Ticker

6/recent/ticker-posts

Cheers Malaysian! Merdeka Platter is Now Available at SDS Bakery & Cafe!

Cheers Malaysian! Merdeka Platter is Now Available at SDS Bakery & Cafe! | Yaa, you read it right! Merdeka Platter dah mula ada kat SDS Bakery & Cafe sejak 16 Ogos 2020, sehingga 16 September 2020. Haaa, sebulan aje tau promo sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia ni.

Cheers Malaysian Merdeka Platter SDS Bakery & Cafe

Merdeka Platter dari SDS Bakery & Cafe ni merupakan hidangan talam untuk 3 - 4 orang makan. Set Nasi Portugis yang dilengkapi dengan 12 ketul kepak ayam goreng dengan 3 perisa berbeza, Sambal Kicap, Masala Powder dan BBQ Sauce, serta Acar, Papadam, juga Sambal pedas yak mattttt! Haha!

Merdeka Platter RM35.90 SDS Bakery & Cafe

Paling saya suka antara ketiga-tiga perisa tu adalah Sambal Kicap > BBQ Sauce > Masala Powder. Haa, itu turutan kegemaran saya. Macam makan chicken wings ala Korea pun ada. Uols cuba try tengok, nanti bagitau saya turutan kegemaran uols pulak! Set ni berharga RM35.90 (tak termasuk SST dan ST), tapiii kalau uols nak dapat RM5 voucher, haaa sila ambil gambar macam kat bawah.

SDS Merdeka Insta Frame RM5 Voucher

Snap gambar guna SDS Merdeka Insta Frame ni kat mana-mana cafe dia, then upload ke Facebook or Instagram uols, tag @sdsgroups, dan tunjuk pada krew cafe untuk collect RM5 voucher uols. Voucher ni boleh guna untuk dapat diskaun RM5 bagi hidangan Merdeka Platter dalam next visit uols ke SDS Cafe, selagi stok masih ada. Best tak?

Merdeka Special Boba Drinks SDS Bakery & Cafe

Selain daripada Merdeka Platter tu, ada juga 4 perisa minuman boba yang diperkenalkan sempena Merdeka promo, iaitu Boba Iced Chocolate, Boba Teh Tarik, Boba Soya Bean dan Boba Bandung Soya. Harga ala carte bermula dari RM8.90 hingga RM12.90, tapi kalau uols Add-On untuk Merdeka Platter, uols boleh dapat potongan sehingga RM3! Dengan syarat limited kepada dua minuman Add-On bagi setiap Merdeka Platter.

Nampak sedap kan minuman tu? Memang sedap pun, saya cuba dah ketiga-tiganya, paling saya suka Bandung Soya tu hihi. Selain dari menu-menu ni diorang ada jugak perkenalkan Curry Bun dan Pandan Layer Cake, bun tu saya tak sure rasa dia macam mana sebab tak try lagi tapi Pandan Layer Cake tu sedappp.

Curry Bun SDS Bakery & Cafe

Pandan Layer Cake SDS Bakery & Cafe

Bahagian warna hijau tu jelly filling berperisa pandan, kek pulak adalah kek span vanilla yang sangat lembut bila dimakan. Harga promo kek ni adalah RM12.90 untuk saiz 5", harga biasa dia RM15.90 tau! Haa, banyak untung kan kalau beli sekarang?

So apa tunggu lagi? Cepat lerr ke SDS Bakery & Cafe yang berdekatan dengan uolsss! Tapi kalau uols rasa nak makan Merdeka Platter kat atas tu percuma, boleh cuba join contest tag, komen dan share video kat page Facebook SDS Bakery & Cafe macam kat bawah ni.



Facebook:

Instagram:

Post a Comment

6 Comments

  1. uishh semua sedap sedap je tengok

    ReplyDelete
  2. Semua nampak menyelerakan. btw comelnya mask hehe

    ReplyDelete
  3. Banyak macam tu memang berbaloi la dengan harga.
    Tapi kat sini tak de kot SDS ni.

    ReplyDelete
  4. Terliur plak nengoknyaa...
    Ingat nak bawa anak sedara pi makan lerr...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com