Ticker

6/recent/ticker-posts

COVID-19: Cara Kemaskini Maklumat Peribadi MySejahtera

COVID-19: Cara Kemaskini Maklumat Peribadi MySejahtera | Sekarang dah semakin banyak premis perniagaan dan pejabat yang guna QR Code MySejahtera untuk proses check in atau daftar lokasi pengunjung diorang. Termasuk lah office saya sendiri. Disebabkan hari ni tak masuk office, jadi gambarnya takde lak nak tepek kat sini, tunggu hari Ahad kang saya tepek company saya punya ek. Haha!

Untuk pengguna apps MySejahtera, ikuti langkah-langkah berikut untuk mengemaskini maklumat nama dan no. IC uols.
Langkah 1: Tekan butang ‘Profil’
Langkah 2: Tekan butang ‘Aturan’
Langkah 3: Tekan butang ‘Butiran Peribadi’
Langkah 4: Kemas kini maklumat anda dan tekan butang ‘Simpan’
Untuk maklumat lanjut berkenaan aplikasi MySejahtera, sila layari laman web rasmi MySejahtera di:


Update your name and IC no. in the MySejahtera app with the following steps. 
Step 1: Click the ‘Profile’ button
Step 2: Click the ‘Settings’ button
Step 3: Click the ‘My Personal Details’ button
Step 4: Update your information and click ‘Save’
You can find more information on the MySejahtera app at:


Gunakan MySejahtera Check-In untuk membantu mendaftarkan kemasukan uols di pusat membeli belah, kedai-kedai, pejabat, restoran dan juga pengangkutan awam!

Sumber: Boboiboy

Senang sangat! Muat turun aplikasi MySejahtera sekarang! Tak perlu isi borang digital atau manual. Tak perlu kongsi pen untuk tulis nama, nombor telefon dan suhu badan. Just scan QR Code MySejahtera, maklumat uols dah terus masuk dalam sistem.


Jangan risau tentang keselamatan data peribadi sebab MKN dah bagitahu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertanggungjawab mengurus dan mengawal maklumat uols di aplikasi MySejahtera. Berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (akta 342), maklumat uols akan hanya digunakan bagi tujuan pemantauan dan pencegahan wabak COVID-19 dan tidak akan dikongsi atau diberikan kepada mana-mana pihak yang lain.

Download MySejahtera:

Post a Comment

6 Comments

  1. tgh tunggu bila boleh claim RM50 selepas download mysejahtera..hehe

    ReplyDelete
  2. Geram jugak bila ada kedai2 besar masih tak guna je kemudahan QR code my Sejahtera ni

    ReplyDelete
  3. Keyword blog aku semua cari, 'bila duit e-wallet rm50 nak masuk' hahahahaa

    ReplyDelete
  4. Kemudahan sudah ada maka manfaatkan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  5. senang bila pakai mysejahtera ni.. memang rata2 banyak tempat pakai dah. so, tak perlu nak isi maklumat banyak kali

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com