Ticker

6/recent/ticker-posts

Sedap Juga Nasi Kandar Marrybrown

Sedap Juga Nasi Kandar Marrybrown | Ye, sedap jugak! Saya bukanlah peminat tegar nasi kandar, tapi bila kak Ajan tagged dekat salah satu post IG rakan blogger pasal menu baru dari Marrybrown ni masa lunch semalam, terus terdetik hati nak mencuba.

Apa lagi, Foodpanda aje lah! Alang-alang memang mood masa tu tengah nak makan dan tengah kemaruk nak membelek Foodpanda hahahaha! Sampai Ibah yang tengah on diet pun tersampuk sekali kirim 1 set. Wakakaka!


Nah ini rupa dia bila dah buka balutan nasinya. Kuah kari tu diorang letak dalam bekas asing, bila kita nak makan je baru buka bekas tu dan tuang ke atas nasi. Setiap set ni hadir dengan 1 pc of Crispy Chicken. Kalau nak 2 pcs, harganya tambah sikit lah. Ada jugak sebiji telur dan hirisan sayur bendi dalam tu berserta dengan kepingan papadom.


Ni kalo belum bukak bungkusan nasi tu. Bagus kan, diorang balut nasi tu supaya kelembapan nasi tu terpelihara. Kalau terdedah je, nasi akan lebih cepat kering dan jadi berterabur pulak kat dalam bekas tu kang. My taste bud approved Nasi Kandar Marrybrown ni, serius sedappp terutama kuah kari tu! Kalau makan tu je dengan nasi pun dah sedap uik, apatah lagi kalau cubit-cubit sikit ayam goreng tu buat selingan. Haha.

Kalau beli kat Foodpanda, diorang ada promo beli 2 set pada harga RM22 sahaja. Memang berbaloi-baloi sangat, sebab kalau beli 1 set sekali dengan air, harganya RM14+. So better beli set promo tu, jimat RM3+ kan kan kan? Eh, macam promote Foodpanda pulak dah, bukan-bukan, ni bukan iklan berbayar.

Hahaha! Uols, dah cuba belum?

Post a Comment

13 Comments

  1. Pak Inche pernah makan nasi kandar MB, dia pun cakap sedap

    ReplyDelete
  2. Rasanya menu nie dah lama ada kan dekat Marrybrown? Last year macam pernah makan.

    ReplyDelete
  3. tak pernah cuba lagi yang nasi kandar hehe..
    MB jauh dari rumah.. hehe tapi rasa2 sedap la kot suka nasi n bubur diorang..

    ReplyDelete
  4. Tak cuba lagi sebab bandar muo takde. Huwaaaaaa. Kenapalah MB ni jauh. Mcm2 menu terlepas taw.

    ReplyDelete
  5. Baru semalam lalu..adoi..nak diet harini..tapi dah ternampak post ramai cakap sedappp aje...kena try la pulak niiiii..hahahahaa...

    ReplyDelete
  6. Saya belum cuba lagi, esok laaa nak cubanya lepas makan 4fingers hahahahaha

    ReplyDelete
  7. nmpk nya x yah g penang laa nmpk nya utk menjamu nasi kandar hehee

    ReplyDelete
  8. Tak de la dekat2 sini.. tengok dalam food panda ni pun tak de dalam list depa.. Tunggu la nanti2 kalau jalan2 nampak MB boleh la rasa..

    ReplyDelete
  9. Belum cuba lagi.Tapi bagi yang nak makan nasi kandar boleh la cuba sementara nak ke Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  10. saya memang sangat suka Marrybrown, ayam goreng dia pun, saya rasa better dr KFC hehe

    ReplyDelete
  11. nak try ke tak ni?? nak diet ke tak ni??

    ReplyDelete
  12. baru tahu kewujudan nasi kandar kat marrybrown. Nampak sangat dah lama tak kesana. huhu..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com