampung | Alhamdulillah setelah berhempas pulas beberapa malam, akhirnya siap jugak tempahah Kek Lapis Sarawak Selera Sakura untuk raya haji. Ada beberapa hari tu, plan nak buat banyak, tapi hasilnya tetap tak sampai target. Dah makin berusia ni jadi makin cepat penat dan sakit tumit kaki ni berdiri lama.


22 loyang semuanya, tak sebanyak dulu-dulu. Masa tak kena gi lab or office hari-hari tahun-tahun dulu, sehari boleh buat 5 - 7 loyang, sekali raya ambil order sampai 40 lebih loyang. Tahun ni masa sangat mencemburui, tak dapat nak buat banyak-banyak sangat sebab siang saya mostly kat office, balik petang baru start buat kek. Dan hujung minggu juga kena block untuk siapkan kek lapis.


Bila ambil order, kena consider juga kapasiti peti ais. Saya guna peti ais biasa aje, bukan chiller macam kat bakery tu. Tak mampu lerr, ni guna aje peti ais rumah yang lama-lama, penyewa lama tinggalkan. So, kena arrange siapkan kek ikut priority, yang nak pos dulu, kena siapkan dulu dan clearkan sebelum start batch delivery pulak.






Then kena clearkan yang delivery sebelum start yang pickup. Baru lah peti ais tu muat nak simpan kek lapis yang dah siap. Kalau tak, terpaksa lah tumpang peti ais jiran. Ehh, tak pernah lagi lah. Haha! Esok pagi saya dah nak gerak ke KL, delivery dua tempat aje kat KL. Then malamnya mungkin terus balik Kedah, insya'Allah.

Untuk semua yang balik ke kampung halaman, berhati-hati di jalan raya ya. Dan jangan lupa, terus patuh pada SOP PKPP, #kitajagakita, #staysafe semua.

7 comments:

  1. Wahhh...baru tau Sunah pandai buat kek lapis...biasa akak pi Sarawak kalau nak beli...

    ReplyDelete
  2. boleh post tak wakkk ?? saiyaaa suka..
    nakkkk kalo boleh post bagitau eh..

    ReplyDelete
  3. wah pandai akak buat kek lapis, boleh order tak? hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  4. Wah.. boleh pos ke? Nampak mengancam kek tu..

    ReplyDelete
  5. Banyaknya. kagum betul orang yang buat kek lapis sarawak. banyak lapis tu.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com