Ticker

6/recent/ticker-posts

5 Fakta Tentang Sheet Mask Dalam Penjagaan Muka

5 Fakta Tentang Sheet Mask Dalam Penjagaan Muka | Sejak balik dari Port Dickson tempoh hari, ciksun dah mula rajin pakai sheet mask atau masker muka ni. Sebabnya, kawan ciksun, Dr Ayen tu rajin sungguh pakai sheet mask walaupun tengah on vacation.

On the way balik dari PD, sempat jugak ciksun tanya dia tentang sheet mask, kegunaan dan kebaikannya serta cara untuk amalkan pemakaian sheet mask dengan betul. Rupanya sheet mask ni ada banyak jenis dan kegunaannya berbeza ikut ramuan kat dalam pek sheet mask tu. Kesesuaiannya pula ikut jenis kulit masing-masing, tak semua sheet mask sesuai untuk kulit kita.

Nah ciksun share 5 fakta tentang sheet mask yang uols perlu tahu.

5 Fakta Tentang Sheet Mask Dalam Penjagaan Muka
Pic: Facetofeet

Sheet mask atau masker kertas merupakan sebuah inovasi hebat dalam produk penjagaan dan kecantikan yang muncul beberapa tahun lalu. Dengan hanya melekatkan masker kertas nipis berisi formula cair, produk ini dikatakan boleh mencerahkan, melembapkan, bahkan mengatasi masalah garis halus pada kulit muka.

Selain itu, penggunaan sekali pakai dan harganya yang berpatutan menjadikannya pilihan praktial wanita yang tidak perlu menyusahkan diri dengan menyapu masker biasa. Namun, benarkah masker kertas ini berkesan dan selamat bagi kulit?

Fakta sekitar sheet mask

1. Tidak sama dan tidak dapat menggantikan manfaat daripada masker biasa
Meskipun kedua-duanya masker, sheet mask tidak sama kandungan dan khasiatnya dibandingkan dengan masker sapuan biasa. Sheet mask juga tidak dapat membersihkan muka dan menyingkirkan sel kulit mati sebaik masker biasa.

Namun, sebagian besar masker kertas ini ditambah dengan kandungan vitamin, asid amino dan mineral, yang sangat baik untuk penjagaan muka.

2. Teruskan penggunaan serum dan produk penjagaan muka yang lain
Walaupun sudah diisi dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral, bukan bererti anda tidak perlu menggunakan produk penjagaan muka yang lain. Sheet mask ini tidak melembapkan muka sepanjang hari.

Oleh itu, anda tetap memerlukan produk penjagaan muka yang lain seperti pelembap, krim penghalang matahari, atau serum khas.

3. Sheet mask bagus untuk melembapkan kulit muka
Walaupun terdapat pelbagai dakwaan terhadap manfaatnya mengatasi masalah jerawat, mengurangkan minyak berlebih, dan masalah lain, yang pasti masker ini paling berkhasiat untuk melembapkan kulit muka anda.

Sementara itu, belum ada kajian klinikal yang mampu membuktikan kalau masker kertas ini mampu merawat masalah kulit. Masker ini hanya terbukti elok dalam meningkatkan kadar air dan oksigen pada kulit muka yang kering. Ini menjadikan kulit muka anda lebih lembut dan halus setelah menggunakannya.

5 Fakta Tentang Sheet Mask Dalam Penjagaan Muka
Pic: Allure

4. Kurang sesuai untuk muka berjerawat
Disebabkan masker ini boleh mengubah suhu kulit muka secara tiba-tiba karena kandungan airnya, masker ini kurang sesuai digunakan bagi mereka yang mengalami masalah jerawat. Hal ini disebabkan ketika suhu muka meningkat, masker ini boleh  meningkatkan jumlah bakteri pada permukaan kulit yang menyebabkan jerawat semakin teruk.

Bagi mereka yang mempunyai kulit muka berjerawat dan berminyak, uji dahulu masker ini sehari sebelumnya. Caranya dengan melekatkan masker pada pipi dan lihat jika terjadi keradangan atau tidak. Jika tiada masalah yang timbul keesokan harinya, anda boleh meneruskan pemakaian. Namun jika tidak, hentikan penggunaannya dan beralih kepada masker lain.

5. Ketahui cara memakainya
Sheet mask ini pada tersedia pada satu ukuran saja untuk semua jenis bentuk muka. Tetapi tidak semua orang mempunyai bentuk muka yang sama seperti bentuk masker kertas ini. Untuk memakai dengan betul, lekatkan daripada kening anda dahulu, kemudian ke mata, hidung, lalu ratakan pada kiri dan kanan dahi atau pipi. Setelah itu, sesuaikan dengan kedudukan bibir sampai ke dagu. Pasang sheet mask ini sambil berbaring untuk pemakaian yang lebih selesa dan tepat pada wajah anda.


5 Fakta Tentang Sheet Mask Dalam Penjagaan Muka
Pic: Women's Health

Dr Ayen jugak share, pemakaian masker jenis clay kadang-kadang mengeringkan kulit. Jadi sangat penting untuk uols yang pakai clay mask untuk pakai jugak sheet mask bagi melembapkan semula kulit muka tu.

Haa, so macam mana? Dah dapat maklumat yang uols kehendaki? Ok lah, ciksun nak memborong sheet mask lagi ni. Alaa beli kat Watsons aje, dah jumpa dah sheet mask yang sesuai untuk kulit ni. Hihi. Bye!

Post a Comment

11 Comments

  1. ammi ada 2 facemask yg gini dalam fridge. masa gi facial tokey kedai tu kasi..tp punyalah malas nak letak kat muka. ishhhhh sila jgn tiru perengai pemalas sorang pompuan ni.

    ReplyDelete
  2. ok.info yang bagus ni.thanks sharing cik sun

    ReplyDelete
  3. seminggu sekali akak mesti pakai. Sebab kulit orang berusi ni lain macam sikit.. Senang sangat kering dan nampak kedut.

    ReplyDelete
  4. Ok, rasa nak pakai mask lah sekarangg..nak tido japgi tepek sekejap...memang pakai mask kadang2, lelagi kalau siang tu berpanas-panasan...

    ReplyDelete
  5. baruk jak pagi tek pake. Tang muka kerin kenak alahan eh. Lamak alu jak xda pake nya. Anak2 tangga heran jak rupa.

    ReplyDelete
  6. Aku memang tiap malam sebelum tidur pakai.. kalau pagi kalau rajin.. lagi kalau lepas jalan luar.. kalau tak ireng weyyyy

    ReplyDelete
  7. yup. pakai sheet mask untuk lembapkan kulit muka je. kalau malas pakai krim pakai sheet mask je. tapi memang kena pakai juga moisturiser kan :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com