Resepi Daging Goreng Ala Pattaya

Resepi Daging Goreng Ala Pattaya | Dah lama terperam dalam laptop gambar dia, baru sekarang ada masa nak update kat blog. Ni pun menyelit dalam kesibukan harian. Ah gituuu. Ngade aje sibuk padahal takde la sibuk mana pun, entah apa yang banyak sangat nak dibuatnya kat opis, sampai balik rumah petang dah penat nak membukak blog. Kononnya lah.


Daging Goreng Ala Pattaya ni saya buat beberapa minggu selepas raya. Dak Nada ada beli daging lebih, masa tu peti ais ok lagi. Sekarang, memang dah K.O lah, tak dapat nak buat simpan lauk basah dah. Nak tukar baru, kena bayar RM600 gitu untuk tukar compressor peti ais tu. Jenuh pikir macam mano ehh, bior je lah dulu. Tak urgent nak memasak kat rumah. Kalo masak pun ujung minggu je yang beriya.

Eh apo ni, meleret lagi ceritanya. Masakan daging macam ni merupakan antara kegemaran saya juga. First time mencubanya di rumah Pak Cik Mat Gebu. Terus jatuh cinta dengan rasanya yang sedap sangat, tak sangka daging tu padan betul bila digabungkan dengan lada benggala. Rasa lada tu menyerap masuk dalam daging yang empuk, menyerlahkan lagi rencah yang digaul bersama.

Untuk menu ni, saya ikut resepi CMG tapi ubah sikit la sebab tak semua bahan ada, capsicum pun ada kaler kuning aje. Daun selasih pun takde, saya guna daun limau purut. Ikut uols lah ya nak masak macam mana, kita yang buat dia kan!

Jom tengok resepi, in case ada yang dah mati kutu takde idea nak masak apa dengan daging yang ada, boleh la cuba masakan ni pulak! Video boleh tengok kat bawah.


Daging Goreng Ala Pattaya
Saiz: 4 orang makan
Masa penyediaan: 30 - 45 minit

Bahan-bahan:
500 gram daging batang pinang, hiris nipis, lebar-lebar, cuci dan toskan
1/2 cawan hirisan rebung jeruk (optional, saya tak letak)
1/3 biji red capsicum, didadu
1/3 biji green capsicum, didadu
1/3 biji yellow capsicum, didadu
1 genggam daun selasih (sweet thai basil)
1 biji bawang besar, hiris bulat
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili thai
1/2 camca teh gula
Sos ikan secukup rasa
1 camca teh tepung jagung + 2 camca besar air = kacau rata
2 biji cili merah*
8 biji cili padi*
3 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)
1/2 cawan air

Cara-cara Membuatnya:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah cili sos thai dan sos tiram, kacau rata. Masukkan daging, kacau dan masak hingga daging kecut. Tuang sedikit air dan dan biar daging lembut.
  2. Masukkan rebung, semua jenis capsicum dan bawang besar, gaul rata masak sekejap. Tambah sos ikan gaul, masukkan bancuhan tepung jagung. Masak hingga pekat. Akhir sekali tambah daun selasih, gaul rata. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.

18 comments:

  1. tengok dia punya bahan2 mesti sedap rasanya tuh.. bau harum je

    ReplyDelete
  2. oh, rasanya.. kalau nak nampak lebih Pattaya, kena bungkus dalam telur dadar la Sun. Bayangkan dia punya molek tu, lepas tu kita belah telur ada daging yang sedap, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dia ala Pattaya, so maksudnya ala masakan di Pattaya, Thailand...

      kalo nasi goreng Pattaya, kat Thailand takde..hahahaha

      Delete
  3. sedap ni.. boleh up kan as menu baru.

    ReplyDelete
  4. Sekarang masa mmg selalu letak daun limau purut...sebab tu je daun yang ada selain daun kari...
    Tanam rosemary tak idup pulak

    ReplyDelete
  5. Resepi baru nih. Nanti boleh cuba :)

    ReplyDelete
  6. Terkecur tiba-tiba bila aku baca komen Kak Seri tu hahahaha adoiiii nak buat laaaa

    ReplyDelete
  7. menarik !! boleh cuba ni resepi ni..
    ala2 thai mesti kena ada daun limau purut tuu..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com