Sedapnyaaa Lunch Nasi Hujan Panas di GBW Hotel Johor Bahru

Sedapnyaaa Lunch Nasi Hujan Panas di GBW Hotel Johor Bahru | Ini kisah hari Isnin lepas. Saya dengan Sis Lin lunch date dekat GBW Hotel, Johor Bahru. Iyooo, GBW Hotel dah dibuka tau kepada pengunjung, sejak 12 Jun yang lepas. So, dah boleh datang duduk stay kat sini, atau buat event makan-makan ke, seminar ke, kenduri kawen keee, haaa semua pun boleh.

Kitorang makan tengahari kat D’Mezzanine Coffee House. Kat sini ada macam-macam menu ada dari hidangan tempatan dan hidangan Asia,  tapi buat masa ni belum ada buffet spread macam dulu-dulu. Walaupun takde lunch or dinner buffet, uols still boleh order menu secara ala carte atau set-set yang tersedia dalam promosi.





Hari tu, kitorang makan set Nasi Hujan Panas, lengkap dengan Ayam Masak Merah, Dalca, dan Acar Jelatah. Very recommended, ya! Nasi dia lembut sangat, padankan dengan lauk-lauk sampingan dia tu, memang sedap dan kena dengan citarasa saya. Kitorang siap makan dua round lagi, lepas makan kudapan dan desserts, kahhh!!


Ye, kitorang makan Crispy Tachos ni sekali, tak sangka seketul Sunah boleh makan benda ni dengan segala macam bawang tu. Haha. Serius sedap inti daging kisar dia, padankan dengan Tomato Salsa. Yang ni dari Chill Lounge kat ground floor tu sebenarnya, dua keping RM12nett.





Kek-kek kat sini pun not bad, kitorang try Tiramisu Cake, Chocolate Blueberry Cake, Oreo Cheesecake dan Mango Cheesecake. Paling saya suka Chocolate Blueberry Cake tu sebab kek span coklat tu lembuttt sangat! Uols kena cuba tau kek-kek ni. Boleh datang minum petang ke dekat Chill Lounge tu sambil meeting or lepak ngan kawan-kawan sebab diorang ada promosi Chill & Easy jugak untuk menu tertentu yang dihidangkan bersama kopi atau teh.

In case uols nak buat sambutan hari jadi atau apa-apa event, diorang ada Celebration Package juga, RM30 seorang dewasa, RM15 seorang kanak-kanak (4 - 10 tahun). Pakej ni termasuk dengan Free basic decoration, Free celebration cake, Free usage of PA system, Free flow air kordial, dan pilihan menu tempatan atau antarabangsa. Untuk pakej ni, minimum bilangan orang adalah 30 pax.


Tapi kalo rasa tak sempat nak duduk makan kat hotel, uols boleh juga order Drive Thru, diorang open tempahan dari pukul 11 pagi hingga 7 malam, pickup time dekat laluan lobi dari pukul 12 tengahari sampai 8 malam. Ada empat set yang ditawarkan iaitu Salmon Teriyaki Bento, Nasi Goreng Bukit Meldrum, Hainanese Chicken Chop dan Chicken Teriyaki Bento, harga dari RM18 hingga RM20 nett. Whatsapp or call aje 016-7100381.

Eh eh, makan-makan je ke yang ada promo? Stay takde promo ke? Siapa kata tak ada haaaa? Sekarang diorang ada buat Fantastic Stay Deal 2D1N pada harga RM140 nett sahaja untuk Deluxe Room. Harga ni termasuk dengan Set Breakfast dan complimentary pulak tu Set Dinner! Fuhhh, berbaloi-baloi oi! Cepat grab sebab promo ni sampai 30 November 2020 aje!


Oh tapi kalo tak sure lagi nak stay bila, boleh ambil pakej Buy Now! Stay Later diorang, bermula dari RM98 nett (tanpa breakfast) untuk Deluxe Room. Uols boleh tempah bilik sekarang, dan stay bila-bila sehingga 30 Jun 2021. Lama lagi kot! Berbaloi-baloi gila, lagi-lagi ada Buy 5 Free 1. Nak upgrade bilik boleh tambah aje ongkosnya.


Pasal SOP semua jangan risau, memang diorang ikut dengan patuh semua tu, setiap kali selepas guest checkout, memang terus disinfect satu bilik tu, kiranya diorang buat extra cleaning process than sebelum PKP. Nak buat seminar or meeting ke, boleh rujuk website diorang terus! Maklumat lanjut tentang promosi terkini, boleh rujuk FB or IG diorang ya!

GBW Hotel
9R, Jalan Bukit Meldrum, 80300 Johor Bahru, Johor

Any inquiries on promo package mentioned above:
📞 Mr. Syahmi : +6016 710 0048
📞 Ms. Urfa : +6016 710 0073
📞 Ms. Aiza : +6016 723 3558

Website:

Facebook:

Instagram:

17 comments:

  1. nampak sedap. tak tahan tengok dessert tu la..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon bersabar...nanti keluar cari kek ok..haha

      Delete
  2. Nasi hujan panas dia memang meriah betul lah,kacang pun banyak. Terliur betul tengok ni.

    ReplyDelete
  3. Kalau PC pertama mesti tertarik dengan dessert.Heheheh.
    Nasi hujan panas ni daya tarikan pertama dia warna yang warna warni,,biasanya terus mencuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...warna dia tu la pemikat anak tekak...

      Delete
  4. Alaaa dekat jb pula.. mungkin kalau ke jb boleh la try dan stay dekat hotel tu. menarik sungguh makanan yang disediakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, kalau datang JB nanti boleh duduk sini, ok! mall pun dekat aje

      Delete
  5. Wah. Indahnya menua dia. Nasib la kat Johor. Kalau dekat mau terjah dah nie.
    Eh. Cantiknya kek warna biru tu. Hahaha (sejenis dessert freak memang begini)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sep sikit, kita pun dessert freak gak...tak insaf2 tengok pipi sendiri..

      Delete
  6. Tak sangka juga kan, hotel gitu ada menu nasi orang kawin tengah hari gitu...aku nak makan banyak, tapi aku segan hrtu hahahahaha...

    ReplyDelete
  7. ahhhh semua nampak menyelerakannnnn i want hahahahha lapar betul tengok

    ReplyDelete
  8. Ahh sedap2ny tgk makanan dia.. Kita tergugat tgk crispy taco dgn kek2 dia.. Aduduuuu kena cuba ni

    ReplyDelete
  9. Aduyai... Terliur kita tau! Menu menu nya menyelerakan , tak sangka ada menu gini kat hotel

    ReplyDelete
  10. Lazat-lazat semuaaa..baguslah dah bukak boleh buat event dah skrg...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com